KENAPA NAJIB
WAJIB DINYAHKAN
Minggu lalu saya telah menulis tentang gerakan Nyah Najib. Gerakan menuntut agar Najib berundur ini bukan satu pekara yang baru. Malah menuntut Najib dinyahkan bukan lagi suara pinggir. Bukan lagi suara kecil dari Kampong Kerinchi. Bukan lagi suara garau Mat Sabu atau suara halus Wan Azizah. Nyah Najib kini melantang sedunia.
Gerakan menyahkan Najib dari tampok kuasa ini telah menjadi satu projek mega bertaraf antarabangsa. Ini satu projek global yang akan menjadi patukkan dan rakaman sejarah dunia. Taraf projek Nyah Najib ini sama saperti projek menjatuhkan Pinochet di Santiago Chile atau Mubarak di Cairo Mesir atau Suharto di Jakarta atau Marcos di Manila.
Dari New York ke Los Angles , ke Paris , ke Geneva ke Singapura ke London - projek Nyah Najib telah lama bergerak. Media antarabangsa telah lama bersuara - melapor dan menganalisa sosok yang bernama Najib.
Media antarabangsa yang mahu Najib dinyah saperti The Wall Street Journal, The New York Time, Washington Post , London Financial Times, South China Morning Post , BBC London, CNN atau CNBC - semuanya mewakili negara atau kumpulan yang memiliki kepentingan ekonomi, perniagaan, ketenteraan dan politik di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa suara dan laporan media dunia ini telah membantu memperluaskan lagi projek Nyah Najib ke dalam negara. Surah dan hadis laporan media luar negara ini dianggap lebih saheh dari hadis dan surah yang dikeluarkan oleh Utusan atau RTM. Amin.
Tiga puluh juta warga Malaysia hingga ke hari ini amat-amat sedar bahawa laporan berita rompakan duit 1MDB telah menjadi berita global. Untuk pertama kalinya Mak Cik dan Pak Cik Felda terdengar nama Martin Scorsese dan nama Leonardo Di Caprio
Warga dunia mengenal German dengan Mercedes. Jepun dikenali dunia dengan Honda. London dikenali dunia dengan Harrod. Kita di Malaysia dikenali dunia dengan 1MDB.
Colombia dikaitkan dengan tokan dadah Pablo Escobar. Britain dikaitkan dengan Ronald Biggs penyamun kereta api - the Great Train Robbery. Amerika dikenali dengan Al-Capone. Parlemo Itali dikenali dengan Don Carleone. Maka dunia mengenali kita dengan penyamun yang bernama Najib Razak.
Rompakan yang dilakukan oleh Najib memperlekeh taraf Ronald Biggs - yang merompak 2.6 juta pound pada tahun 1963 atau 49 juta pound hitungan tahun 2017. Najib juga memperlekehkan Al-Capone, Don Carleone dan Pablo Escobar. Jumlah rompakan yang dilakukan oleh Najib bukan sahaja mengatasi pendapatan Escobar malah rompakan 1MDB ini dirancang dengan teliti dan licik sekali.
Apakah sama taraf rompakan Najib dengan rompakan Bentong Kali dan Botak Chin?
Oh la la…menyamakan Botak Chin dan Bentong Kali dengan Najib samalah saperti menyamakan Yusof Haslam dengan Martin Scorsese. Rompakan Bentong Kali dan Botak Chin ini adalah percubaan budak-budak sekolah mencuri gula-gula dari balang kantin sekolah.
Jika mencuri terbesar dan terancang dalam dunia akan mendapat hadiah Nobel maka saya akan menghabis hayat bersama 29 juta rakyat Malaysia untuk melobi Putera Raja Sweden agar Najib dianugerah Hadiah Nobel Pencuri untuk kurun ini. Amin
Apakah kerana Najib mencuri duit maka dia wajib dinyahkan? Jawabnya ialah ia dan tidak. Dalam tulisan ini saya akan membawa pencerahan dan hujah tentang sebab musabab , dalil dan nas mengapa Najib wajib dinyahkan.
Mencuri adalah satu kesalahan. Ini hukum sejagat. Dimana-mana pun dalam alam ini jika seseorang itu dibuktikan telah mencuri maka Si Polan itu akan dihukum.
