Isnin, 17 Julai 2017

BACA SEKALI LAGI - PENSEJAJARAN SEMULA










SILA BACA

TULISAN INI TELAH
DISIARKAN PADA
8/6/2016
INI ADALAH SEBAHAGIAN
DARI IDEA UNTUK
MELAHIRAKAN 
POLITIK BARU

PENSEJAJARAN SEMULA

Hakikatnya ketika saya menggarap tulisan ini fakta dan kajian sedang jelas menunjukkan bahawa orang ramai makin jelak dengan Najib Rosmah. Orang ramai  - warga Malaysia anak semua bangsa - menjadi rimas dan resah. Ini terbukti dengan 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13. Najib Rosmah masih terus berkuasa kendati pun tanpa ada sokongan orang ramai.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah  Tanah Melayu kebencian yang maha sangat terhadap seorang pemimpin.  Tungku, Razak, Hussein dibenci oleh musuh  politik tetapi tidak dibenci  saperti rakyat Malaysia membenci Najib Rosmah. 

Hanya Pak Lah sahaja seorang pemimpin yang tidak dibenci oleh rakyat. Ini pun kerana Pak Lah menjadi  Pelawak yang suka tidur. Ketika Pak Lah berkuasa yang dibenci oleh  rakyat bukan Pak Lah tetapi Khairy  Jamaluddin. Makhlok yang bernama Khairy ini telah berjaya  menyusup masuk ke politik kuasa kerana berkahwin dengan anak Pelawak.

Mahathir yang menendang Anwar Ibrahim ke penjara sah amat dibenci oleh rakyat. Tetapi tidak sabenci  rakyat benci dan menyampah  terhadap Najib Rosmah. Malah dari segi sejarah isteri-isteri  Perdana Menteri tidak pernah menjadi  buah mulut jauh sekali ajenda politik saperti yang dihadapai oleh Najib. 

Hari ini buka sahaja internet - layari apa sahaja portal  dan buka laman sosial dan Face Book - tanpa gagal kita akan membaca sentimen benci kepada Najib Rosmah. Ada laman secara terang-terang mengutuk. Ada yang mengutuk secara jenaka. Ada yang tanpa segan silu  ‘mengencing ‘ Najib Rosmah. Hakikatnya Najib Rosmah adalah bahan kutukkan media sosial.

Media sosial adalah mukim dan daerah  anak muda. Orang muda adalah warga asli media sosial. Justeru tidak silap jika saya katakan yang mengutuk   Najib Rosmah  secara kreatif di media sosial ini pastilah majoritinya datang dari gulungan pelajar mahsiswa yang mungkin belum mengundi atau baru sekali  dua mengundi.

Yang membaca,  yang ketawa dan yang mengaminkan kutukan itu  pastilah jenerasi berumur  - warga imigran media sosial.

Berdasarkan surah yang tidak saheh, mengikut kata sahibul hikayat pada satu ketika dahulu di Kedah ada seorang Raja yang amat zalim.  Raja  ini  suka memakan hati dan darah manusia. Mungkin kebencian rakyat  terhadap  Najib Rosmah ini sama saperti  rakyat Kedah membenci Raja Bersiong. Tetapi Raja Bersiong hanya menzalimi beberapa buah kampong disekitar Istana Raja. Wal hal kejahatan  dan jenayah yang dilakukan oleh Najib Rosmah ini amat luas.
Kini lebih dari 28 juta warga Malaysia sedang diseksa. Rakyat Malaysia sedang dipaksa tunduk dan mengikut arahan dan selera Najib Rosmah. Semua lembaga daulah kini dalam tangan Najib Rosmah. Sebutlah apa sahaja dari SPRM, SPR, PDRM, Peguam Negara, Media dan dan dan.  Sebanyak 171  ketua bahagian parti Ketuanan Melayu dibiyai oleh Najib. Semua tunduk makan dedak. Maka inilah maknanya - cash is king.

