Rabu, 11 Oktober 2017

APA MAKNA MENGUNDI








PRU14


PRU14 - CATALAN DAN BREXIT

Satu Malaysia sedang menunggu bila Najib akan membubarkan Parlimen. Suasana PRU14 telah sampai. Umum mengetahui bahawa Najib wajib mengadakan pilihan raya  pada tahun ini atau selewat-lewatnya hingga ke pertengahan tahun hadapan.

Malaysia kita ini adalah negara Dunia Ketiga. Malaysia diheboh-hebohkan  sebagai negara contoh yang mengamalkan Demokrasi Raja Berperlembagaan. 
Saya tidak menafikan tentang demokrasi Parlimen  Beraja Malaysia. Tetapi saya  mahu memberi takrifan yang lebih tepat dan betul.  Takrifan saya hanya mensifatkan Malaysia ini   sabenarnya hanyalah negara pengamal prosedur demokrasi. 

Takrifan saya ini  memberi makna  Malaysia memiliki tanda-tanda  dan lembaga  demokrasi. Malaysia ada Perlembagaan Beraja, ada Gedung Parlimen, ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - ada wakil rakyat. Dan warga  Malaysia boleh  mengundi lima tahun sekali untuk memilih wakil mereka  pergi ke Parlimen.  Semua ini adalah lembaga , tanda-tanda dan prosedur demokrasi. 

Sabenarnya prosedur demokrasi mengambil tempat  disemua negara Dunia Ketiga bukan hanya di  Malaysia. Ianya berlaku di Myamar atau Indonesia atau Sri Langka atau Kenya di Afrika atau Colombia di Amerika Latin. 

Dalam negara Dunia Ketiga  yang mengamalkan prosedur demokrasi yang wujud hanyalah  prosedur. Intipati  semangat dan nilai hakiki demokrasi tidak wujud. Atau lebih tepat bukan demokrasi yang wujud tapi hampeh demokrasi yang wujud.
Bagaimana pula demokrasi di negara maju saperti di Eropah, atau di Amerika Utara? Bukankah di Eropah ada  pilihanraya? Apakah  suara hati warga  Eropah betul-betul bebas  untuk ditakrif sebagai demokratik?

Pada saat ini - dan perkembagan terakhir ini membuatkan  saya berani mengatakan  bahawa di Eropah juga demokrasi sedang menuju ke jalan gagal.  

Sayugia diingatkan bahawa  wujud pilihan raya dan adanya pemilihan  wakil melalui undian bukan ertinya  demokratik. Pengundian atau membuang undi itu  hanya sebahagian dari proses demokrasi. 

Saya memiliki pandangan bahawa pilihan raya itu bukan bererti demokrasi. Atau jika ada pilihan raya ertinya ada demokrasi. Pilihan raya dan hak mengundi hanya manifestasi dalam satu proses demokrasi untuk memilih perwakilan.

Ada banyak cara yang demokratik yang boleh dijadikan lembaga untuk memilih perwakilan. Angkat tangan pun boleh, berbincang kemudian melantik wakil pun boleh - saperti pemilihan ketua adat, atau ketua  kampong.

Hakikatnya demokrasi secara kasar difahami sebagai menghormati suara ramai. Ertinya suara ramailah yang akan menjadi nakhoda untuk mengemudikan arah  syarikat, arah jamaah atau  arah negara.
Apa ini yang sedang berlaku?

Saya sedang melihat bagaimana suara ramai makin dipinggir malah diinjak-injak.

Justeru pada ketika dan saat ini saya  memperkukuhkan lagi  pandangan bahawa mengundi  itu jika boleh mengubah apa-apa maka mengundi  itu akan diharamkam.  Pilihan raya jika boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya akan diharamkan.

Apakah kata-kata dan pandangan saya ini betul. Apakah ini pandangan yang rasional dan masuk akal? Mana nas, mana surah dan hadis  yang boleh  menyokong pandangan saya ini?

