Rabu, 27 September 2017

NAJIB KENA KENCING SEKALI LAGI






TONTON

PORN

NAJIB MACAM TONTOWI
TENGOK PORN DALAM
HOTEL DI LUAR NEGARA




SEKALI LAGI KENA KENCING

Minggu lalu saya telah  menulis tentang bahasa badan Presiden Trump ketika bertemu dengan Najib. Kita semua dapat melihat klip perjumpaan ini dalam YouTube. Lihat betapa kurang hajarnya Presiden Amerika  yang ke 45 ini.

Saksikan betapa angkuhnya Si Trump ini  ketika dia  memandang ke arah Najib. Matanya turun naik turun naik. Apabila  Najib membuka mulut  Si Trump ini hanya berpelok tubuh.  Bahasa badan  Trump menunjukkan dia sedang melihat Najib sebagai budak lekeh. 
Jika berpelok tubuh ketika orang dihadapam mata kita sedang  bercakap ini adalah  bahasa dan perangai  Mat Gedebe. Ini bahasa samseng. Presiden Trump jelas dilihat saperti Abang Polis sedang menahan Mat Bangla. Mat Bangla ini kelihatan gelabah lalu berjanji akan mengeluarkan duit simpanan dari sakunya untuk menyogok Abang Polis. Mat Bangla juga berjanji akan membeli asap rokok Abang Polis asalkan dia tidak ditangkap.

Klip video perjumpaan Najib dengan Trump ini disebarkan dari Rumah Puteh sendiri. Ini pasti  kerja ‘ orang dalam’. Mengapa ini terjadi?

Kesahnya bagini: Presiden Trump diserang hebat oleh The New York Times, Washington Post, Wall Street Journal kerana menjemput Najib datang ke Rumah Puteh. Akhbar-akhbar berpengaruh dari Amerika ini memandang Najib sebagai ‘penyamun tarbus’. 
Paling memalukan ialah apabila  majalah  Newsweek membuat induk berita  memanggil Mat Najib ‘… The  Malaysian crook…’.

Semua  yang berlaku ini  disedari oleh Trump. Maka langkah terbaik untuk Trump mencairkan kutukan terhadap dirinya kerana berjumpa Najib ialah dengan mengeluarkan klip video yang bertanda RAW dalam YouTube. Raw ini ertinya belum disunting.

Klip ini bermula dari belakang pintu pejabat  Trump kemudian masuk ke wilayah meja tamu. Ini bertujuan untuk membuktikan kamera ini milik ‘orang dalam.’  

Di meja tamu rupa-rupanya bukan Mat Najib seorang saja sedang duduk menunggu. Ada sebaris panjang Mamat-Mamat bersama Najib sedang menunggu Trump. Semua duduk senyap  tangan bawah meja  saperti murid sekolah dalam ketakutan  menunggu Guru Besar masuk. 

Ada Mustapha  Muhamad , ada Anifah  Aman, ada Pak Duta malah pegawai keselamatan  pun ada sama. Sabenarnya Trump mahu membuktikan  kepada para pengkrtitk  bahawa yang ditemuinya bukan hanya ‘ Mat Najib penyamun terbus’. Ada ramai lagi orang dari Malaysia yang ditemuinya termasuk Mat Beg Duit Roslan Sohari.

Bijak bistari rupanya Si Trump ini. Klip ini disiarkan lebih awal dari klip resmi. Ha ha bijak Mat Trump menutup seluar koyaknya. Maka reda  sadikit kritikan terhadap Najib.

Oppps… saya tersilap. Tidak ada yang reda-serangan diteruskan.  Pada malamnya sesudah pertemuan Mat Najib dengan Presiden Trump ada berita ‘ menggemparkan’ Amerika. 

Najib  Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden United Malays National Organisation yang memperjuangkan ketuanan Melayu telah menjadi bahan lawak seluruh Amerika.

Jimmy Fallon seorang pelawak  dan penyampai berita  tersohor dari stesen NBC - stesen TV nasional Amerika - telah mengambil klip pertemuan Najib dengan Trump. Suara Najib telah dialih untuk dijadikan bahan berita  dalam rancangan The Tonight Show. Dialok Trump dengan Najib telah diubah dan dijadi bahan lawak Amerika. Sah dan saheh Mat Najib kali ini  betul-betul menjadi Mat Lekeh. 

Sayangnya klip berita NBC ini  tidak difahami oleh Mak Cik Felda. Ahli-ahli parti ketuanan Melayu juga tak faham makna kutukan terhadap Najib melalui  klip ini. Sayang sekali  Lokman Adam dari Pasokan Pemikir Najib gagal menganalisa makna dan tanda klip ini.