Dalam keadaan demikian semakin ramai warga tertanya-tanya. Selama mana lagi Najib Rosmah akan menginjak-injak kepala kita sebelum dua makhlok ini dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah?

Ini soalan yang paling viral hari ini. Dimana-mana sahaja ada kumpulan yang cerah otak, yang tidak buta fikrah  dan yang sedar budaya politik - pasti mereka akan membincang hal Najib Rosmah, hal  1MDB dan tentang China Tembam Jho Low.

Setiap kali muncul laporan dari The Wall Street Journal tentang Najib Rosmah atau berita 1MDB atau berita  anak tiri Najib maka satu Malaysia merasa  lega dan berharap FBI akan menangkap dua makhlok ini. 

Setiap kali ada berita 1MDB dari Swiszerland - satu Malaysia merasa lega bahawa negara kapir ini masih meneruskan siasatan walau pun negara Islam Hadari Malaysia tidak melakukan apa-apa.

Setiap kali ada berita Encik Yeo Jiawei yang kini dalam penjara di Singapura akan menggumbirakan satu Malaysia. Encik Yeo Jiawei ini adalah pegawai bank BSI milik Switzerland. Dia sedang ditahan dalam penjara kerana terlibat bersubahat dalam usaha menggelapkan duit 1MDB.

1MDB hanyalah salah satu dari jenayah Najib Rosmah. 1MDB ialah kerja jahat  yang dirancang dengan licik untuk melarikan berbilion ringgit duit rakyat Malaysia ke luar negara. Duit rompakan ini kemudian  dihalalkan dengan melabur pembikinan filem di Holywood. Atau  dengan membeli kondo dan apartment yang mahal-mahal di New York dan London.

Mengikut Mahathir Muhamad  - Najib Rosmah terlibat dalam banyak skandal dan jenayah. Kes pembunuhan Altantuya, kes pembunuhan Kevin, kes  pembunuhan Hussain Najadi - semuanya   kait mengait dengan Najib Rosmah atau pun 1MDB.

Justeru  mengikut pandangan Mahathir Muhamad untuk Malaysia diselamatkan Najib Rosmah wajib diketepikan dahulu dari memiliki kuasa.

Untuk berjaya dalam projek -  menendang Najib Rosmah - kita wajib merungkai  dan melihat babak babak sejarah yang telah menimpa suku sakat kita di Indonesia dan Pilipina. Apa yang sedang kita hadapi pada ketika ini  telah dialami oleh  rakyat Indonesia dan Pilipina. Indonesia ada Siti Hartinah yang gila projek.  Pilipina ada Imelda yang gila kasut. Malaysia ada Rosmah yang gila bek tangan Birkin. 

Perjuangan dan pertempuran  rakyat Indonesia dan Pilipina untuk menjatuhkan Marcos dan Suharto bukan satu jalan yang lurus. Ianya juga bukan satu jalan yang entang. Ianya mengambil masa. Ianya memerlukan fikrah dan perancangan.

Terimalah  hakikat bahawa kita di Malaysia bukan unik. Rosmah Mansor bukan hanya wujud di Malaysia. Rosmah Mansor pernah wujud di Rusia, di Peranchis, di Argentina, di Tunisia. Ini pelajaran pertama yang wajib kita hafal.

Juga - ada hukum-hukum dan syarat-syarat yang  wajib kita lalui. Ada syarat  yang wajib kita  guna pakai sebelum fajar kebebasan muncul. Hukum-hukum dan syarat ini telah dilalui oleh warga Pilipina dan Indonesia. Malah hukum - dan syarat ini juga telah dilalui oleh semua negara yang berjuang untuk menegakkan keadilan.

Sekali lagi saya katakan bhawa kita bukan unik. Kita bukan bersendirian. 

Dalam tulisan ini dan saterusnya  saya akan mengajukan pensejajaran semula politik Malaysia.  Realignment/penyusunan semula  politik Malaysia pada hemat saya adalah amat amat penting untuk mencapai cita-cita menyelamatkan Malaysia.