Untuk memperkuatkan dan mensohehkan pandangan ini maka saya akan membawa pembaca ke politik  terkini. Apa yang berlaku hari ini juga akan dibantu oleh babak babak sejarah yang lalu untuk membuktikan bahawa jika undi boleh mengubah apa-apa maka mengundi itu akan diharamkan.

Surah Catalan - Sepanyol adalah  negara federal sama saperti Malaysia - Raja Berperlembagaan. Ada 17 wilayah autonomi dalam Sepanyol. Ada  wilayah Basque, Catalan , Galicia selain dari Sepanyol. Mereka semua memiliki bahasa dan berbudaya yang berbeza.

Pada 1 Oktober 2017 yang lalu warga Catalan - salah satu wilayah Sepanyol - telah mengadakan pungutan suara. Warga Catalan - ibukotanya Barcelona - mahu berpisah dari Sepanyol. Ertinya rakyat Catalan mahu bebas merdeka. Jalan yang sopan dan paling demokratik ialah membuat pungutan suara. 

Niat untuk berpisah dari Sepanyol juga wujud di wilayah  Basque. Tahun tahun 70’an dahulu  hingga akhir 90’an kita lihat gerila Basque ETA ( Euskadi Tak Askatasuna)  berjuang menuntut merdeka.  Hari ini telah ada penjanjian damai antara ETA dengan Kerjaan Sepanyol. Basque masih belum merdeka. Hakikatnya cara warga Catalan menuntut merdeka ialah dengan pungutan suara - bukan dengan serangan gerila.

Sebelum pungutan suara dilakukan Perdana Menteri Sepanyol telah melarang pungutan suara ini dijalankan. Kuasa  politik dari Madrid telah menentang apa saja bentuk pungutan suara.

Pada minggu sebelum mengundi  polis dan soldadu telah dihatar untuk ‘ membedil’ tempat-tempat  membuang undi. Kawasan dan bilik mengundi telah dikepong soldadu Sepanyol.

Tetapi warga Catalan tetap keluar mengundi.  Seramai  2.286,217 juta pengundi telah datang mengundi. Ini adalah 97% dari jumlah pengundi Catalan. Seramai 177,547 atau 7.99% telah menentang Catalan Merdeka. Sebanyak 2,044,038 atau 92.01% telah mengundi MAHU MERDEKA. Ini fakta bukan propaganda anti pilihan raya dari Hishamuddin Rais.

Angka 92.01% ini adalah suara majoriti. Seharusnya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi - sistem suara ramai - maka minggu  lalu Catalan telah merdeka. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bangsa Bersatu seharusnya telah  menerima masuk sebuah lagi negara baru. Tidak. Ini tidak berlaku. Catalan masih lagi menjadi  tanah jajahan Sepanyol. 

Keadaan masih bergolak. Raja Sepanyol mula masuk campur. Undang-undang darurat mungkin dikenakan keatas Catalan. Malah Ketua Menteri Catalan  dan para pemimpin pro-Merdeka mungkin ditangkap.

Inilah surah pertama dari saya untuk membuktikan jika undi boleh mengubah apa-apa maka undi akan diharamkan.

Surah Brexit - Mari kita beralih ke United Kingdom. Negara ini  dikatakan telah mengamalkan 700 tahun demokrasi berparlimen. United Kingdom negara Raja Berperlembagan. Negara inilah  yang telah melakar Perlembagan Tanah Melayu kita.

Pada  23 Jun 2016 yang lalu United Kingdom  (UK) telah mengadakan pungut suara. Agendanya - UK keluar dari Kesatuan Eropah. Warga UK diminta memilih  untuk terus bersama Kesatuan Eropah dibawah Brussels atau keluar bersendirian.

Sejumlah 72.02 % warga UK telah turun membuat pilihan. Seramai 51.9% telah membuat keputusan membawa UK keluar dari Kesatuan Eropah. Nampaknya cukup jelas bahawa warga UK tidak mahu dipimpin oleh Brussel. Rakyat UK mahu hak kedaulatan sendiri. 

