Rabu, 2 Ogos 2017

MENANG TAPI DITIPU






MENANG TAPI

DITIPU

Pepatah Bugis ada berkata : kuasa datang dari tiga hujung - hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris. 

Najib yang  juga dinobatkan sebagai Mappadulung Daeng Mattimung  Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil pasti tahu lebih mendalam akan asal usul dan  makna pepatah Bugis ini.

Dalam tulisan saya minggu lalu saya menyatakan bahawa hujung lidah yang dimaksudkan oleh pepatah ini ialah lebong Mappadulung. Lebong tentang duit 2.6 bilion ringgit datang dari derma Tok Arab. Lebong tentang ekonomi Malaysia makin rancak dan mampan. Lebong khusus untuk Mak Cik dan Pak Cik Felda tentang saham FGV yang dijanjikan naik. 

Juga lebong Mappadulung yang bersumpah bahawa dia tak pernah kenal Minah Mongolia yang slim , berambut panjang lagi  cun yang memakai nama  Altantuya Shaaribu.

Mengikut pepatah Bugis ini -  kuasa juga datang dari hujung kemaluan. Tentang ini saya tafsirkan sebagai sambutan Najib sebagai peminat setia penyanyi pop Ziana Zain apabila  album Madah Berhelah Ziana  muncul pada tahun 1991.  

Dalam kajian bahasa dan budaya Melayu saya anggap kuasa datang dari hujung kemaluan ini juga  ada bersangkut paut dengan tugas dan kerja Cif Inspektor Azilah dan juga Koperal Sirul. Tetapi saya  kurang arif dan tidak dapat menjelaskan sajelas mungkin bagaimana pertalian dua pegawai polis  dengan perpatah Bugis ini. 

Apakah ini bermakna petalian kemaluan Najib tersangkut dengan Sirul atau kemaluan Azilah terpakai oleh Najib. Walah hu alam bissawab. 

Mengikut pepatah Bugis ini kuasa  juga datang dari hujung keris. Babak keris inilah yang ingin saya rungkai minggu ini. Bab  keris meris ini bukan hanya milik Hishammuddin Hussein sepupu Mappadulung.  Keris juga adalah pemainan Mappadulung.

Pada hemat saya - tanpa perlu belajar Sains Politik di Universiti Havard ,  sosok yang paling afdal dan paling memahami  ehwal hal kuasa  keris ini pastilah Mahathir Muhamad. Ini kerana  Si Mahathir ini telah berkuasa selama 22 tahun. Bayangkan sosok mana pun yang  berkuasa selama 22 tahun pasti memiliki  keris yang besar. Lebih besar dari kemaluan sendiri. 

Disini saya ingin mencelah. Dari pembacaan saya pepatah Bugis ini amat-amat tepat. Ianya  menggunakan pendekatan  ahli falsafah sains sosial yang bernama Karl Marx.

Buktinya - Pengerusi Mao Zedong - anak murid kepada Karl Marx -  pemimpin Parti Komunis China pernah berkata bahawa kuasa  muncul dari laras senapang - power comes from the barell of the gun. Di China tidak ada keris maka Mao  Zedong membuat metapora dengan menggunakan senapang. Maknanya masih sama.

Kuasa yang ada pada Mappadulung ini pastilah kuasa politik. Kuasa politik ini boleh diterjemahkan sebagai kuasa ekonomi. Kuasa politik dan kuasa ekonomi ini boleh melanggan peterjemah  cun dari Mongolia atau pun boleh melanggan penyanyi pop selangsing Ziana Zain. Tanpa ganguan Jais atau Jawi.

Bila saya membuka bab kuasa ini maka tidak dapat tidak saya akan membuka kitab berkenaan pilihan raya. Pilihan raya yang saya maksudkan pastilah PRU14 yang akan datang.  Ini kerana kuasa Mappadulung datang dari sokongan undi pilihanraya.

Pada 21 Julai 2017 yang lalu portal MalaysiaKini telah menerbitkan induk berita : Dr M yakin menang , tapi dakwa Najib akan menipu’.

Ini satu berita yang amat-amat penting. Ini tajuk berita yang memiliki seribu makna. Tajuk berita ini jika dibaca oleh Mappadulung dia akan menggelupur takut. Jika berita ini dibaca oleh Rosmah Mansor ada kemungkinan berat badan si Rosmah akan susut sebanyak tujuh kilo.

Parti yang akan menang yang dimaksudkan oleh Mahathir Muhamad ialah Pakatan Harapan. Ini satu pakatan politik baru terdiri dari  parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pakatan ini  telah menggantikan Pakatan Rakyat yang telah menjadi arwah apabila Parti Islam Pas jatuh cinta dan  membuat hubungan sulit dengan United Malays National Organisation.

