ANAK MUDA
INI SILAP
BESAR
Polis tahan aktivis kerana dakwaan bakar rumah
Aktivis Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman kira-kira jam tiga petang tadi.
Jufazli disiasat ketika hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaannya mengenai kebakaran kawasan setinggan di Tawau baru-baru ini.
Kenyataan tersebut disiarkan menerusi video di laman Facebook miliknya pada 5 September lalu.
Dalam rakaman berdurasi selama 32 minit itu, Jufazli mendakwa kerajaan BN perlu menghentikan polisi membakar rumah setinggan di Tawau.
Menurut peguam, Rajsurian Pillai, aktivis itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Beliau disiasat kira-kira sejam sebelum dibawa keluar dengan kenderaan polis.
Pihak polis turut merampas telefon bimbit milik aktivis berkenaan dan dijangka akan melakukan serbuan di rumahnya hari ini, kata peguam.
Rajsurian berkata, polis mungkin akan menahan reman aktivis berkenaan sebelum dihantar ke IPD Tawau bagi siasatan selanjutnya.
Dalam kenyataannya di Facebook kira-kira tiga jam sebelum tiba di Bukit Aman, aktivis yang berasal dari Semporna itu menyifatkan penahanannya sebagai kemenangan rakyat Sabah.
"Apabila rakyat berkata benar di hadapan kerajaan, terus ditangkap.
"Aku tidak akan duduk diam. Aku sudah menang dan akan menang lagi untuk bela nasib rakyat Sabah," katanya.
Sejak tahun lalu, ini kali ketiga Jufazli disiasat polis.
Pada November 2016, beliau disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana kritikan terhadap kerajaan negeri Sabah.
Pada Jun lalu, aktivis itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
WOIT JANGAN
BUAT SILAP
BAKAR RUMAH
SETIGGAN ITU
BERLAKU
DI SINGAPURA
TAHUN 60'AN
70 AN DULU
MASA BUAT
FLET HDB DULU
DAN AMBIL
TANAH UNTUK
BERI PEMAJU
DI MALAYSIA
NEGARA ISLAM
KITA ADA
PEMIMPIN
YANG SUCI
JUJUR BERSIH
LAGI WARAK
MANA ADA
KERJA JAHAT
WOIT...
JANGAN BUAT
FITNAH
KAH KAH KAH
-----------------
patutlah kat MYANMAR pon ikut 'bakar'!
BalasPadamtradisi turun temurun kot?
nampak banyak 'bakar' sampah merata!
sampai kat 'dalam' kawasan balai pulis pon 'bakar'!!!!!!!!