Semua akan bertanya - menyelamatkan Malaysia dari apa? Dari serangan tentera mana? Dari serangan geruda ke? Jawabnya: pada tahap ini kita wajib menyelamatkan Malaysi dari  Najib Rosmah.

Perluanya kita mengadakan pensejajaran semula ini kerana telah berlaku beberapa babak dalam naratif politik tanah air kita.  Naratif dari babak-babak politik ini amat amat penting kerana ianya mempengaruhi arus politik tanah air. Arus politik inilah yang mewajibkan kita membuat satu pensejajaran semula.

Naratif pertama: Perginya Tok Guru Nik Aziz. Dengan wafatnya Nik Aziz parti Pas kelihatan hilang sauh. Nik Aziz bukan pentadbir yang cekap dalam istilah politik moden. Tetapi Nik Aziz adalah sauh dan ubur penyuluh untuk parti Pas. Malah Nik Aziz menjadi rujukan bukan hanya untuk Pas tetapi termasuk juga untuk DAP dan PKR - yang Islam dan yang tidak Islam.

Pada hemat dan bacaan Nik Aziz - United Malays National Organisation yang tidak mengamalkan Islam dianggap musuh. Dalam hal melihat gerombolan Ketuanan Melayu sebagai musuh, Nik Azziz tidak berdulak dalik. Tidak ada hu hah yang berbelah bagi untuk parti Pas terus memusuhi gerombolan Ketuanan Melayu.

Nik Aziz tahu, dia sedar kerana dia telah bersama  berkerja dalam saf  United Malays National ketika Pas dalam Barisan Nasional semenjak tahun 1974 hingga tahun 1978. Ini adalah ilmu politik dari pengalaman berpolitik.

Justeru, memusnah dan mengIslamkan United Malays National Organistion adalah perjuangan Nik Aziz. Justeru apabila dia wafat maka garis ini menjadi pencong, terbarai akhirnya budaya cash is king menyerap masuk.

Naratif kedua: Pemenjaraan Anwar Ibrahim untuk kali kedua. Ini adalah babak politik yang membawa implikasi yang amat mendalam ke dalam arus politik Malaysia. Anwar yang dipenjarakan adalah langkah politik bijak yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah.

Kospirasi antara Saiful dan Najib Rosmah telah membawa pulang politik yang amat lumayan kepada Najib Rosmah.

Anwar dalam penjara telah melahirkan krisis dalam dalam PKR. Intrik individu dalam PKR semakin jelas. Anwar yang menjadi sauh PKR kini berada adalam penjara. Dia tidak dapat lagi memainkan peranan Ketua Umum untuk memberi pandangan dan nasehat.

Dalam masa yang sama - wajib diakui bahawa sosok yang bernama Anwar Ibrahim inilah yang bertanggung jawab membawa kemenangan cemerlang untuk rakyat dalam PRU12 dan PRU13.

Betul dan tepat dalam perubahan politik ombak yang penting ialah ombak rakyat. Anwar Ibrahim telah menjaya mengocak lautan politik zalim United Malays National Organisation. Dari kocakan inilah lahirnya ombak reformasi yang masih lagi belum sampai ke tujuan asal. Reformasi bertujuan mendirikan Malaysia  yang bebas dan demokratik.

Sebelum ke penjara -sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini telah berjaya menjadi gel atau gam untuk menyatu padukan jalur jalur politik yang  melawan tapi terpencar-pencar dalam satu ikatan ombak Reformasi. Ombak ini   kemudian memenangi kerusi politik dalam pilihan raya dan memanggil diri mereka Pakatan Rakyat - kini arwah.

Kematian Nik Aziz bukan rancangan manusia. Tetapi pemenjaraan Anwar adalah kerja politkk Najib Rosmah. Justeru  Najib Rosmah yang wajib terus dijadikan sasaran sahingga mereka tergelincir dari tampok kuasa.

NOTA: 
Memberi nasehat pada orang jahat bukan ajaran mana mana agama. Juah sekali agam Islam. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan