Jumaat, 3 November 2017

NINE DRAGON INI DARI MANA?






SILA TEKA

KUMPULAN

9 DRAGON

INI DARI

MANA?

DARI IRAN?

SWEDEN?

BELGIUM?

Isu kumpulan ‘9 Dragon’ ini mula-mula didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi sembilan orang ketua atau digelar ‘dragon’ sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kumpulan ‘9 Dragon’ itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Ketua Aktivis PPIM,  Nadzim Johan  mendakwa, sistem ‘9 Dragon’ itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sendiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini.

Malah dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.

“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya.

Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.

Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.

Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.

“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.

Mereka yang mempunyai gelaran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.

Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.

Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.

SAMSENG

TAN SERI

DATUK SERI

5 BILION

AHLI UMNO

TAK SEDAR?

HADI PAKAR

PENASEHAT

SENYAP AJE

DAH KENA

DRAGON KE?






--------------------

7 ulasan:

  1. ini senang punya kerja la
    mintak cap mohor fatwakan industri judi gelab nie hukumnya harus.
    5 bilion sebulan engkau.
    mintak lebai himpun duit zakat dgn sedekah jemahat belum tentu capai se bilion sebulan.
    5 bilion kalu ada HALAL Cert dan GST masyuk siot.

    nota-
    bapak aku pesan duit panas nie jangan tamak, tapi pada aku, kalu mufti dan cop mohor pong bagi green light apa ada hal. hantaq la lebai pi naik haji tiap bulan selesai masalah duniawi
    umat melayu nie walak dgn fatwa. kena fatwa dan penjelasan yg bijak sure dorg taat.

    BalasPadam
  2. Nine Dragon di Malaysia diketuai oleh Mak Badak....Ha Ha Ha Ha Ha.......

    BalasPadam
  3. Mari kita main teka teki. PPIM ni buat fitnah ke. Kalau fitnah apasal Polis tak saman atau tangkap PPIM. Kalau Polis dah berkawan dgn Gangster .. siapa nak jaga kita. Polis siapa yg bayar gaji.

    Kalau dah tau siapa dia 9 Dragon.. apasal tak tangkap. Dalam minggu ni saje bersusun Tan Sri, Dato Seri dah buat kerja celaka. Pingat ni yg aku tau Rajo yg bagi ..Rajo ni kotuo Igama ..Igama kita ni memang mcm tu ke.

    Jadi aku nak tanya pada Dato Seri Mappadulong ..yang beri bajet biliyun biliyun pada Polis tu untuk apa. Ngapa 9 Dragon tak dapat bajet.

    Aku nak tanya Datok Dokter Haji Lebai Ustas Fadilah Kamsan AMN PpFM .. api hookomnyo perkara diatas.

    BalasPadam
  4. Pashadi kenal dragon ball z je..

    BalasPadam
  5. ini macam kisah tan sri apandi je..raja kata tan sri apandi makan duit gangster..

    BalasPadam
  6. donation ada masoooooooooooooooooook!

    BalasPadam