Jumaat, 6 Oktober 2017

JUDI HARAM








YA AMPOON

INI RAHSIA

UMUM

SIAPA DIA

TAN SRI TATA

SAJE TANYA

JANGAN

MARAH

PPIM tuduh polis bantu suburkan judi haram

PETALING JAYA: Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa perniagaan judi haram berleluasa dan subur disebabkan penglibatan pihak polis yang turut membantu kegiatan itu di negara ini.

Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abdul Halim Ikhsan berkata perkara itu bukan rahsia.

“Kita yakin, tak perlu tipu dan rakyat sendiri tahu banyak pusat perjudian di Malaysia ‘dipayung’ oleh polis. Dan polis makan ‘paw’,” katanya merujuk istilah jalanan untuk “rasuah”.

Beliau dan seorang lagi aktivis PPIM, Yusuf Azmi, berkata demikian dalam sebuah program PPIM dirakamkan pada 23 September lalu.

Halim berkata beliau yakin kumpulan samseng “dipayung” oleh pihak berkuasa dengan memberi contoh terdapat pusat perjudian di depan Balai Polis Johor Bahru.

“Di Kluang (Johor), semua orang tahu berapa besar, berapa banyak pusat perjudian haram?” katanya.

Halim turut mendakwa seorang ketua polis daerah menaiki “satu kereta” dengan tauke judi.

“Apa kena-mengena KP (ketua polis) dengan tauke judi?” soalnya.

Katanya, berdasarkan risikan PPIM di pusat judi, orang Melayu Islam yang mengkayakan tauke judi.

“Tau tak tau… bila waktu malam bila nak tutup akaun, 90% duit setebal-tebal itu adalah hak orang Melayu Islam. Itu yang kita sedih,” katanya.

Halim menggesa menteri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan mengekang pertambahan pusat judi kerana mereka yang mempunyai kuasa mengeluarkan lesen untuk premis tersebut, selain membuat risikan.

FMT sedang berusaha mendapatkan pegawai polis yang disebut oleh Halim untuk memberi respon terhadap tuduhan Halim.

HANG NAK

BUAT APA

TOWKAY JUDI

ADA HUBUNGAN

DENGAN POLIS

DENGAN 

AHLI POLITIK

DENGAN

MENTERI 

HANG TAK 

CAYA HANG

TANYA KHALID

DIA DAH PENCEN

POLIS PENCEN

AKAN BUKA

CERITA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

TAHU HAL INI


----------

5 ulasan:

  1. BONGKAR!!

    Kita pakat support Najib.

    BalasPadam
  2. bila puak taukey balik... lepas tu dia cerita kisah pulis melaya nie dekat anak2 dia..
    pastu anak2 dia cerita pasal polis melaya dekat kawan2 dia...
    pastu kawan2 dia2 cerita pasal polis melayu nie dekat mak bapak...
    pastu mak bapak dia cerita dekat jiran dia pasal melayu...
    ehhh ak pun kena.. eh ko pun kena... ehhhhh dah kenape nie...

    BalasPadam
  3. Prihal polis memayung segala macam pusat .. adalah crita lama .. tak perlu didebatkan .. yang penting kita perlukan kerajaan yg tegas ttg integriti .. tak usah lagi lah hantar ostat crita dosa-pahala ..lawak2, nyanyi industan, jerit2 apa pun tarak ..pukimak betul. Syabas PPIM.

    BalasPadam
  4. Aku tak caye. Aku tak caye. Aku tak caye. Sumpah aku tak pecaye. Tapi kalau kau nak bagi derma kat aku maka aku terpaksa lah terima dengan hati yang berat 2.6 tan macam kak badak.

    BalasPadam
  5. alaaa.... ade ruu355 nanti pun sama je... cash is king.... mungkin juge terlibat gula2 dpt 'bidadari' kurniaan tauke2 kegiatan haram... siok nyaaaa...

    pegawai2 bawah tanya2 le.... ehhh all is OK pule.... bos bos masing masing terpayung juge ye... terlindung juge ye.... tak kena dakwa.... tak kena penjara pun.... malah bertugas spt biasa...

    1)yg rm2,600,000,000 istihar tak salah pun.... 2)si pembantu bini masuk rm2,000,000 dlm akaun bank pun ok je.... 3)yg tulis surat sokong bookie phua kpd FBI ape cerita.... 4)chedet bongkar ade rm250,000,000 dlm akaun macc memekak... 5)pun maslan dpt tak tanya utk ape... 6)shahril dpt tak tanya dari mane.... 7)payungkan jholow riza obashi ape macam....

    ape salah payungkan & bantu tauke judi mahupun tauke2 kegiatan haram lain yg berleluasa spt dadah, penyeludupan, perdagang manusia, dan lain lain..... lebih2 pun kena gantung kerja ataupun tukar ke bahagian lain....

    BalasPadam