Isnin, 28 Ogos 2017

KESAH HAJI MALBORO





KESAH TOK AJI

Mukaddimah

Blog Tukar Tiub amat lantang pasal fenomena Jual Agama maka izinkan ambor jadi nasi tambah dalam hal ini.Sempena musim haji mari kita imbas kembali istilah Haji Singapura mau pun Haji Pulau Pinang yang sering di ungkap pada tahun 1950an atau 1960an.

Sebelum tahun 1960 Kapal2 Haji akan berlepas dari Pelabohan Singapura menuju ke Jeddah.Kapal akan singgah mengambil jemaah2 haji di Pelabohan Pulau Pinang..Hanya pada tahun 1960an Kapal Haji akan singgah ambil  Jemaah Haji di Dermaga No. 9 Port Swettenham(sekarang Port Klang).

Sebelum tahun 1970an tidakada Penerbangan Haji...hanya melalui kapal laut.

Haji Tipu

Bakal2 Jemaah Haji pada tahun 1950an mengambil masa bertahun tahun mengumpolkan wang untok menunaikan Fardhu Haji..selalunya disebut Rukon Islam Ke Lima walaupun ada kata Ke Empat. Malah ada yang bergadai golok kerana terlalu ingin naik Haji.

Dalam apa apa ibadah sudah tentulah ada anasir2 penipu...golongan yang tiada niat naik haji tapi semata mata kerana ingin mengutip derma seringgit dua dari sahabat handai dan orang kampung.Boleh jadi mereka mahu gelaran Tuan Haji kerana ianya bukan chalang chalang gelaran.Gelaran Tuan Haji dahulu kala membawa banyak perks atau faedah.Mungkin sama dengan gelaran Tengku atau Dato"'!!!

Bakal2 Haji Singapura ini chontohnya jika mereka di Kelantan.. akan memaklumkan kepada orang kampong bahawa mereka akan berangkat sekian2 haribulan selalunya dua tiga bulan sebelum Hari Wukuf.Berbondong bondong lah orang... datang...kawan dan lawan bermaaf maafan..disurohnya berdoa  di Multazam...dipesan supaya lambai Kaabah..dsb permintaan .Yang penting hadiah ongkos tidak ketinggalan.Mungkin ada bakal Jemaah ni  kutip beratus  ringgit....jumlah yang besar zaman itu.

Maka berangkatlah bakal Jemaah Haji Singapura itu dari Stesen Keretapi Wakaf Baru menuju ke Singapura..Tukar Keretapi di Gemas.Besar kemunkinan hanya seorang diri atau ditemani seorang lagi  yang juga bakal Haji Singapura.Maka berisak isak tangis saudara mara sahabat handai di platform stesen keretapi...

Sesampainya di Singapura  Jemaah Haji Singapura ini bermastautinlah selama musim haji hingga Jemaah2 Haji tulen pulang ke Singapura.Mungkin penipu2 ini enjoy lah selama empat lima bulan di Singapura .Poket pun penoh.

Sebelum  kembali ke kampong halaman....kena lah beli tamar.buah tin  zaitun dan jabek(anggor ).tasbih...ayer zam zam ..untok  di agihkan.Lengkaplah pakaiannya.baju kot.serban dan buah tasbih sentiasa di tangan.Walau pun sudah beristeri mungkin ada lagi jodoh kerana bergelar  Tuan Haji.Ada yang nak tumpang berkat Tuan Haji.

Begitulah juga  dengan Haji Pulau Pinang..namun dengan kuasa Allah azza wajalla kadang2 kantoi.Mungkin ada orang nampak mereka di Singapura atau Pulau Pinang semasa Hari Wukuf.Mungkin seorang pun tak jumpa mereka di Mekah.Ada kala mereka kata penumpang Kapal Haji nombor lima tapi jemaah haji yang naiki kapal  sama tak jumpa.Lama kelamaan sesuatu yang busok itu tetap akan keluar.Pechah Tembelang.

Bila rahsia penipuan terbongkar maka dinobatkan Haji Singapura atau Haji Pulau Pinang.Hidup lah dalam hina dina.Penipuan dalam agama berterusan hingga ke hari ini dan waspadalah.

Tidak siapa pun tahu samada Haji masing masing Mabrur atau sebaleknya.Sesiapa yang mendakwa haji mereka Mabrur sama lah dengan orang yang mendakwa  solat mereka khushok.

Tapi bagi Haji Singapura atau Haji Pulau Pinang  sudah tentu dapat Haji Marlboro.





-------------------

1 ulasan:

  1. Umnobn penjarakan Rafizi terengganu sah jatuh kpd PH.... Umnobn penjarakan Lim Guan Eng rakyat cina India seluruh negara marahhh... pulau pinang ph tambah kukuh.... tsunam kemarahan rakyat dari pulau pinang sampai.perak... perak PH menang, ... rakyat bangkit lawan... tsunami rakyat landa kapal lanun... spt sodomi1... muhkriz Kedah.... kit Siang + muhyiddin johor ..... husam kelantan.... wan azizah +Nurul selangor... melaka

    BalasPadam