TRUMP DIKEPONG
DAULAH TERPENDAM BEJAYA
Pada 7 April 2017 yang lalu dunia gempar dengan berita tentera Amerika telah melancarkan serang roket berpandu terhadap Syria. Presiden Donald Trump telah mengarahkan tentera laut Amerika dari Laut Tengah untuk melancarkan tembakan cruise missiles.
Serangan Amerika ini dilakukan kerana dilaporkan Presiden Bashir al-Assad telah menggunakan senjata kimia untuk menyerang musuh politiknya.
Penggunaan senjata kimia oleh Bashar walau pun tidak ada bukti yang kukuh telah dijadikan alasan oleh Trump untuk membuktikan ‘ kejantanan ‘ Amerika. Menurut Trump rejim Bashar telah melintasi ‘ garis merah’.
Untuk memahami dengan tuntas apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini kita semua memerlukan pencerahan. Tanpa pencerahan mustahil kita dapat memahami babak babak yang sedang bergerak dihadapan mata kita.
Babak-babak ini memiliki latar dan sejarah. Wujud sebab musabab. Dalam politik - apa sahaja yang berlaku - semua nya diatur dan disusun. Dalam politk tidak ada pekara berlaku secara tak sengaja. Atau berlaku tanpa dirancang. Atau berlaku dengan sendiri.
Justeru apabila Trump melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Syria semuanya telah dirancang. Semuanya telah diatur. Tentera laut Amerika hanya menerima perentah dari Panglima Agong Tentera Amerika - Donald Trump.
Perentah dari Presiden Trump ini juga ada latar dan ada sejarah. Justeru untuk kita memahami apa yang sedang berlaku kita juga wajib mengetahui latar dan sejarah untuk memahami kenapa Trump menyerang Syria.
Tentera darat, tentera laut atau tentera udara Amerika diPanglimakan oleh Presiden Amerika. Sebenarnya dibelakang Panglima ini ada lagi kuasa. Kuasa yang lebih berkuasa. Kuasa inilah yang mewujudkan dasar. Kuasa inilah yang melakar garis politik Amerika. Kuasa ini memiliki kuasa yang lebih dari yang berkuasa. Kuasa ini bergerak dibelakang tabir.
Inilah kuasa yang dikenali sebagai Deep State atau Daulah Terpendam. Untuk memahami dunia politik kontemperori adalah wajib untuk kita semua memahami apa itu daulah terpendam.
Kita dapat melihat kuasa ‘ daulah terbuka’ dan memahami dari mana ianya muncul. Kita melihat sosok Perdana Menteri, sosok para Menteri, Ketua Menteri atau para Yang Berhormat. Mereka ini diundi untuk mendapat kuasa. Mereka membuat undang-undang dan akta melalui Parlimen.
Hukum hakam yang mereka buat di Parlimen akan dijalankan oleh jentera daulah.
Polis, askar, mahkamah, penjawat awam - ini adalah contoh jentera daulah. Kita tahu siapa jadi kepala dan siapa jadi ekor. Kita mengenali mereka semua. Mereka boleh dipakai, boleh ditemu bual oleh media dan mereka boleh ditamatkan khidmat.
Ini berbeza dengan daulah terpendam. Kita tidak mengenali siapa mereka. Sosok sosok daulah terpendam semua halimunan. Siapa mereka tidak diketahui. Lebih tepat daulah terpedam ini wujud saperti konsep - wujud tapi tidak dapat dilihat.
Daulah Terpendam bersangkut rapat malah lahir dari budaya rahsia. Ianya wujud kerana menjalankan rahsia kerajaan. Ianya bersangkutan dengan risikan, intel, siasatan sulit dan kerja-kerja politik yang diluar mata kasar.
Hakikatnya semua kerajaan memiliki Deep State. Daulah terpendam ini adalah cabang pentabiran negara yang wujud tapi halimunan. Ianya bebas dari badan eksekutif. Dengan bujet yang tidak pernah diketahui. Wujudiah lembaga ini tidak diketahui oleh parlimen atau kongres. Malah tidak diketahui siapa kepala dan siapa ekor.
