Jumaat, 13 Oktober 2017

KESAH PAU






KESAH PU 

BUKAN KESAH

PAU YA KAF YA
Kesah Hari Jumaat minggu  ini adalah penghuraian beberapa maksud atau konteks penggunaan  "PAU". Perkataan  PAU adalah dari loghat Cantonese.Berikut adalah beberapa maksud:

A. PAU  Yang Membawa Maksud Roti

Ini yang paling kerap digunakan oleh orang Melayu.Chontohnya budak budak Kolej  di Kuala Kangsar akan  bergegas ke kedai Cina Yut Loy untok makan Roti Pau dan juga churi churi hisap rokok

B.  PAU Yang Membawa Maksud Borong Habis...Sailang

PAU in kadang kadang saja. Selalunya dalam keadaan optimistik mahu pun kegembiraan.. Chontohnya Mamat telah bermimpi malam Jumaat melihat sekor gajah bertarong dengan tiga  ekor ular berkepala tujoh.Maka dia bertakwil satu  ekor gajah  berkepala satu dengan tiga ekor ular berkepala tujoh....1   dan  7   7   7

Maka pergi lah Mamat ke.. Kedai Ekor.Di suroh  Nyonya ambik  1777 PAU yang membawa maksud  borong  1777   7177    7717  dan   7771.

Mamat yang beli  50  Big dan 50 Small Pau  telah  menang RM300,000.Keesokannya dia ke Karoake dengan rakan2nya dan dia memberi tahu Mama San.....Saya mau PAU semua GRO ini malam!!!

C   . PAU Yang Membawa Maksud Dah Kena

PAU jenis ini lebeh kerap di gunakan oleh Kaum Cina.Chontohya Ah Chong adalah ketua Kongsi Gelap.Pada suatu hari Polis telah pasang perangkap dengan menggunakan mata mata gelap perempuan...Ah Chong dah PAU kata kunchu2nya apabila mendapat berita dia ditempatkan di Simpang Renggam.

D.    PAU  Membawa Maksud Bungkus  Takeaway

PAU yang membawa maksud Bungkus Makanan.. Ta Pau lah yang selalu dipakaii di negara ini.

Tapi ingat awal 2 lagi saya kata PAU loghat Cantonese. Jadi di Hong Kong kalau di sebut  seseorang itu Ta PAU...ia membawa erti dah jalan. Mendiang. Mati dah....BUNGKUS.

Sekian choretan PAU

Esok kita Ber Arak ke rapat umum Tangkap Penchuri dan sama kita Pau dan Ta Pau Sapa 2 yang patut.

PAU lah kamu sebelum kamu di PAUkan


KAH KAH KAH

PAU LAU KAW KAW

-------------------

3 ulasan:

  1. pau juga adalah perhimpunan agong umno..dimana para waris2 melayu bersampin bersongkok berkeris panjang dan bengkok meluahkan rasa berahi dan cinta kpd suami rosmah sang presiden..dipau ada keris dap, di parti islam malaysia ada dap.yg beza sket adalah dato jamal, esok dato jamal dtg jual ikan setelah kedai ikan bakarnya dilanda todak..

    BalasPadam
  2. Ada lagi maksud PAU yang kau tak sebut, Perhimpunan Agung Umngok. Semua mereka tu terutama pemimpin memang kaki PAU ada yang PAU sampai 2.6 bilion, yang betinanya pulak masing2 ada dua PAU tapi yang Ijat punya kurang gebus tak macam Nek Semah punya, kah kah kah.....

    BalasPadam