Saya bukan ahli parti United Malays National Organisation. Jika saya ahli parti saya akan berhijrah ke Korea Utara untuk membuat roti canai sebagai bekalan kepada soldadu Korea Utara. Ini tanda setia kawan saya untuk  membantu Presiden Kim Jung-un dalam persediaan  memerangi Presiden Trump.

Sebaik sahaja  kapal terbang membawa Najib  bergerak meninggalkan Amerika satu lagi ledakan berlaku. Ketika Najib dalam pesawat mahkamah di Los Angles membuat keputusan membenarkan Department of Justice Amerika - DOJ - mengubah kes 1MDB -  dari kes sivil ke kes jenyah.

Cisss. Ini betul betul nasib baik. Kalau Najib ngelencong ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu di New York, saya rasa saman akan sampai. Kalau pun  surat saman tak sampai pasti  ada ratusan media dunia  dan jurugambar  yang akan ingin menemu bual Rosmah Mansor.

Media dunia bukan ingin tahu rahsia berat badan Rosmah. Ini soalan kurang sopan. Juru gambar amat amat gian untuk  mengambil gambar  Rosmah bergaya dengan ratai berlian merah jambu hadiah dari Jho Low sambil menayangkan beg tangan Birkin. Gambar ini pastilah ber latar belakangkan banguan PBB di New York. 

Silap silap hari bulan gambar Rosmah ini akan menjadi hiasan kulit majalah Le Grosse Dame. Majalah feshen paling popular dari Paris ini sama setaraf dengan The Vogue.

Pasti gambar Datin Seri Rosmah Mansor ini  akan menjadi gambar klasik dunia. Akan  tergantung disimpan hingga hari kiamat  di Muzium Les Madame Fou - dipinggar kota Paris. Gambar Rosmah ini akan diapit oleh  potrait lukisan  Pemaisuri Marie Antoinette dan gambar  Puan Ilmelda Marcos dengan kasut-kasutnya.

Di Kuala Lumpur para macai Parti Ketuanan Melayu sibuk mengatur Mak Cik dan Pak Cik Felda untuk datang menyambut kepulangan Najib dan suaminya Rosmah… opss..maaf dengan  isterinya Rosmah Mansor.

Seluruh tenaga media dikerah untuk membuat laporan kepulangan Najib dari Amerika. Heboh heboh heboh.  Najib mahu digambarkan sebagai wira. Sama setaraf dengan Mahathir Muhamad dahulu. Sabenarnya semua ini bertujuan untuk memadamkan dan mengalihkan pandangan orang ramai terhadap lawak lawak  Najib   yang sedang menular. 

Kesah Najib mahu menyelamatkan ekonomi Amerika telah menjadi bahan ketawa. Kesah Najib mahu membeli kapal terbang juga menjadi lawak. Malah ketiadaan sidang akhbar bersama Trump  di Rumah Puteh juga menjadi lawak besar. Najib ditularkan sebagai amat takut berhadapan dengan media Amerika.

Paling hina ialah apabila muncul berita  tentang Najib telah membayar jutaan ringgit untuk dapat bertemu Presiden Trump. Cerita baksheeh suap duit kopi ini ini telah menular luas.

Lokman Adam dan tim pemikir bertungkus lumus bekerja keras untuk memadamkan kesah lucu Najib ketika di Amerika ini. Imej Najib yang dirancang akan memuncak naik sepulang dari Amerika telah  terbarai dipintu tandas.

Tup tup terpancar satu idea. Satu  stratiji politik yang bergeliga. Satu rancangan yang amat-amat hebat. Dirancang dengan kawalan ketat. Najib akan membuat satu sidang tergempar.

Sidang media tergempar Perdana Menteri Najib Razak pada Sabtu 17 September 2017  akan dijalan pada jam 4.30 petang di Tingkat 39 Menara Datuk Onn Pusat Dagangan   Dunia Putra. Ini  menjadi heboh. Heboh. Tegempar.  Dari petang  Jumaat 16 September seluruh Malaysia telah heboh.

Zahid Hamidi diarah membatalkan rancangan ke Perlis. Para Menteri dan pucuk pimpinan Parti Ketuanan Melayu diarah semua berkumpul ke bangunan PWTC. Heboh heboh heboh. Cerita Najib jumpa Trump tenggelam. 

Kini semua tertanya-tanya. Pengumuman PRU14 ke? Najib akan umumkan penangkapan Jho Low ke?  Apakah Najib akan mengumumkan parti Islam PAS akan masuk menjadi kerabat Barisan  Nasional. Semua tertanya-tanya. Keadaan tenang tapi tegang. Apa agaknya akan terpancut dari mulut Najib.