Dari tugasan awal untuk risikan dan kerja-kerja sulit ‘bawah tanah’ kini di Amerika daulah terpendam telah ikat berikat dengan kepentingan bank, gedung perniagaan dan industri senjata. Hakikatnya daulah terpendam menjadi badan/lembaga yang menjalankan dasar negara dari belakang tabir.
Kali pertama ‘pekara pengaruh’ daulah terpendam ini dilaporkan secara terbuka pada tahun 1961. Dalam ucapan akhirnya kepada rakyat Amerika sebelum berundur, Presiden Einshenhower telah memberi ingatan kepada rakyat Amerika tentang kuasa gedong senjata - military industrial complex. Menurut Presiden ini pengaruh industri senjata ini semakin meluas dan mempengaruhi arus politik dan pentabiran Amerika.
Presiden ke 34 Amerika ini tahu jelas tentang amaran beliau kepada rakyat Amerika. Presiden ini adalah bekas seorang Jeneral sebelum menceburi politik.
Peranan daulah terpendam sekali lagi timbul dalam trajedi pembunuhan J.F. Kennedy pada tahun 1963. Pelbagai teori muncul. Yang paling afdal hingga ke hari ini ialah bagaimana daulah terpendam telah menamatkan JFK kerana Presiden ini enggan menyerang Cuba - musuh Amerika.
Peranan daulah terpendam juga muncul dalam ledakan WTC pada 11 September 2001. Hingga ke hari ini ledakan 9/11 masih ramai lagi warga Amerika yang percaya semua ini kerja ‘orang dalam’ dari daulah terpendam. Dari pungutan suara awalan hampir 45% warga Ameriac mahu kes 9/11 ini dibuka dan disiasat sekali lagi.
Kini kita kembali kepada Presiden Trump yang sedang bertempur dengan daulah terpendam. Serangan peluru berpandu keatas Syria itu dilakukan kerana Trump ingin membuktikan bahwa bukan dia bukan ‘sahabat Rusia’ jauh sekali dibawah telunjuk Putin.
Serangan itu untuk membutikan bahawa Trump mendahului kepentingan Amerika. Trump juga ingin memberitahu ‘ gerombolan’ daulah terpendam bahawa dia bukan ‘anak butir Putin atau dia budak suruhan Rusia’.
Serangan peluru berpandu Trump terhadap Bashar ini membuktikan bahawa daulah terpendam telah berjaya membawa Trump ‘ ke jalan yang benar’. Budak degil Trump telah dipulas telinga dan kini menurut kata.
Daulah terpendam Amerika melihat sesiapa sahaja yang cuba berbaik-baik dengan Rusia sebagai murtad. Trump pada awalnya telah dilihat malah memiliki niat untuk berbaik-baik dengan Rusia.
Ketika berkempen - sebelum menang - Trump telah menyuarakan bahawa adalah lojik untuk Amerika mengendur sekatan ekonomi terhadap Rusia. Malah adalah molek untuk Amerika dan Rusia menjadi rakan perniagaan. Dari segi pandangan Trump seorang ahli perniagaan - berbaik dengan Rusia - masuk akal.
Ketika Trump membuat ucapan sademikian elit media dan elit politik Washington DC tidak ambil pot. Mereka memperlekeh Trump. Mereka amat yakin bahawa Hillary akan berpindah ke Rumah Puteh.
Harapan gerombolan anti-Trump ini meleset. Lalu mereka berkumpul dan memulakan serangan scara teratur dan tersusun. Serangan bertubi-tubi ini menjadikan kabinet Trump kelam kabut. Ianya juga menjadikan Presiden sendiri gelabah.
Pada bulan Julai yang lalu Kongress telah berjaya meluluskan satu resolusi memperketat sekatan ekonomi terhadap Rusia. Presiden Trump tidak ada pilihan. Dirinya telah masuk dalam ‘raga’ daulah terpendam. Maka pada 2 Ogos 2017 yang lalu resolusi ini menjadi undang-undang. Resolusi ini juga telah menafikan hak Presiden Amerika untuk mencair atau memansuhkan sekatan yang amat ketat ini.
