FACE BOOK
223 PENEROKA FELDA KEMAHANG UMUM DERMAKAN INSENTIF RM5,000 SEORANG KEPADA PAKATAN HARAPAN
Sekumpulan 223 peneroka Felda gugusan Kemahang, Kelantan, hari ini mengumumkan hasrat untuk menyerahkan kesemua wang RM5,000 yang bakal diterima daripada Felda sebagai bayaran insentif hujung bulan depan kepada Pakatan Harapan Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.
Wakil kumpulan peneroka ini yang mahu dikenali Ayub berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang tersebut kepada Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut adalah halal untuk digunakan.
Ramai di kalangan mereka berasa yakin ada yang tidak kena dengan pemberian tersebut kerana dibuat kurang setahun sebelum PRU14 berlangsung.
Justeru, sesuai dengan ajaran Islam 223 kumpulan peneroka yang beliau wakili, bersetuju untuk menyerahkan kesemua wang tersebut kepada Pakatan Harapan Kelantan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Jika menjadi kenyataan, jumlah keseluruhan wang yang akan diterima oleh Pakatan Harapan adalah sebanyak RM1,115,000 kesemuanya.
Seorang wakil rakyat dari parti Amanah besar kemungkinan akan dijemput untuk menerima wang ini bagi pihak Pakatan Harapan.
APA
17,679
INi
--------------------
Salah taktik. Tunggu dpt dulu baru beri dan umum. Bgmnpun syabas kpd peneroka yg celik mata dan hati
BalasPadam