RTM, Tv3, Tv Hijrah, Astro, NTV7 - semua memasang jaringan untuk siaran terus menerus. Semua media - dalam dan luar negara -  dijemput datang. Ini  termasuk laman portal anti-kerajaan saperti MalaysiaKini dan MalayisanInsight - yang biasanya dilarang. Puluhan ahli parti ketuanan Melayu sedang mencacakkan  talipon bimbit untuk siaran FB terus menerus. Tegang. Tegang.

Jam 4 petang masih belum ada apa apa. Pada jam 4.30 Najib sampai. Tetiba arahan sampai. Media dilarang buat siaran langsung. MalaysiaKini dan MalaysdianInsight tak dibenar masuk. Tetiba semua berubah. Pucuk pimpinan United Malays National Organistion telah mula duduk. Zahid, Ku Nan, Sahahrizat, Saleh Kerouk - semua ada. Mereka bergaya dengan batik sutera. Hanya Najib memakai baju T merah dengan lambang parti

Jam 4.45 seorang Jantan memakai baju berwarna biru terhegeh hegeh  muncul saorang diri. Jantan ini ialah  Mat Taib bekas Menteri Besar Salangor. Dia berjalan menuju ke meja sidang akhbar. Najib TIDAK, saya ulangi  sekali lagi …Najib tidak pun bangun  dari kerusi untuk menyambut Mat Taib.

Ini bukan tohmah Hishamuddin Rais. Jika tidak percaya sila masuk ke YouTube dan lihat apa yang saya gambarkan ini.

Hakikatnya Najib kena kencing sekali lagi. Sidang media telah potong stim. Berita yang hendak diumumkan oleh Najib ialah Mat Taib telah rujuk kembali untuk menjadi ahli parti United Malays National Organisation.

Cisss… para pengamal media marah kerana mereka merasa ditipu. Para menteri yang membatalkan program mereka juga merasakan ini satu kerja bodoh.

Berita Najib dihina di Amerika padam untuk sementara. Lawak Najib  nak pulihkan ekonomi Amerika  terganggu sementara. Cita-cita  Najib nak ‘songlap duit pencen KWSP’ tenggelam sabentar. Satu Malaysia heboh tentang berita Najib kena kencing oleh  Mat Taib.

Untuk menyelamatkan dari kemaluan yang maha besar  lalu dibocorkan  cerita dongeng tentang adanya 8 orang YB dari Selangor yang akan ‘murtad’. Juga diberitakan bahawa satu kerajaan campuran baru akan diwujudkan di Selangor. Peranan penting akan dimainkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dihebohkan bahawa  kerajaan campuran baru di Selangor ini terdiri dari Pas, Umno dan Khalid Ibrahim. Singkatnya kerajaan campuran PUKI. Apa terjadi? Kenapa Mat Taib  seorang sahaja yang datang berjumpa Najib? Mana hilang para YB PAS? Dimana Khalid Ibrahim?

Pelbagai soalan timbul. Yang paling hendak diketahui ialah siapa sabenarnya Mat Taib a.k.a Mike Tyson ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------------

3 ulasan:

  1. Kah kah kah kah kah.... Oitttt Najib si isteri rosmah mana de kemaluan, jadi sifat pemalu mmg zero... Yg ada sifat takut kt suaminya si rosmah.

    BalasPadam
  2. hah!!bulshid you are nonsense guys hishamudin rais Malaysian prime Minister already said Donald trumpet is a great leader, maybe he should run for president and maybe make America great again...you are fired hishamudin rais you're fired azmin you are fired Haji hadi you are tired nurul izzah you are fired Umno and you are fired Pas.. you all already expired date.. all politicians nudes.Porn.cikaro.bagero.dildo.long clit.long ass... u all sick disgusting.. Merambooooos sila exists dari negeri/negara saya tolonglah saya merayu tolonglah.. all politicians adalah budak jaat.. kecuali sya sya budak bayik..

    BalasPadam
  3. Reminds me of a song, I heard......almost twenty years ago....
    goes like 'CING CING CING CING'

    maybe get that same singer to a version 2 like 'KENCING CING CING CING'

    then version 3 like this 'TERKENCING CING CING CING'

    then version 4 like this 'DIKENCING CING CING CING'


    WHO KNOWS WHAT VERSION 5 OR VERSION 6 SOUNDS LIKE?

    p.s. 'Wan Suey Wan Suey Wan Wan SUWEY'
    wakakakaka!

    BalasPadam