TETIBA SAUDI TUBUH SPRM
Tetiba Saudi Arabia menubuhkan SPRSA - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Saudi Arabia. Bila saya membaca berita ini maka saya ketawa terbahak-bahak hingga jatuh dari kerusi. Ini lawak bukan untuk dekad ini. Ini lawak untuk alam samesta - semenjak Kun Fi Ya Kun. Ini lawak bukan sebarang lawak. Ini lawak Big Bang. Tidak ada lawak yang paling lawak melainkan lawak Saudi.
Saudi Arabia ini terkenal sebagai pusat kelentong dam putar alam. Tapi kali ini putarnya cukup ligat.
Bila Saudi mula melawan rasuah ini sama saperti Jho Low mula mengakui dia adalah punca krisis 1MDB. Bila Saudi mengumumkan penubuhan badan pencegah rasuah ini sama saperti Rosmah mengumumkan bahawa dia akan memulangkan kembali cicin berlian kepada Parlimen. Bila Saudi mula melawan rasuah ini samalah saperti Najib mula mengakui bahawa dia sabenarnya telah mengklepet duit 1MDB.
Kelentong Saudi Arabia ini telah memeranjatkan dunia. Sama hebatnya saperti kelentong Si Najib di Malaysia.
Betul ramai yang tidak percaya bahawa Saudi sedang menjalankan kempen anti-rasuah. Ramai menggelengkan kepala bila terbaca berita Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (MBS) bercakap menentang rasuah. Kempen Putera MBS ini sama saperti kempen Rosmah kepada Mak Cik Felda agar jangan berbelanja boros.
Justeru - saya ditanya apa sabenarnya sedang berlaku di Saudi Arabia? Apa latar dan apa makna babak babak drama yang sedang berjalan di Saudi Arabia.
Memang betul saya akan ketawa apabila saya mendengar nama Saudi Arabia. Sebut sahaja nama Arab Saudi saya akan ketawa. Dalam kita ketawa ini saya sarankan kita semua wajib berwaspada. Apa yang sedang berlaku di Saudi Arabia sekarang memberi implikasi yang besar kepada kita semua. Kita semua - yang saya maksudkan bukan - kita semua warga Malaysia yang beragama Islam.
Apa yang berlaku di Saudi akhir-akhir ini membawa implikasi terhadap yang Islam, yang bukan Islam dan juga yang tidak pecaya pada agama. Yang berlaku sekarang ini lebih dari Islam. Islam itu hanya bunga rampai yang menghiasi Saudi. Ada pekara yang lebih besar dari Islam yang sedang berlaku di Saudi.
Betul saya ketawa. Yang saya ketawakan ialah ucapan Putera MBS yang mahu menentang rasuah. Tetapi saya tidak akan ketawa terhadap babak-babak dibelakang lawak Putera Raja Saudi ini.
Dibelakang lawak Putera MBS ada bahaya yang sedang menunggu kita semua. Kita semua ini saya maksudkan ialah - kita semua warga dunia ini. Ertinya apa yang berlaku di Saudi sekarang ini sedang membawa implikasi bahaya kepada umat manusia.
Untuk memahami semua ini kita wajib melihat apa itu Saudi Arabia.
Sistem feudal Saudi Arabia ini sama saperti sistem Kesultanan Perak. Ada giliran siapa yang wajib jadi Raja. Ini kerana Ibnu Saud memiliki banyak bini justeru banyak anak. Anak-anak Saud ini diberi kuasa mengkepali kementerian dan semua lembaga daulah.
Jika ada yang akan bertanya - bila kali akhir ada pilihanraya di Saudi Arabia? Maka saya akan menjawab dengan bertanya bila kali akhir Jho Low naik Umrah.
Saudi Arabia adalah negara feudal despot. Raja Saudi dan kaum kerabatnya adalah parlimen, mahkamah, dan polis. Hukum hakam bukan dari mucul hasil perbincangan di parlimen tapi dari mulut Raja.
Semenjak terdirinya negara Saudi Arabia dalam tahun 1932 sistem pertukaran raja dan para menteri kabinet berjalan lancar. Ini kerana semuanya diperlicinkan oleh dinar minyak. Setiap kaum kerabat dan suku sakat Ibnu Saud mendapat nikmat hasil duit minyak. Justeru semua dilihat stabil. Kestabilan ini berlaku kerana harga minyak mahal. Semua mendapat fulus.
Tetiba Amerika menukar dasar - mengurangkan impot minyak. Amerika menjalankan ‘ fracking’. Ini ialah teknik baru untuk mendapatkan minyak dari pasir shale dan gas yang tersimpan diperut bumi.
Amerika berjaya menjadi pengeluar minyak. Tetiba harga bahan bakar minyak sedunia jatuh merundum. Kita di Malaysia merasakan sama.
Di Saudi kesannya lebih hebat kerana negara ini tidak ada bahan lain untuk dijual. Justeru suasana politik Saudi jadi kelam kabut. Bujet negara dan juga bujet kaum keluarga Raja makin merosot. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Saudi ada cukai rokok. Kini telah ada. Bujet negara dipotong. Subsidi ditarik balik. Bila subsidi dipotong ramai yang merasa tekanan hidup. Rakyat mula gelisah.
