TAHNIAH!
GUA BANGGA
GUA KENAL
SOSOK INI
Selepas 16 tahun, aktivis mahasiswa dapat segulung ijazah
BIASANYA seseorang hanya perlu menghabiskan masa tiga hingga empat tahun untuk mendapatkan segulung ijazah.
Tetapi tidak bagi bekas aktivis mahasiswa, Rafzan Ramli. Lelaki berusia 40 tahun itu mengambil masa 16 tahun sebelum akhirnya lulus Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari sebuah universiti awam.
Mengapa begitu lama? Ini kisahnya.
Pada 8 Jun, 2001 bertempat di Masjid Negara, Rafzan yang pada ketika itu mahasiswa tahun dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan 10 aktivis reformasi.
Sebelum itu pada April 2001, ISA digunakan bagi menahan pemimpin Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dan aktivis sosial seperti Ezam Mohd Nor, Hishamuddin Rais, Chua Tian Chang, Saari Sungib, Lokman Noor Adam, N Gobalakrishnan, Raja Petra Kamaruddin, Badaruddin Ismail, Dr Badrul Amin Baharum dan Abdul Ghani Haroon.
Rafzan bersama-sama Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) yang terdiri daripada 10 pertubuhan mahasiswa menganjurkan demonstrasi bagi membantah penggunaan ISA.
Pihak polis merempuh demonstrasi itu dan menahan tujuh mahasiswa termasuk Rafzan.
Rafzan dan enam orang lagi mahasiswa dari UiTM, UM, UKM dan UTM ditahan di dalam lokap selama satu malam.
“Kami dipukul dan ditampar oleh tahanan lain dalam lokap yang memegang kunci sel. Saya sendiri ditampar malam itu.
“Orang tu marah dan maki kami mengatakan kami bodoh kerana terlibat dengan demonstrasi,” katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight.
Sepuluh pertubuhan mahasiswa itu tidak berapa lama kemudian diharamkan kerajaan.
Tidak lama selepas dibebaskan, Rafzan dan enam lagi rakannya dibuang dari universiti masing-masing.
Bermula 2001 hingga 2013, mereka turun dan naik mahkamah.
Sepanjang proses perbicaraan panjang pada zaman tiga perdana menteri iaitu Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi dan Najib Razak, Rafzan dan rakan-rakannya pernah menang, kemudian kalah dan akhirnya disahkan kalah.
Dari Mahkamah Majistret hingga Mahkamah Tinggi dan akhirnya pada 4 September, 2013 Mahkamah Rayuan memutuskan Rafzan dan rakan-rakannya bersalah kerana tidak mempunyai permit polis semasa berhimpun.
Janji kepada ibu
Di peringkat awal selepas dibuang universiti, Rafzan menganggur selama setahun. Ini menyebabkan gangguan kepada emosinya sehingga menjadi cepat marah.
“Setahun tak kerja, duit pun tak ada. Nak beli rokok pun mintak duit kat mak,” kata Rafzan sambil merenung kembali zaman gelap dalam hidupnya.
Tetapi semasa “zaman gelapnya” pada 2002, Rafzan dijemput ke Korea Selatan untuk berkongsi pengalamannya dengan mahasiswa di sana.
Selepas genap setahun Rafzan bangkit semula dan mula bekerja dengan sebuah syarikat swasta yang melakukan penyelenggaraan elektrik di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
“Nasib baik ada diploma, boleh juga cari kerja-kerja juruteknik.”
Disebabkan janji kepada ayah dan ibunya untuk mendapatkan juga ijazah, Rafzan cuba untuk memohon untuk menjadi pelajar sambilan di sebuah universiti awam lain.
“Berkali-kali saya sudah cuba mohon. Akhirnya permohonan kali ketiga baru diterima pada 2010, bayangkan berapa lama tu,” katanya.
Setahun selepas bekerja menyelenggarakan masjid, Rafzan mendapat pekerjaan lebih baik dalam sektor pengangkutan. Tidak berapa lama selepas itu dia mendirikan rumah tangga.
Disebabkan sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, akhirnya selepas tujuh tahun menjadi pelajar sambilan Rafzan berjaya menamatkan pengajian Julai lalu.
“Tapi sayang abah dah meninggal dunia pada 2014. Kalau dia masih ada, tentu dia gembira.
“Sepanjang proses turun naik mahkamah, abah tak pernah terlepas untuk hadir memberikan sokongan,” katanya sambil air mata berlinangan.
Rafzan tak pernah menyesal menyertai demonstrasi 16 tahun dulu sehingga terpaksa melalui proses panjang untuk mendapatkan ijazah.
Katanya, proses itu menjadikannya seorang manusia yang lebih berkeyakinan dalam hidupnya.
“Saya cuma marah sebab kalau UiTM berikan hak pendidikan saya, silap-silap saya dapat habiskan pengajian sebelum kes mahkamah selesai.
“Pada ketika dibuang, saya dalam tahun dua. Bagi saya, walaupun sedang dibicarakan, hak pendidikan itu perlu terus diberikan.”
Kepada aktivis mahasiswa, Rafzan berpesan setiap perjuangan itu mempunyai risiko sama ada kecil atau besar.
Katanya, kalau mengharapkan ganjaran untuk perjuangan, bila tidak dapat pasti berakhir dengan kekecewaan.
“Sebab itu kita kena jelas, apa saja yang kita lakukan, pasti mempunyai implikasi terhadap hidup kita.
“Apa yang saya lalui teramat kecil berbanding aktivis mahasiswa di luar negara. Di Korea Selatan atau Indonesia, aktivis mahasiswa mereka mengorbankan nyawa demi sebuah perjuangan.” – 8 Oktober, 2017.
SALUT
UNTUK
ANAK MUDA
YANG BERANI
------------------
tahniah rafzan .. perlu di-akui semangat n keazaman beliau adelah terlebih teguh dr kebanyakan kite ..
BalasPadamSalut bro....perjuangan mu...akan menjadi sejarah yang baik untok seluroh rakyat Malaysia...salut bro...
BalasPadamNak cari jln senang buatlah u-turn mcm bebrp kerat aktivis reformasi yg terdpt dlm senarai.....ketahuilah pengecut2 yg jd barua sang klepet skrg
BalasPadamKata Rafzan .. mahasiswa Kapir Korea sanggup korbankan nyawa demi sebuah perjuangan. Kata Ostat.. Sang Kapir cukup takut pada kematian sebab dunia ni adalah syurga mereka. Gwa betul KONFIYUS ..
BalasPadamtahniah bro rafzan. ni la yg dikatakan life long learning. kau jgn taruh harapan tinggi sangat pada uitm. uitm tu tempat ternak golongan melayu dari setinggi darjat konglomerat hingga lah kepada seekor barua bani melayu. kau patut bangga sebab berjaya bebaskan diri dari uitm tu bhai. kononnya uitm tu universiti terbesar di dunia tapi masih menadah tangan pada kerajaan untuk dapat dana tiap2 tahun. uitm ujud dah berpuluh tahun tapi masih tak pandai jana duit sendiri. apa sangat la ilmu yg kau boleh dapat dari uitm tu kalau uitm sendiri masih tadah tangan cium tangan pemimpin utk mintak duit. auta ja semua tu. arshad ayub katanya bapak segala ilmu perniagaan, selama dia bersama uitm dah brp billion dia tolong uitm kumpul dana?
BalasPadamso kesimpulannya bro rafzan, kau tak payah susah2 rasa ralat pada uitm, buang masa jer, kau patut bersyukur bhai.