Isnin, 4 September 2017

APA HISHAMUDDIN RAIS KATA






APA

ISHAM RAIS

KATA



KENYATAAN AKHBAR

Merujuk kepada apa yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Merujuk kepada wujudnya  perbezaan pandangan diantara beberapa sosok pimpinan PKR.

Perbezaan pendapat dalam parti politik, dalam NGO atau dalam apa sahaja badan atau persatuan adalah pekara biasa. Malah perbezaan pendapat wajib digalakkan untuk melahirkan percambahan pendapat.

Ini agak berbeza dari apa yang berlaku dalam PKR sekarang.

Perbezaan pendapat dan pandangan dalam PKR ini  telah , sedang dan akan mengganggu Pakatan Harapan  dalam saat dan masa yang amat kritikal - ketika  menghadapi PRU14.

Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Saudara Anwar  Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan.

Contohnya: Dalam satu pekara yang sama Saudara Anwar Ibrahim telah memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.  Misalnya kepada Si Polan A Saudara Anwar telah memberi  pandangan lain dari  yang diberi kepada kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C.

Ini menimbulkan kekeliruan. Buktinya apa yang sedang berlaku sekarang dalam agenda memutuskan kerjasama  PKR dengan Parti Islam PAS.

Cara  atau method  dan pendekatan memimpin  saperti ini  tidak baik. Ianya  tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai  berai.

Wajib disedari bahawa Najib memenjarakan Anwar untuk tujuan menafikan PKR pimpinan dan buah fikir anAnwar.  Penjara telah memisahkan Anwar dari nadi fikrah rakyat yang sentiasa berubah dan bergerak setiap detik.

Penjara telah memustahilkan Anwar dari dapat  membuat keputusan dan mengeluarkan pandagan tentang politik harian yang betul dan tepat.

Dalam penjara Saudara Anwar tidak menerima semua pandangan dengan jelas. Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh aji-no-moto.

Dalam penjara kita memiliki masa yang banyak. Justeru kita boleh membaca. Kita boleh menulis. Malah berangan-angan dan berkhayal dalam penjara bukan satu jenayah. Ngelamun dan bernostalgia juga boleh dilakukan tanpa gangguan dalam penjara.

Pada hemat saya apa yang wajib dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim ialah menulis, berfikir, menulis dan berfikir.

Menulis dan berfikir tentang padangan dan teori  dan falsafah politik yang wajib diajukan oleh dirinya kepada rakyat Malaysia.

Antonio Gramci seorang ahli Parlimen Parti Komunis Italy mengeluarkan Prison Notebooks - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hinnga ke hari ini.

Tan Melaka dari Parti Komunis Indonesia melahirkan  Madilog dan buku Dari Penjara Ke Penjara - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hingga ke hari ini.

Nelson Mandela juga juga saorang komunis dari Afrika Selatan yang  melahirkan A Long Walk To Freedom- hasil dari penjara. Menjadi bacaan wajib untuk aktivis politik hingga ke hari ini.

Atau saperti Kim Chi Ha - saorang patriot kiri dari Korea Selatan terus menulis puisi dari dalam penjara. Menjadi rujukan seni hinnga ke hari ini.

Anwar Ibrahim wajib sedar tentang Julai 2018. Pada hari itu Anwar wajib  telah bersedia dengan magnum opus dari dirinya  untuk dihadiahkan kepada rakyat Malaysia pada Julai 2018.

Magnum opus Anwar Ibrahim ditunggu oleh rakyat. Rakyat tidak mahu lagi mendengar  kesah dirinya  disepak atau dirinya dibogelkan atau dirinya dihina. Zaman kesah itu telah tamat.

Hishamuddin Rais
Senin 4/September/2017







-----------------

6 ulasan:

  1. Baguslah kasi lingkup PKR....ha..ha..ha..

    BalasPadam
  2. Isham, kau pos terus la kat anwar brahim apa yg kau tulis tu. Kau cakap kat dia penyokong PH kasi dateline hingga 16 september jer. Kalau anwar atau azmin still nak main jongkang jongket dgn pas, alamatnya BYE BYE PKR SELANGOR.

    BalasPadam
  3. Air dalam penjara boleh membodohkan keldai.... Ini pulak sang kancil... Ko ingat BABI tu tak tahu ke.... Tau diaaaaa... Itu sebab dia berkelamin ngan badak air... Woooouuu... Tak yah span nak cuci PLUG ngan PISTON....Banyak air turrrrrrr..... Kakakakakkka

    BalasPadam
  4. Apa ni pak tt.sama je semua nya.hahaha.rasanya patut pak tt ganti anwar mengetuai pkr yg menuju kehancuran skrg ni.satu kem azmin nk berbaik dgn malaon pas.satu lg kem rafizi konsistan melawan sapa juga yg zalim.1st action tuan tt kena pecat dulu azmin beserta konco2 nya. Jgn dihiraukan pengaruh mereka krn xla seramai yg menolak kerjasama malaon pas.pastu baru susun strategi pru akan dtg.Kalau kena gayanya ph menang.Maka sosok utama yg diangkat menjadi PM kita ialah tuan tt....yaaaa.ini yg kita mahu...Baru bergegar seluruh benua..mcm trump..siapa sangka buleh menang...haaaa...angan2 bukan jenayah kan tt.kheee kheeee kheee

    BalasPadam
  5. Prof HAMKA tulis kitab tafsir Al-Azhar semasa dlm penjara....jgn lupe tu atau buat2 lupe.... maklumlah pakcik TT ni....puak Muktazilah k

    BalasPadam
  6. Hoii abam tt, jgn kate lu nk masuk pas, memang kejutan besar pas nk announce lu masuk pas ni seminggu sebelum gathering kt tganu tu

    BalasPadam