Ahad, 9 Julai 2017

SEBELUM KE PILIHAN RAYA




SEBELUM

KE 

PILIHANRAYA

WAJIB

KE

JALAN RAYA

Segerakan Reformasi Pilihanraya. SPR Jangan Jadi Ejen UMNO/BN

Bukit Mertajam – ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengalu-alukan keputusan Makhamah Tinggi Kuala Lumpur memberi injunksi kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri. Jelasnya percubaan UMNO/BN untuk manipulasi keputusan pilihan raya melalui persempadanan semula telah melanggar undang-undang serta merosakkan konsep demokrasi yang berteraskan “satu orang satu undi”.

Di samping itu, Lee Khai Loon juga mendapati bahawa ada pengundi telah ditukar alamat kad pengenalan dan lokasi mengundi tanpa pengetahuan mereka. Terdapat juga orang yang memberitahu pengundi bahawa mereka akan menolong mereka untuk pohon bantuan kebajikan kerajaan, tetapi sebenarnya orang itu menipu kad pengenalan pengundi untuk tukar alamat kad pengenalan dan lokasi mengundi. Akibatnya, lokasi mengundi untuk pengundi telah tukar kepada tempat lain. Pada hari Selasa yang lalu, DAP dan Keadilan Pulau Pinang serta pengundi-pengundi yang menghadapi masalah tersebut telah buat laporan polis di IPD Seberang Prai Selatan.

Sebenarnya sebarang perubahan ke atas kad pengenalan hanya boleh diproses melalui Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi pertukaran tempat mengundi hanya boleh dibuat di pejabat pos ataupun pejabat SPR sahaja. Kini, perubahan kepada kad pengenalan dan tempat mengundi boleh dibuat tanpa pengetahuan pengundi memang membimbangkan. Lee amat risau bahawa privasi pengundi telah dicabuli. Adakah kerajaan sedang menjalankan projek pertukaran tempat mengundi untuk pengundi? Kerajaan patut memberi penjelasan secara terbuka terhadap perkara tersebut kepada orang ramai.

Sementara Pilihanraya Umum ke-14 semakin dekat, SPR tidak dapat menjalankan persempadanan semula. Akan tetapi untuk memastikan kemenangan UMNO/BN, SPR dengan kerjasama JPN telah tukar tempat mengundi untuk pengundi-pengundi secara tidah sah. Ini jelas melanggar prinsip pilihan raya demokrasi yang adil, bebas dan bersih.

Akhirnya, Lee merayu SPR dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan agar tidak menjadi alat politik kepada UMNO/BN. Mereka harus menjalan tanggungjawab secara professional dan neutral. SPR harus melaksanakan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 tentang reformasi pilihan raya supaya dapat mewujudkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.


Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola 
Parti KEADILAN Rakyat Pulau





---------------------

1 ulasan:

  1. semua dah tau, raya lepas dah bagi tau, bangla ramai, pi mana mana bangla kontrol, tak salah, melayu pon bangla hentam, laki pompuan, hentam kiri kanan, bangla lagi hebat, sudah tak gairan, melayu main pau kena belasah, semua nak free, nak rompak hasil usaha bangla, bangla pon belasah...dia peduli apa kesian kah kah kah

    BalasPadam