Pencuri bukan hanya terdiri dari samseng atau anggota kongsi gelap atau kaum kerabat mafia. Imam, Tok Kadi, Yang Berhormat, Menteri, Presiden atau Perdana Menteri juga pernah dalam sejarah dibuktikan sebagai pencuri.
Di Jakarta kita ada Haji Muhamad Suharto seorang Presiden yang kerjanya ialah mencuri. Di Pilipina kita ada Ferdinand Marcos seorang Presiden yang juga telah dibuktikan sebagai pencuri. Di Cairo kita ada Tuan Haji Hosni Mubarak yang juga Presiden yang pernah dipenjara kerana mencuri.
Justeru apabila Mahathir Muhamad menunduh secara terbuka - dalam ceramah dan temubual media - Najib ini seorang pencuri maka ini bukan satu yang menghairankan. Sosok yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini pasti tahu dan arif tentang hal curi mencuri duit kerajaan ini.
Pada hemat saya kita tidak ada pilihan. Najib wajib kita nyahkan. Najib wajib dinyahkan kerana jika tidak dalam masa lima tahun ini Najib negara Malaysia ini akan lingkup mingkup.
Lingkup. Mingkup. Terbarai. Ini bukan kerana serangan garuda atau jin afrit atau punting beliong. Lingkup dan terbarai dari segi pentabiran daulah. Malaysia pada hari ini telah betul-betul teletak diatas ril keretapi yang menuju ke Negara Gagal.
Penjajah Inggeris telah meninggalkan lembaga-lembaga daulah dan satu sistem pentabiran moden kepada Tanah Melayu. Kuasa Inggeris telah diambil alih oleh United Malays National Organisation.
Setia kepada watak negara Dunia Ketiga - dari zaman Tunku, ke Razak, ke Mahathir banyak lembaga-lembaga daulah telah diubah suai untuk memastikan parti United Malaya National Organisation akan terus berkuasa.
Kini hampir kesemua lembaga daulah telah jatuh keatas pundak Perdana Menteri yang bernama Najib. Lembaga saperti Suruhan Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) , Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) malah apa sahaja lembaga daulah semuanya akan merujuk kepada Najib.
Yang ditinggalkan oleh Inggeris telah diubah suai. Yang baru diwujudkan untuk memastikan kuasa terus ditangan United Malays National Organisation. Contoh terkini dan terbaru ialah lembaga Majlis Keselamtan Negara - yang telah mengenepikan kuasa Raja-Raja Melayu dalam hal darurat. Semua terpusat kepada Najib si Perdana Menteri.
Sabenarnya - apa yang berlaku di Malaysia ini adalah watak tulin negara Dunia Ketiga. Amat susah malah mustahil dapat dipisah kuasa Si Pembuat Hukum dengan si Pentadbir Hukum. Semua telah berkumpul dalam tangan Najib. Najib kata hitam maka kapur puteh itu akan menjadi hitam serta merta.
Lembaga-lembaga daulah berperanan untuk menjaga kepentingan anak segala bangsa yang menjadi warga sesebuah negara. Apabila lembaga daulah ini tidak lagi menjadi lembaga semak dan imbang dan hanya terpusat kepada Najib maka keyakinan anak semua bangsa terhadap lembaga daulah ini terhakis.
Dalil penghakisan ini makin jelas. Umum percaya dan tahu bahawa pilihan raya yang dijalankan oleh SPR adalah satu penipuan. Umum tahu lembaga SPR itu hanyalah alat untuk menipu orang ramai dalam pilihan raya.
Umum juga tahu dan sedar bahawa tangkapan rasuah yang dilakukan oleh SPRM adalah atas kepentingan dan keselamatan Najib dan United Malays National Organsation.
Umum tahu dan sedar PDRM akan melakukan tangkapan bukan kerana jenayah tapi kerana hubungan politik.
Umum melihat bagaimana lembaga kehakiman khususnya Jabatan Peguam Negara memilih-milih kes mana yang wajib dibicarakan dan yang mana perlu dilupus hilang.
