Khamis, 12 Oktober 2017

YA AMPOON YA MAULANA



KENYATAAN MEDIA

KEADILAN menjunjung tinggi titah ke bawah duli-duli tuanku yang menyeru  kesemua rakyat terus mengamalkan nilai-nilai bermasyarakat dan bernegara berpandukan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Perlembagaan. Ke bawah duli-duli tuanku juga bertitah bahawa kita wajib mempertahankan imej Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

Kebimbangan yang dizahirkan oleh ke bawah duli-duli tuanku mengenai tindakan-tindakan keterlaluan individu-individu tertentu yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat berbilang agama dan berbilang kaum di negara ini juga harus dipandang serius oleh semua pihak.

KEADILAN menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Sepertimana titah ke bawah duli-duli tuanku, lima prinsip Rukun Negara harus dijadikan panduan serta pedoman oleh semua pihak.

Sesungguhnya kepelbagaian dan kerencaman agama, bangsa dan budaya merupakan rahmat dan kekuatan kita. Kepelbagaian dan kerencaman itu harus diraikan. Keharmonian di antara rakyat di negara ini harus dipertahankan.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN





------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan