PERLU ADA SASARAN PENANGKAPAN PENDATANG ASING TANPA IZIN SELEPAS TAMATNYA PROGRAM E-KAD
Kenyataan Media | 04 Julai 2017
Saya ambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen, Tuan Haji Mustafar Ali mengenai statistik yang menyatakan hanya sekitar 25 peratus daripada sasaran 600 000 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membuat permohonan E-Kad.
Mustafar Ali menyatakan bahawa majikan tidak mengambil peluang mahupun masih berdegil untuk mendaftarkan PATI secara sah, apatah lagi beranggapan bahawa pendaftaran pada saat-saat akhir iaitu pada 30 Jun lepas berkemungkinan akan dilanjutkan lagi tempohnya.
Sistem E-Kad sememangnya tidak akan berjaya memandangkan polisi kerja di negara ini tidak menguatkuasakan gaji minimum dan pendapatan melebihi kos sara hidup yang akhirnya menyebabkan majikan akan mengambil PATI atas dasar kos penggajian yang rendah.
Tambahan pula, sikap sambil lewa Kerajaan Persekutuan menyekat dan mengawal kemasukan PATI menyebabkan para majikan kini tidak mempercayai mana-mana program kerajaan yang dikatakan mampu memutihkan status PATI kepada pekerja bertaraf sah.
Saban tahun, pelbagai program telah dilaksanakan yang melibatkan peruntukan sejumlah wang rakyat yang banyak tetapi akhirnya masalah ini berlarutan sehinggakan tarikh tamat tempoh sebahagian program tersebut terpaksa dilanjutkan.
Kini, pihak Imigresen sedang giat menjalankan operasi besar-besaran mengusir PATI serta mengambil tindakan undang-undang kepada majikan yang gagal mengikuti peraturan. Diharapkan tangkapan ini perlu dilaksanakan dengan segera dan konsisten tanpa ada sebarang gejala rasuah mahupun pilih kasih dalam melaksanakan tugas mereka.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan Umno BN dan majikan tempatan untuk bekerjasama sepenuhnya bagi membasmi PATI di negara ini. Kerajaan seharusnya mengimplimentasi dan menguatkuasakan polisi pekerjaan yang membantu rakyat tempatan untuk bekerja di sektor yang kini dikuasai pekerja asing.
Kenaikan gaji minimum adalah penting untuk menarik minat rakyat untuk bekerja dan pada masa yang sama mampu membiayai kos sara hidup. Kerajaan tidak seharusnya menjadikan kutipan levi dan permit sebagai pendapatan yang lumayan kerana faktor inilah yang menjadikan kerajaan cukup selesa membawa masuk pekerja asing secara beramai-ramai tanpa memikirkan nasib rakyat yang mendambakan pekerjaan.
Dengan pengangguran yang kini mencatatkan lebih setengah juta orang, saya mengharapkan majikan lebih mengutamakan pekerjaan kepada rakyat tempatan, serta penawaran gaji yang lebih baik. Penggunaan teknologi juga perlu dititikberatkan dalam mengurangkan kebergantungan pekerja asing terutama dalam sektor pembinaan dan pembersihan.
YB Abdullah Sani Abdul Hamid
Ahli Parlimen Kuala Langat
Pengerusi Biro Pekerja
Parti KEADILAN Rakyat
--------------------
habis kiri.....LANJUT
BalasPadamhabis kanan.....LANJUT
lepas tu.....bagi diskaun.....
NATO aje.....
No Aksyen Tok 'kok' Only!
KALO ANAK JANTAN, BUANG TERUS!
KALO ANAK JANTAN, HUMBAN TERUS!!
KLAO ANAK JANTAN, HALAU TERUS!!!
tapi
kalo anak WARIA, bising cikit aje.......(yoU Make Noise Onli)
WAKAKAKA
ITU LA kerja puak mereka.kumpul harta Cara mudah pas tu salahkan bangsa....memang sial betul LA..
Padamyb ni takyah tunggu lama sgt..takda sesapa akan ditangkap dan dihantar pulang..ini semua gimik org gomen..kat nottingham uni tu ramai niger..agak2 yb ni tau tak kat kuala langat tu ada port org2 indon dtg menyeludup masuk??di morid ada ramai pdtg mati sb lemas..jgn kata seludup org YB, org2 malayxia juga seludup motor, perempuan, brg2 hiasan pun portnya ada di kuala langat..
BalasPadam