Selasa, 11 Julai 2017

BERITA BAIK UNTUK DUNIA







SALUT

Iraq cuti seminggu, isytihar IS tewas

 | July 11, 2017
Ia selepas serangan besar-besaran pakatan tentera Iraq dibantu pejuang Syiah, Kurdish dan tentera bersekutu dipimpin AS.






MOSUL: Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi semalam mengisytiharkan IS sudah dihapuskan, 3 tahun selepas kumpulan itu menawan bandar Mosul untuk menjadikannya pusat pentadbiran sebuah “khilafah” untuk memerintah dunia.

“Dari sini, saya mengumumkan kegagalan dan berakhirnya sebuah negara palsu ditubuhkan pengganas Daesh yang didirikan di Mosul,” katanya dipetik Reuters dalam ucapan disiarkan di televisyen, merujuk istilah Arab untuk kumpulan militan itu.
Oktober lalu, pakatan tentera Iraq bersama pejuang Kurdish dan Syiah dibantu tentera bersekutu dipimpin Amerika Syarikat berjaya menawan semula bandar di utara negara itu.
Iraq mengumumkan cuti satu minggu untuk menyambut kemenangan itu, dan orang ramai berpusu-pusu ke jalan raya di bandar raya Baghdad dan beberapa bandar lain meluahkan kegembiraan



BERITA

BAIK

UNTUK

DUNIA


----------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan