Rabu, 8 November 2017

KEPALA BAPAK KAU





KEPALA BAPAK KAU

Pada tahun AD 64 Kota Rom terbakar  selama 6 hari. Hampir 70% kota ini hangus dimakan api. Satengah dari warga kota hilang rumah tangga - tinggal sehelai sepinggang. Emperor pada masa  itu bernama Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus. Ketika api liar membakar Sang Emperor ini bermain musik dan ketawa berdedah-dekah - enjoy de menjoy.

Sejarah hari ini merakamkan Nero sebagai  Emperor paling dibenci dalam sejarah Rom kuno. Nero seorang pemboros, menghabiskana dana negara dan gagal mentadbir. Emperor Nero amat gila dengan projek mega hinggakan banyak wilayah kerajaan Rom jatuh muflis. 

Dalam masa yang sama Si Nero  amat zalim terhadap rakyat biasa. Penganut agama Kristian ditangkap, diseksa dan dibunuh.

Bila Rom terbakar dan Nero memetik kecapi sambil berpesta. Ini  adalah tanda-tanda  sakit jiwa. Ianya juga adalah tanda-tanda keruntuhan  Empire Rom yang sedang dikepong oleh kumpulan yang dipanggil  - Barbarian - manusia tanpa tamadun.

Surah Nero dan Kota Rom ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Kerana terlalu kuno. Maka biar saya buka kesah yang agak baru. Ianya bermula pada tahun  17 Jun 1972 dan berakhir pada bulan 9 Ogos 1974. 

Ini kesah Presiden ke 37 Amerika bernama Richard Milhouse Nixon. Presiden Amerika  dari Parti Republikan ini dalam usaha untuk menang kali kedua telah menceroboh masuk ke pejabat parti Demokrat dalam bangunan Watergate. 

Menceroboh masuk pada  malam hari bertujuan untuk mencari maklumat  tentang stratiji musuh politik dalam pertandingan merebut kerusi Presiden. 

Pada awalnya Si Nixon secara gila babi  telah menafikan 5 orang penceroboh itu adalah orang upahan dari Parti Republikan.

Penafian ini menjadi mandul. Semuanya terbongkar melalui kerja rapi dan siasatan dua wartawan dari harian Washington Post . Carl Bernstein dan Bob Woodward dua  wartawan ini telah membongkar segala kerenah dan tipu daya Presiden Nixon.

Walau pun telah jelas terbonggeng Si Nixon ini masih menafikan yang dirinya terlibat.

Presiden Nixon dikepong oleh Washington Post dan media arus perdana Amerika. Setiap laporan Washington Post akan dipetik pula oleh  The Walls Street Journal, The New York Times. Newsweek dan akhirnya  skandal Watergate ini menjadi berita dunia.

Secara bebal lagi keras kepala  - dihadapan  rakyat Amerika Si Nixon telah berceramah untuk  menafikan yang dirinya terlibat.

Manakala  wartawan Woodward dan Bernstein terus mendapat maklumat dalaman. Ada sosok  dari Rumah Puteh yang  ‘pecah lubang’. Sosok ini hanya dikenali sebagai  “Deep Throat’. Siapa sosok ini sejarah masih mencarinya.

Hari ini apabila semua pita rakaman perbualan dalam Rumah Puteh dibuka dari arkib maka  dunia mengetahui   sejarah Watergate dengan lebih jelas.

Pada bulan bulan akhir  sebelum meletakakn jawatan  Si Nixon ini telah mula menjadi sewel.  Nixon memaki hamun gerila Vietcong.  Gerila Vietcong yang sedang memerangi soldadu Amerika mendapat carutan dari Nixon. Malah Henry Kessinger Setiausaha Negara   juga dicarut oleh Nixon.  

Tidak ada pil yang dapat mententeramkan jiwa Nixon yang telah menjadi satengah gila. Kepongan dan tekanan dari media , dari Dewan Kongres dan dari Parti Demokrat telah memaksa  Nixon meletak jawatan. 

Kenapa saya menulis tentang Emperor Nero dan Presiden Nixon. Apa sangkut paut  dengan Malaysia. Apa hubungan Nero dan Nixon  dengan harga Ikan Kembong dari pasar Tanjung Karang? 

Sabar dulu. Semua ini kait berkait. Ikat berikat. Kesah Nero dan Nixon ini sedang berulang dihadapan mata kita. Kali ini  bukan di Rom atau di Washington DC. Kali ini di Kuala Lumpur. Nero dan Nixon telah menjadi Najib. 

Nixon gila babi menafikan yang dirinya terlibat dalam pencerobohan Watergate. 

Si Najib secara gila babi juga menafikan yang dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Secara gila babi Najib menafikan yang dia kenal Altantuya. Dari Akuan Bersumpah PI Bala telah ditulis bukan sahaja Altantuya ini penyedap Najib malah Najib telah ‘berdoggie’ dengan  Altantuya.

Kes gila babi yang paling gila babi dimana  Najib menafikan yang dirinya terlibat ialah kes duit 1MDB dicuri. Najib anak beranak  bersama Jantan China bernama Jho Low telah mencuri berbilion dolar duit 1MDB.  Ini bukan cerita rekaan yang gila babi. Ini berasaskan apa yang di tulis oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ).
Emperor Nero menari, berpesta ketika kota Rom terbakar. Nero terbahak-bahak ketawa apabila melihat warga Rom kehilangan rumah tangga. Ini tidak jauh dari apa yang berlaku kepada Nixon.  Nixon jadi sewel kerana dikepong oleh media Amerika. Nixon mula menyumpah seranah  dan mencarut marut dalam bilik pejabat. 

Kini Najib sedang  melakukan pekara yang sama. Bezanya Nixon hanya menyumpah seranah dan mencarut  dihadapan pembantu dalam Rumah Puteh. 

Tapi Pahlawan Bugis  Mappadulung Daeng Matimung Karaeng Sanrobone  memaki hamun dihadapan khyalak ramai. Sakit. Si Najib ini sedang sakit jiwa.

Pada Ahad 5 November 2017 - parti Malaysian Chinese Association telah  mengadakan kongres tahunan. Parti ini mewakili kepentingan  Cukong di Malaysia. Najib sebagai Pengerusi Barisan Nasional telah dijemput untuk berucap.

Dalam ucapan dihadapan para Cukong dan penyokong Cukong Si Najib ini telah menghambur perkataan - B-O-D-O-H  sebanyak 6 kali. Tidak cukup dengan  ini Si Najib ini telah menjerit  - KEPALA BAPAK KAU. 

Ini sakit. Najib tengah sakit. Najib sakit jiwa sama saperti  Nero. Sama saperti Nixon sakit jiwa pada bulan Jun  dan Julai 1974. 

Isi ucapan Najib kepada para Cukong  ialah untuk mepertahankan dirinya dari dituduh sebagai menjual Tanah Melayu kepada China Merah. Bayangkan betapa ironis dan tak masuk akal isi ucapan Najib ini. 

Najib  berucap dihadapan Cukong i.e China.  Para Cukong ini amat gumbira bila mendengar yang Najib akan membuka seluar sambil menonggeng untuk menyambut kedatangan pelaburan dari China Merah.

Para Cukong tahu dan yakin bahawa mereka juga boleh sama berkenduri kendara bersama China Merah.

Najib menjeritkan - Kepala Ayah Kau -  ini ditujukan kepada para nasionalis Melayu yang sedang berusaha untuk menyelamatkan Tanah Melayu dari digadaikan oleh Najib kepada China Merah.

Hakikatnya ucapan  Najib itu ialah  mebodek para Cukong MCA dan memperlekahkan dan meng -Kepala Bapak Kau -kan  garis nasionalis Melayu.  Ucapan Najib dihadapan Cukong ini pastilah mendapat tepukan gemuruh. Amin.

Hubaya. Hubaya. Emperor Nero juga mendapat tepukan gemuruh dari dayang,  darai, sida dan pengawal Istana. Malah Nixon ketika mengutuk dan mencarutkan Gerakan Pembebasan Rakyat Vietnam - (Vietnamese National Liberation Front ) juga mendapat tepukan dan sokong dari pegawai dan ahli kabinet Rumah Puteh.

Disini saya  meminta para pembaca lupakan sementara isi ucapan Najib yang menghina garis nasionalis Melayu di hadapan  perhimpunan  parti China.  Pada hemat saya ada  pekara yang lebih penting untuk kita sama-sama fahami.

Untuk saya Kepala Bapak Kau itu hanyalah manifestasi. Ini adalah tanda bahawa Najib sedang diserang oleh  sakit jiwa yang maha sangat. Amat jelas bahawa kempen para nasionalis yang menentang kemasukkan China Merah ke Tanah Melayu  ini sedang merebak. Najib sedar hal ini. Najib merasa takut. Najib merasa tergugat.

Suasana hari ini menjadikan Najib sakit jiwa. Ucapan dalam Kongress MCA itu ialah ucapan Orang Sakit Jiwa.

Pada Jun dan Julai Ogos 1974 - Nixon merasa dirinya amat tergugat. Harian Washington Post, The New York Times terus menerus membuka kesah bagaimana Nixon secara gila babi terus menafikan yang dirinya terlibat dalam penceroboha Watergate.

Setaip kali Nixon menafikan - ada muncul  berita baru yang menyangkal Nixon. Setiap kali Najib menafikan  dia terlibat dlam 1MDB - ada sahaja pegawai Bank di Singapura ditangkap. Setiap kali Najib menafikan dia terlibat  ada sahaja berita  dari New York Times yang membuktikan Najib terlibat mencuri duit 1MDB.

Semua ini menimbulkan sakit jiwa.

Ketika melawat Presiden Trump baru-baru ini Najib terpaksa menyorokan diri dari media Amerika. Untuk selamat Najib membawa RTM dan Utusan untuk membuat liputan.  Sidang akhbar Najib  di Washington DC dihadari hanya oleh wartwan dari Malaysia.

Malah, Najib tidak berani singgah  ke Persidangan Bangsa Bangsa Besatu - Najib takut diserbu oleh media.

Pulang ke Malaysia - dalam Parlimen Dr Wan Azizah bertanya kenapa Najib membayar sewa  hotel sendiri. Bukankah ini jemputan  resmi. Pasti ada tempat menginap resmi.  Soalan saperti ini membuatkan Najib  sakit jiwa.

Semenjak tahun 2015 - The New York Times telah membocorkan  berita kehilangan duit 1MDB. Berita ini disambut oleh , Washington Post, The Guardian London,Financial Times, South China Morning Post, Malaysian Insider, MalaysianInsight, MalaysiaKini - semua bentuk media telah menimbul kes Najib mencuri duit 1MDB.

Pada 20 Julai 2016 - Peguam Negara Amerika Puan  Loretta Lynch membuat kenyataan  resmi berkenaan 1MDB.  Ini hanya permulaan kes sivil. Pihak berwajib Amerika mahu membeku dan merampas harta yang dibeli melalui  duit curi 1MDB. 

Pada tahun  2017 ini kes  1MDB  telah berubah - dari kes sivil telah menjadi kes jenayah . Najib sedar hal ini walau pun secara gila babi dia buat buat tak faham dan tidak tahu.

Pada tahun 2017 - muncul pula Mahathir Muhamad yang menyuara pekara yang sama. Hasilnya - Najib makin sakit jiwa.

Justeru apa yang kita lihat dalam Kongress MCA Ahad lalu ialah Najib yang sedang diserang  sakit jiwa. Keadan mental Najib kini sedang menimbulkan persoalan.

Nixon yang makin sewel dan sasau menjadikan dunia dalam bahaya. Ini kerana butang bom nuklear sentiasa berada disebelah Presiden Nixon. Akhirnya - dengan lembah lembut para pembodek Nixon saperti Henry Kessinger  telah menasehatkan Nixon  meletakan jawatan.

Emperor Nero agak berlainan caranya. Dia Emperor - dia Raja maka para penasehat tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan Rom. Lalu Nero diracun untuk dimatikan.

Nero dikepong oleh  Barbarian. Nixon dikepong oleh media Amerika akhiranya letak jawatan.

Najib lagi perit. Najib dikepong oleh media dunia, oleh DOJ, oleh Pakatan Harapan. Dan paling menakutkan Najib dikepong oleh bekas Presiden United Malays National Organisation sendiri.  Mahathir Muhamad menjadikan sakt jiwa Najib bertambah tenat.

Sakit jiwa Najib ini akan membawa malapetakan kepada anak semua bangsa. Bagaimana akhirnya? Tunggu minggu hadapan. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------------

2 ulasan:

  1. Sebelum berjangkit GILA nya itu.. Baik kita sembunyi semua ubat GILA di malaysia.. Biar dia berdiri sorang sorang di bangunan sultan abu samad didataran merdeka tu sambil kira bata merah tu... . Sampai skg aku tak boleh habis kira bata tu.. Kot kot dia pecah rekod...kakakakakakaka

    BalasPadam
  2. Kalau den dipakso mengaku berbini badak, curik harto orang, kono maki pulak tiap maso, ado anak dan monantu kono wanted listed, dituduh terlibat pulak rasuah komisyen Scorpene dan kes bunuh C4 Altantuya, Hussein Najadi Ambank dan mengetongsimen Kevin Morais pembantu pendakwo Poguam Negaro, Gani Patail... dalam maso samo kono jago muko, sonyum yo kek semuo orang...Dalam ati sapo yang tau.. Den ghaso memang Najib dah 79.63% sakit jiwo. Tinggal laie 0.47% nak dapek A+ rekod guno nak masuk Hospital Bahagio.

    BalasPadam