NAJIB
SAKIT
JIWA
‘KEPALA BAPAK KAU’,
NAJIB HILANG ‘COOL’
'Kepala Bapak Kau', ini kalimah garang yang termuntah daripada mulut Perdana Menteri semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA pada hari Ahad, 5 Nov. Kita percaya Najib Razak menujukan terjahan kesat itu terhadap Tun Mahathir yang hari ini sudah bersama dalam kem pembangkang. Tidak kisahlah jika Najib Razak ingin terus bermain politik 'injak kepala bapak', tetapi yang jelas ucapan Najib Razak semalam menyerlah lagi wajah hipokrasi Najib dan UMNO.
Bahasa Depan Pengundi Cina
Di hadapan anggota MCA yang memenuhi dewan, Najib menyatakan jika masyarakat cina mahu lebih peluang dalam ekonomi, maka mereka perlu beri undi pada BN. Najib juga berkata walau sebijak mana pun masyarakat cina berniaga, tanpa keamanan politik yang dibina BN, masyarakat cina tidak boleh 'buat duit'.
Setelah itu, Najib melengkap rumus ucapannya dengan serangan terhadap DAP. Najib berhujah bahawa DAP tidak akan mampu memerintah walaupun memenangi banyak kerusi kerana Pakatan Pembangkang tidak akan memenangi Pilihanraya Umum. Oleh itu Najib cuba menggambarkan adalah sia-sia untuk masyarakat cina memberi undi kepada DAP.
Dewan MCA Penuh, Tapi Undi Cina Terus Hilang
Begitulah laras bahasa Najib Razak di hadapan anggota MCA yang dianggapnya sebagai penyokong tegar BN. Ucapan sarat dengan egois dan seakan memperkecilkan kemampuan daya fikir masyarat cina. Apa yang jelas, cara fikir Najib ini menterjemah cara fikir UMNO yang masih tidak beranjak daripada fikrah konservatif mereka. Najib perlu sedar begitulah MCA dulu, kini dan selamanya. Setiap kali persidangan, anggota MCA akan memenuhi dewan. Tetapi undi cina kepada BN terus merosot. Bila agaknya Najib akan mengerti bahawa masyarakat cina sudah cukup arif dengan sandiwara politik UMNO?
Najib dan UMNO Masih Tak Belajar
Apakah Najib tidak tahu yang masyarakat cina sudah cukup tahu bagaimana laras bahasa Najib dan UMNO di depan orang melayu? Apakah Najib fikir yang masyarakat cina lupa bagaimana Najib membela Utusan apabila akhbar itu menerbitkan artikel 'Apa Lagi Cina Mahu?' pada tahun 2013. Bukankah setiap kali persidangan UMNO, Najib dan gerombolannya akan sentiasa membangkit-bangkitkan soal Ketuanan Melayu yang kononnnya sedang dicabar?.
Di hadapan penyokong melayu, Najib berkata setiap undi kepada Pembangkang akan memberi kuasa kepada DAP. Di hadapan penyokong cina, ayatnya bertukar kepada DAP tidak akan pernah berkuasa. Jelas sekali Naijb terdorong dengan perasaan marah dan terdesak, akhirnya menyebabkan beliau hilang 'cool'.
Moga Najib dan UMNO akan terus dihukum dalam PRU14 yang akan datang kerana sikap hipokrasi dan bermuka-muka mereka.
Syukri Razab
Syukri.lensa@gmail.com
019-8013 149
---------------------
najib tu kan bodoh! kah! kah! kah! umno ada ahmad maslan 3.8 tu! kah! kah! kah!
BalasPadamKesianlah kat dia. Dah cukup tersiksa berbinikan nenek tu
BalasPadam