Jangan sesekali kita lupa - Mahathir Muhamad pernah menjadi Perdana Menteri  selama 22 tahun. Maka saya amat yakin sosok ini tahu semua  selok belok kuasa. Sosok ini juga tahu dari kemaluan siapa kuasa dapat dinaikkan  atau diturunkan.

Mahathir Muhamad Pengerusi Pakatan Harapan ini pasti tahu bahawa kuasa juga datang dari hujung keris.

Dari laporan MalaysiaKini  si Mahathir ini cukup yakin akan sokongan rakyat.  Dari laporan berita yang kita baca - Mahathir telah ke hulu ke hilir berkempen memperkenalkan parti Bersatu kepada anak semua bangsa. 

Mahathir telah keluar masuk kawasan Felda. Berselfie dengan cucu cicit warga Felda. Mahathir menjelajah dari Langkawi hingga ke Pontian dalam usaha untuk menjatuhkan Najib. Dalam usaha untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu hilang kuasa. Untuk memastikan Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan dibicarakan. Najib dan Rosmah mengikut Mahathir  adalah dua ekor pencuri yang telah mencuri duit 1MDB.

Pada ketika ini amat-amat jelas tujuan Mahathir Muhamad memimpin Pakatan Harapan hanya satu - merancang untuk menjatuhkan  Mappadulung dari tampok kuasa.  Mahathir mahu menyinggkir Najib. Mahathir  mahu menamatkan  kuasa  Parti Ketuanan Melayu yang pernah dipimpinnya  pada satu ketika dahulu.

Ketika Mahathir dalam kerajaan , ketika Mahathir bersara tapi masih lagi bersama Parti Ketuanan Melayu saya telah menulis   beberapa kali untuk memberi pencerahan tentang makna dan tanda pilihan raya.

Saya - hitam puteh - telah merakamkan bahawa sabenarnya , pada hakikatnya Pakatan Rakyat telah menang dalam PRU13 dahulu. Seharusnya pada 6 Mei 2013 yang duduk di Putrajaya ialah Saudara Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan campuran baru.

Pakatan Rakyat telah mendapat 52% jumlah undi popular. Dimana-mana negara pun dalam dunia ini kecuali  di Saudi Arabia - yang tidak pernah ada pilihan raya - kerajaan  akan bertukar. Tetapi  ini tidak berlaku di Malaysia. Walau pun kalah undi tapi United Malays National Organisation tetap berkuasa.

Kenapa ini berlaku? Kenapa dengan 52% undi  dimenangi kerajaan tidak bertukar? Sabar. Ini saya takrifkan sebagai politk Dunia Ketiga.Biar saya beri pencerahan.

Mahathir Muhamad yang pada satu ketika dahulu dipanggil Mahazalim - tahu  kenapa semua ini berlaku. Mahathir tahu jawapannya. Mahathir tahu semua selok belok pengundian yang dijalankan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah Mahathirlah yang menjadikan SPR sebagai budak  suruhan United Malays National Organisation.

Hakikatnya semua putar alam, semua cakar makar, semua kerenah SPR ada dalam saku Mahathir. Justeru Mahathir berani mengumumkan kepada alam samesta - kepada anak semua bangsa di Malaysia -  bahawa  dalam PRU14 nanti Pakatan Harapan akan menang. 

Tapi awas! Najib akan menipu. Ini amaran dari Mahathir. Najib akan menipu? Mappadulung akan menipu apa? Tipu bagaimana?

Pada 2 November 2016 - kita semua terkejut apabila MalaysiaKini melaporkan Abdul Rashid Abdul Rahman akan dilantik sebagai Naib Pengerusi  Parti Bersatu - parti yang dipimpin oleh Mahathir. Ini Rashid bukan sebarang Rashid. Ini Rashid anak didik Mahathir Muhamad.  Rashid inilah yang memastikan Mahathir Muhamad dan gerombolan Ketuanan Melayu terus menang disetiap PRU dan Pilihan Raya Kercil. Si Rashid ini ialah bekas Pengarah SPR dari tahun 2000 hingga 2008. 

Hal putar memutar. Hal tipu menipu undi bukan satu yang asing untuk Rashid yang telah dinobatkan dengan darjah kebesaran Tan Sri. 

Saya cukup yakin dengan ilmu  Si  Rashid dalam hal  selok belok tipu menipu dalam pilihanraya. Tetiba pada  14 Febuarari 2017 Si Rashid ini telah membocorkan satu berita penipuan. 