UK telah diberi masa untuk mengurus perjalanan keluar. Pada  29 March 2019 - mengikut tarikh yang telah dipersetujui -  maka UK dan secara resmi bukan lagi ahli Kesatuan Eropah.

Betul ke ini akan berlaku? Apakah suara orang ramai ini akan dikotakan?

Saya kurang yakin suara ramai warga  UK ini akan dihormati. Saya telah mula terbaca bagaimana elit politik dan para peguam secara gelap dengan berahsia telah mula mencari jalan  untuk memandulkan niat dan cita-cita 51% suara majori warga UK.

Komplot dan cabal-cabal yang pro Kesatuan Eropah sedang giat berusaha melalui undang-undang  - melalui hukum hakam - untuk membatalkan Brexit.

Elit politik, elit ekonomi dan kelas pemerentah UK tidak sekasar Madrid yang melarang pungutan suara dilakukan. Kelas pemerentah UK tidak  menggunakan soldadu. Kelas pemerentah UK lebih licik, lebih berpengalaman dan tahu apa akibat apabila rakyat bangun memberontak. 

Jangan sesekali kita lupakan Raja Charles Pertama telah dipenggal kepalanya pada 30 Januari 1649 sebelum kepala Louis Ke14 dipenggal pada 21 Januari 1793. Justeru kelas pemerentah di UK  - kuasa kolonial terakhir - telah mengumpul pengalaman dan tahu cara untuk mengurus kuasa dalam negara dan juga ditanah jajahan.

Jadi apa yang dapat kita  fahami dari Surah Catalan dan Surah Brexit. 

Dua surah ini membuktikan bahawa jika undi dapat mengubah apa-apa maka undi itu akan diharamkan. Lalu timbul persoalan -  bagaimana dengan pilihan raya yang sering dijalankan  di UK dan di Sepanyol.

Jawabnya cukup senang. Pilihan raya yang dijalankan di Uk dan di Sepanyol itu TIDAK mengubah apa-apa. Pilihan raya itu tidak mengubah sistem yang sedia wujud. Yang berubah hanya parti politik mana yang akan menguruskan sistem yang sama. 

Bank of England masih Bank of England. Kaum kapitalis masih membuat untung. Ratu Elizebeth masih menjadi Raja United Kingdom. Raja Filipe V1 masih lagi raja Sepanyol. Elit politik , kaum feudal dan kelas pemerentah masih saperti sediakala. Tidak ada apa yang berubah.

Di UK ada Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di Sepanyol pula  ada Parti Popular ada Parti Buruh. Setiap kali ada pilihan raya rakyat di UK atau di Sepanyol dibenarkan memilih  Coca Cola atau Pepsi Cola. Pilih mana sahaja parti kerana tidak ada apa-apa perubahan hakiki. Sistem lama - sistem ekonomi kapitalis tetap selamat.

Pilihan raya jenis ini, mengundi jenis ini tidak akan dihalang - malah digalakkan. Ini bertujuan untuk memberi ilusi kepada orang ramai bahawa mereka telah membuat pilihan. Memilih Coca Cola atau Pepsi Cola dan merayakan pilihan raya.

Tetapi kali ini ada perbezaan. Warga  Catalan mahu merdeka - mahu berpisah dari Sepanyol. Warga UK mahu UK keluar dari Kesatuan Eropah - berpisah dari Brussels. Pemilihan dan undi yang saperti ini akan diharamkan. Akan ditentang. Inilah yang sedang berlaku di Catalan dan di UK.

Undi yang membawa satu perubahan ini pasti akan diharamkan. Pemilihan yang menghasilakan perubahan  akan dibatalkan. Elit politik dan elit ekonomi dan kelas pemerentah tidak akan membernarkan perubahan berlaku. Perubahan yang akan menjejaskan kepentingan  ekonomi mereka akan ditentang. Akan diharamkan.

