Ahad, 15 Oktober 2017

AGEN BIDADARI








YA AMPOON

YA MAULANA

RAKYAT DAH

LAMA TUNNGU

KENYATAAN 

MACAM INI




Sultan Johor: Kalau semua tak boleh, lebih baik duduk dalam gua

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menegur pelbagai amalan berasaskan agama yang kadangkalanya tidak praktikal, memaklumkan ia boleh menjadi tidak munasabah untuk hidup dalam masyarakat sedemikian.

Baginda bertitah menjelaskan isu dobi mesra Muslim sahaja yang enggan menerima pelanggan bukan Islam dengan alasan 'kesucian'.

"Saudara-saudara fikir lah sendiri. Bagaimana pula, dengan tempat duduk di tempat awam. Yang mungkin dijilat anjing, atau bantal dan selimut di hotel yang mungkin terkena najis.

"Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua sudah tak boleh, maka nasihat saya, lebih baik duduk seorang di dalam gua dan tak perlu hidup masyarakat," titah ucapan baginda dalam majlis konvokesyen ke 17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat semalam.

Sebuah video titah ucapan baginda dimuat naik ke laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim. 

Titah Sultan Ibrahim lagi nota ringgit mungkin telah bersentuhan dengan para penjual arak dan daging khinzir.

"Adakah kerajaan perlu mengeluarkan duit yang mesra Muslim?" Soal baginda.

Menyentu dobi mesra Muslim itu lagi, baginda telah bertitah mengarahkan agar amalan itu dijauhi. Titah Sultan Ibrahim lagi amalan sedemikian hanya akan memecah-belahkan masyarakat.

"Sebagai ketua agama negeri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk kekalkan keamanan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.

"Oleh itu, apa juga perkara yang saya rasa boleh membawa kepada perpecahan akan diambil tindakan dengan segera."

Baginda menambah amalan tersebut sebagai 'ekstrim'. Baginda menekankan bahawa Islam menjunjung keharmonian dan mengajak berbuat baik kepada orang lain walaupun bukan daripada agama yang sama.

"Pemikiran sempit ini bukan cara masyarakat Islam di Johor," titah baginda.

RAKYAT DAH 

BOSAN MUAK

NAK MUNTAH

DENGAN PENJUAL

AGAMA DAN

AJEN BIDADARI

TERUSKAN

TERUSKAN 

RAKYAT BERSAMA






------------------

4 ulasan:

  1. 100% gua sokong titah tuanku .. pancung trus tuanku jgn bg brtunas unsur'2 yg sebegini. islam agame yg mudah bkn agame yg rumit atau sengaje di-rumitkn. bg mrke'2 yg xpernah sdr cube bukekn minde seluas mgkin bt di-renungkn, bukankh stiap k'burukn yg tnampak d'dpn mate kite pd hakikatnye adelah dr kebusukn hati kite sndri?..

    BalasPadam
  2. ada mesra Muslim tak?
    -darah,
    -kain,
    -baju,
    -spender,
    -kasut,
    -kertas,
    -jan,
    -hen pone,
    -helmet,
    -bah see kal,
    -moto see kal,
    -kreta,
    -van,
    -baju,
    -kon doom,
    -tee lam,
    -dan banyak lagi?????????

    πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  3. Memberi kata2 hikmah pada si pekak
    Memberi lampu suluh pada si buta
    Manjadikan si bisu sebagai jurubicara , merupakan satu kerja yang sia2.

    BalasPadam
  4. Inilah falsafah baru dari aku,
    " jangan kita suka membaling boomerang pada orang lain,kerana boomerang yang kita baling itu akan kembali ke diri kita sendiri"

    https://youtu.be/uJldS1LFLRo















    BalasPadam