Bekas Pengerusi SPR ini telah mengumumkan kepada dunia bagaimana United Malays National  Organisation telah menipu jumlah anggota parti mereka. Parti Ketuanan Melayu ini mengklim memiliki anggota  seramai  3 juta. Tetapi Tan Sri ini telah berkata ahli United Malays National Organisation  sabenarnya hanya satu juta.

Apa makna kenyataan ini? Apa makna pertelingkan angka jumlah anggota ini? Maknanya undi yang datang untuk memenangkan United Malaya National Organisation adalah  undi tipu. Undi Bangla, undi Indon… dan dan dan. Parti Ketuanan Melayu tidak ada  ahli dan tidak ramai yang menyokong.  Ini bukan fitnah  dari Hisahamuddin Rais. Ini kenyatan resmi dari  bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Amin.

Apakah penipuan sahaja yang akan dilakukan oleh Najib pada PRU14 nanti.  Sabar dulu. Ingatkan kembali  pepatah  Bugis itu - kuasa datang dari hujung keris.

Dalam alam Melayu keris ini adalah senjata yang maha penting. Malah  dalam adat perkahwinan  di Negeri Sembilan jika Pengantin Lelaki  ditakdirkan  tidak dapat hadir dihari perkahwinan Sebilah  Keris boleh menjadi wakil. Pengantin perempuan boleh bersanding bersendirian dengan sebilh keris diletakkan  disebelah.

Apa sangkut paut keris naik pelamin di Negeri Sembilan dengan keris Bugis? Sabar dulu - semua bersangkut paut dengan Mappadulung yang akan menggunakan keris untuk terus berkuasa dalam PRU14 nanti.

Juteru, Mahathir telah membocorkan rancangan Najib untuk menipu dalam PRU14. Pembocoran ini menjadikan Mappadulung gelabah.  Najib tahu bahawa Mahathir tahu segala selok belok menipu. Ini ditambah pula dengan adanya bekas pengarah SPR bersama dalam parti Mahathir.

Tetiba pada 30 Julai yang baru lalu si Najib telah membuat ancaman. Mappadulung telah mula menakut-nakutkan orang ramai. Bakal pengundi telah ditakut-takutkan dengan kacau bilau porak peranda.
Tetiba Mappadulung membuat rujukan kepada Arab Spring. Tetiba nama arwah Saddam Hussein disebut-sebut. Tetiba jika rakyat menukar kerajaan akan terjadi kacau bilau saperti di Iraq.

Ini jawapan Mappadulung kepada Mahathir yang telah membocorkan rancangan penipuan Najib dalam PRU14 yang akan datang ini. Tetapi apa sebenarnya yang tersirat  dibelakang berita ini? Tunggu minggu hadapan. ( tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


-----------------------

5 ulasan:

  1. biasa lar,
    sejak zaman MUR-DER-KAR lar geeeeeee,

    no pro blem ter ROS,
    kalo ada,
    sped bam kechik aje,
    jalan terus....

    siapa bodo, gelek terus,
    mati katak,
    ke
    C4,
    ke
    dram simen,
    ke
    ghaib,
    semoa bor lay!

    MALU-XIA bor lay!!!!

    HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR

    bapak BLACKOUT bor lay!

    BalasPadam
  2. Ya betul2 tp pada telahan saya najib tetap menang juga nanti sebab semua kepala2 kerajaan dlm tangan najib walaupun semua org tahu pru14 tipu undi dari bangla nepal indon tp itu semua xpenting.yang penting tetap menang.semua org tahu pun bukan boleh buat apa tindakan pown.. Rakyat nk berdemo 10bilion kat dataran merdeka atau padang merbuk pun najib dulik apa..berhimpun la ramai2 najib tetap senyum meraikan kemenangan tipu..inilah yg akan berlaku wahai tuan tt.kalau tuan tt xpercaya lihatlah nanti..orang marah2 najib buat kering je diam je..tuan tt lihatlah nt.nt kalau bn menang nt tuan tt jgn lupa ulangsiar komen saya ni..saya pun nk popular mcm tuan tt juga.mana tau nt blh buat bidio klip hari raya.. Hahahahahahaha

    BalasPadam
  3. Excitednya nak tengok rantai berlian pink!!
    Barang2 curi yang dpulangkan nnanti oleh DOJ kpd rakyat Msia boleh tampung hutang negara ke?

    BalasPadam
  4. Bermain main dimata den.. Najib sodang menyanyi lagu" bila mama pakai celana" sambil mengusap usap lipas di Block Damai sungai buluh...hehehehe...adik manis eh pulak si maslan.... Kakakakakakkaka

    BalasPadam
  5. Kalau satu kali menang tapi kena tipu, dia jahat.
    Kalau dua kali menang tapi kena tipu, kita bangang.
    Jadi camno sekarang tt

    BalasPadam