Contoh terbaik ialah dalam kes Razak Baginda. Si Razak yang menggunakan Altantuya sebagai Penyedap telah dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Razak dibebaskan. Tetapi Peguam Negara tidak meminta ulang bicara wal hal ini kes bunuh.
Ini amat amat berbeza dengan kes Akta Perhimpunan Aman Nik Nazmi. Nik Nazmi telah menang bicara tetapi Peguam Negara meminta ulang bicara berkali-kali.
Dilihat kes Nik Nazmi ini sama saperti pengiraan undi Najib Razak di Pekan pada tahun 1999. Tukang kira undi telah diarah mengira undi Najib sampai menang. Mahkamah telah diarah membicarakan Nik Nazmi sampai kalah. Ini bertujuan untuk menghalang Nik Nazmi dari bertanding kerusi Adun Selangor.
Pada hemat saya pemusatan kuasa lembaga daulah ke tangan Najib kebelakangan ini semakin bercambah tambah. Dari segi ekonomi - expot impot cukai mukai hinggalah ke pekara halal haram.
Dalil halal haram yang saya maksudkan ini ialah kes pegawai SPRM yang dituduh mengentot bini orang di Bali. Nampak jelas kes mengentot pun wajib dirujuk pada pucuk pimpinan.
Paling terkini dan menonjol ialah peranan SPRM. Lembaga SPRM kini menjadi helang terbang bersiar-siar diawan sambil memerhatikan Ayam Bersatu, Ayam DAP, Ayam Warisan Sabah, Ayam PKR atau Ayam Berani Lawan Towkay. Helang ini akan menyambar dalam masa dan ketika yang tepat untuk terus menakut-nakut yang lain. Dan memastikan Ayam-Ayam ini akan masuk ke dalam ‘reban’ tanpa boleh bertanding.
Apakah hujah saya ini fintah? Apa saya membuat tohmah terhadap SPRM? Tidak - ini bukan fitnah. Dalilnya ialah bagaimana SPRM langsung TIDAK AMBIL POT terhadap kes 1MDB. Langsung tidak peduli terhadap kes SRC International Sdn Bhd.
Tidak ada apa-apa tindakan terhadap Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Lo Ai Swan walau pun sosok ini dikhendaki oleh Bank Negara. Nama Nik Faizal, Datuk Subuh atau Rosan Sohari terus hilang dari mata PDRM, dari mata Peguam Negara dan dari mata SPRM.
Anak semua bangsa sedar dan faham bahawa Helang SPRM ini hanya aktif menyambar musuh Najib. Ini kerana tali yang mengikat helang ini ada dalam tangan Najib.
Keruntuhan lembaga daulah ini membawa implikasi yang amat bahaya kepada Malaysia. Lembaga-lembaga daulah ini kini bukan lagi menjadi hamba abdi kepada warga tetapi telah diabdikan oleh Najib.
Najib sedang menggunakan semua lembaga daulah untuk mempertahankan dirinya yang sedang dikepong. Lembaga FBI - polis Amerika dan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) sedang mengatur langkah untuk menahan anak tiri Najib dan rakan niaga Najib - Jho Low. FBI dan DOJ hanya menunggu masa untuk ngap Najib.
Tidak dapat tidak sebaik sahaja Najib dinyahkan dari tampok kuasa maka DOJ dan FBI akan datang untuk menjemput Najib menjadi saksi pembicaran Riza Aziz dan Jho Low di Los Angles.
Tapi awas dan waspada. Najib juga sedar akan apa yang saya paparkan disini. Justeru Najib sedang mengambil langkah keselamatan. Najib sedang meminta bantuan China Merah.
China datang membantu? China? Bukankah Najib anti China DAP? Tunggu minggu hadapan dan lihat apa bahaya dari China Merah bukan dari China DAP. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------
Kau tulis panjang2 utk kempen NYAH NAJIB pun tak guna bro. Hari jumaat barokah najib akan bentang bajet2018. Bila dia umumkan jer bonus utk kakitangan kerajaan nanti, habis runtuh terbarai segala benci pada najib, waktu tu najib disanjung sebagai pahlawan bugis. Kah kah kah
BalasPadam