Rakan perniagaan Amerika di Eropah saperti German dan Kesatuan Eropah merasa kecewa. Mereka berniaga dengan Rusia. Malah German membeli bahan bakar dari Rusia. Sepanyol dan Itali mengekspot sayur dan buah kepada Rusia.
Apa sebenarnya yang berlaku.
Setiap daulah memerlukan musuh. Ini hukum politik. Musuh politik digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai. Musuh politik diwujudkan bertujuan untuk mencari sokongan.
Di Amerika pun sama. Malah sebagai sebuah empire Pax Americana memerlukan musuh yang jelas. Pada satu ketika dahulu Amerika memusuhi negara sosialis dan gerakan komunis dan gerakan kiri kaum buruh. Alasan Amerika ialah gerakan sosialis dan komunis bercanggah dengan kebebasan dan demokrasi.
Sebenarnya kebebasan dan demokrasi ini hanyalah gula-gula. Yang menaburkan gula-gula ini adalah daulah terpendam. Daulah terpendam di Amerika kini mewakili kepentingan bank, kepentingan Walls Street, kepentingan kilang senjata, kepentingan syarikat perubatan, kepentingan kaum pemodal antrabangsa - hakikatnya daulah terpendam mewakili kepentingan sistem ekonomi kapitalis.
Dalam kes Amerika Sarekat - daulah terpedam mewakili kepentingan Pax Americana. Mewakili kepentingan kuasa imperialis Amerika yang mencengkam dunia kita hari ini.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, dalam falsafah kuasa imperial melawan musuh adalah wajib. Jika musuh tidak wujud maka adalah tugas daulah terpendam mewujudkan musuh.
Justeru sesudah kaum sosialis dan kaum kiri dicap sebagai musuh kini buat sementara Islam pula dijadikan musuh. Islam dan keganasan kini menjadi musuh baru Pax Americana.
Amat menjolok mata apabila Islam dijadikan musuh kerana yang memberi dana , yang memberi latihan ketenteraan dan yang memberi senjata kepada pengganas Arab/Islam ialah Amerika sendiri.
Malah dunia tahu 19 orang Jantan Arab yang menyerang WTC pada 9/11 adalah warga Saudi Arabia. Negara Saudi ini adalah sarang pengganas. Saudi juga menyokong segala bentuk kumpulan pengganas atas nama Islam. Tetapi Saudi tidak pernah mendapat kritikan dari Amerika.
Jika seorang pelajar telah penjara di Pulau Maldives maka Amerika dan segala jenis NGO termasuk Amnesty International akan heboh. Tetapi apabila setiap hari Jumaat ada kepala dipenggal dihadapan Masjid di Jeddah tidak ada suara banthan terdengar.
Ini bukan bermakna Saudi itu adalah sebahagian dari daulah terpendam Amerika. Apa yang dimaksudkan ialah kita melihat bagaimana daulah terpendam Amerika merancang dan menggunakan Islam. Ini juga bermakna idealoji Islam Saudi itu amat bersesuaian untuk kepentingan daulah terpendam Amerika
Kini Trump telah tunduk kepada daulah terpendam. Hari ini Rusia masih lagi dinobatkan sebagai musuh utama Amerika. Musuh Amerika ditambah pula dengan Korea Utara, China dan Iran. Negara-negara ini wajib dijadikan musuh rakyat dunia mengikut istilah Pax Americana.
Hasilnya - semua pemilik kilang senjata, pembuat dan pengespot senjata terus tersenyum berjalan ke bank. Kilang mereka akan terus beroperasi membuat senjata-senjata baru untuk melawan musuh Amerika.
Bagaimana pula negara lain? Bagaimana dengan Malaysia - apa hubungan daulah terpendam Amerika dengan Malaysia. Diberitakan Najib akan berjumpa Trump. Apa maknanya ini? Apakah ini kerja daulah terpendam? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------
Pada ramalan hamba daulah terpendam bagi Malaysia dan amat nyata skali adalah mak badak aka bik mama sebab mak badak mampu memendamkan apa saja haha
BalasPadam