Maka persolaan timbul untuk kita warga Malaysia yang akan berhadapan dengan PRU14. Dalam pilihan raya ini nanti rakyat Malaysia akan dibenarkan memilih antara dua kumpulan parti politik - Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Apakah kita  rakyat Malaysia akan dibenarkan  untuk membuat pilihan ini? Tunggu minggu  hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


-----------------

1 ulasan:


  1. Apb CAHAYA perubahan itu tlh datang..

    CAHAYA itu mmbawa kita kpd erti nikmat KEDEWASAAN..

    Akhirnya CAHAYA itu datang juga dr dlm dada isi HATI tiap manusia..

    Akhirnya CAHAYA itu tepat n terang menyuloh kdlm KEGELAPAN kesumat kezaliman..

    Hatta CAHAYA itu menerangi sgl 'rahsia' yg terserok samar KELIRU kini terang mnjd paparan..

    CAHAYA menerusi angka2 AUDIT @ HISAB hutang n sgl kebobbrokan adalah fakta2 nyata lg TERANG yg tak akan mampu utk dibendung n disembunyikan..

    Idea yg baik adalah sumber CAHAYA serta tenaga ddlm minda ddlm dada kita semua..idea CAHAYA yg murni tiada prejudis bias trhdp kaum bangsa dan agama, serta TIADA kata2 kesat kesumat maki hamun yg sarat dan GELAP..

    Krn idea CAHAYA murni bak CAHAYA mentari yg FREE FREE lg FREE, yg terang indah menyenangkan MATA kpd sesia jua yg memandangnya..


    Berblog dan mnjd bloger sprt saudara adalah obor pembawa CAHAYA, kadang2 CAHAYA itu samar2 ttpi CAHAYA itu tetap CAHAYA bak mentari yg menyinar FREE..

    CAHAYA dpt mmbawa perubahan yg lebih baik..

    CAHAYA dpt mmbuat perbezaan yg terang jelas..

    CAHAYA dpt menyuloh sekecil2 samar GELAP n keliru apatah lg yg besar n nyata..

    CAHAYA itu tetap CAHAYA yg tak perlu kpd status-Quo glamor yg tak minta bayaran apa2-FREE-percuma!

    FREE FREE FREE n FREE percuma bak CAHAYA mentari, itulah Miracle lg ajaib indahnya CAHAYA ddlm minda ddlm dada kita!!

    Apb CAHAYA semakin terang yg GELAP dgn sendirinya akan lenyap..

    Apb CAHAYA ddlm diri kita dan genarasi kita mnjd sgt terang benderang, maka tiada n TIADA lah lg "barbaric-minds" yg GELAP yg tiada Integrity yg suka merompak membunuh mmfitnah meNGELIRU dan bermacam2 lg konspirasi HITAM yg menindas serta menzalimi sesama insan/manusia..

    Suburkan dan war2 kan CAHAYA ddlm diri kita dan generasi kita, sama sprt CAHAYA yg tlh dibawa oleh nabi2 dan wali2NYA itu.. krn ddlm CAHAYA itu bersinar2 semangat serta tenaga kearah memumupuk CINTA Kaseh sayang jiwa2 luhur LURUS telus tembus yg penuh INTEGRITY Transparency jujur amanah lg KUDUS yg pasti mmbawa sumber sumber sumber n sumber REZEKI yg berlipat2 kali ganda..

    Yess!
    Yess n yess!!

    CAHAYA Integrity amanah MERIT n transparency adalah sumber REZEKI REZEKI REZEKI n REZEKI yg melimpah2 berlipat2 kali ganda drp ILAHI yg tak dpt diduga lg disangka2..

    (dan TAQWA itu=CAHAYA Integrity MERIT amanah Transparency ddlm dada)

    Subur n war2 kan CAHAYA Integrity serta CAHAYA cinta sesama kita semua..

    "What we SAY(tru our HEART intently), we shall be.."

    BalasPadam