Pada 21 June 2017 Putera Mahkota Muhammad bin Nayef al-Saud telah dilucutkan gelaran Putera Mahkota oleh Raja Salman. Muhammad bin Nayef ialah cucu Ibu Saud. Ini jenerasi ketiga dan anak buah kepada Raja Salman. Gelaran Putera Mahkota telah diambil alih oleh Muhammad bin Salman - anak Raja Salman sendiri.
Tetiba Muhammad bin Salman 32 tahun telah diangkat menjadi Putera Mahkota. Satu dunia memberi perhatikan kerana sistem peralihan kuasa telah berubah. Kongsi kuasa antara cucu cicit Saud telah dipesongkan oleh Raja Salman.
Si Muhammad ini juga telah diangkat oleh ayahandanya untuk menjadi Menteri Pertahanan. Langkah pertama Putera MBS ini melancarkan perang di Yaman.
Dengan harga minyak yang makin rendah. Dengan dana negara yang makin susut. Dengan perang di Yaman yang berterusan - untuk kita yang rasional pasti kita menilai kembali dasar-dasar yang dibuat. Ini tidak terjadi kepada Putera MBS. Si Muhammad ini mula membuat huru hara pula di Qatar.
Tetiba Si MBS ini menuduh Qatar sebagai sarang pengganas ISIL. Tetiba Qatar dituduh sebagai negara yang mendanai ISIL.
Dunia ketawa bila membaca kenyatan ini kerana satu dunia tahu ISIL ini dipersenjatai oleh Amerika. ISIL mendapat dana dari Saudi dan bantuan dari Turki. Qatar dan Negara Telok sama-sama mengeluar duit untuk membantu ISIL. Ini bukan rahsia. Fakta ini dibincangkan dalam Kongres Amerika dan di Parlimen Inggeris. Ini bukan lagi rahsia.
ISIL menetas dalam reban Saudi Arabia. ISIL menetas dalam kelambu CIA. ISIL adalah alat untuk digunakan dalam stratiji menjatuhkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria.
Tetiba ISIL menerima kekalahan. Satu demi satu kota tawanan ISIL jatuh kembali ke tangan kerajaan Iraq dan Syria. Wilayah ISIL semakin mengecil. Khalifah ISIL lari lintang pukang. Kerajan Bashar di Damascus masih kukuh.
Tidak cukup dengan berita kekalahan ISIL - tetiba soldadu Saudi di Yaman juga sedang mengalami kekalahan. Berbakul-bakul mayat soldadu Saudi mula dibawa pulang. Perang Yaman yang telah masuk ke tahun kedua telah memusnahkan negara Arab yang paling miskin dalam dunia. Lebih 10,000 warga Yaman gugur.
Tetiba negara Arab termiskin telah berjaya mengalahkan Saudi Arabia yang memiliki bala tentera dan soldadu yang terbesar di Timur Tengah sesudah Israel. Bala tentera Saudi gagal membuat pertukaran kerajaan di Sana’a saperti yang dirancang oleh Putera MBS.
Si Muhammad ini dilihat angkuh, gopoh gapah dan tidak sabar. Keadaan dan kelakuan bakal Raja Saudi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kaum kerabat yang lain.
Hakikatnya kedudukan Si Muhammad ini sebagai bakal Raja Saudi Arabia masih belum stabil. Masih belum terjamin. Tindakan ayahadanya mengenepikan sepupunya Putera Nayeef pasti membawa kemarahan dan dendam dari suku sakat yang lain.
Hakikatnya Putera MBS ini sedang terdesak. Sama saperti Najib terdesak dan terkepong. Si Muhammad ini juga mencari sokongan dari Presiden Trump. Najib dalam usaha untuk mengkelentong rakyat Malaysia dari terus menyebut tentang saman DOJ terhadap 1MDB telah bergambar dengan Trump. Najib berkelentong yang dia main golf dengan Trump.
Putera MBS lebih hebat lagi. Bukan hanya kelentong main golf. Presiden Trump besama anak bini dan menantu telah datang melawat Saudi Arabia. Tamu kehormat dari Rumah Puteh ini telah menginap di Ritz Carlton Riyadh. Ada jalinan hubungan Putera MBS dengan Trump, terutama dengan Jared Kushner amat intim.
Menantu Trump Si Jared Kushner yang berumur 36 tahun ini adalah seorang ahli perniagaan. Kerjanya ialah mencari peluang untuk jadi kaya setaraf dengan bapak mentuanya. Maka pastilah si Jared ini boleh kautim dengan si Muhammad.
Dilaporkan oleh media Amerika bahawa Jared ini telah datang 3 kali secara senyap-senyap ke Saudi Arabia. Siapa ditemui Jared tidak diumum. Tapi yang pasti Jared bukan datang ke Saudi untuk membuat Umrah.
Tetiba satu Konfren Teknoloji Wasasan 2030 diadakan di Ritz Carlton Riyadh. Para gedebe dari Silicion Valley dan dari Wall Streert telah dijemput. Anak- anak Raja dan kaum kerabat Ibu Saud telah dijemput sama utuk merayakan dasar ekonomi baru yang akan umumkan oleh Putera MBS.
Dilaporkan Putera MBS sedang merancang untuk mendirikan sebuah bandar berteknoloji canggih yang bernilai 500 bilion dolar.
Dikemuncak Konferen 2030 ini ialah munculnya Sophia - seoranag Minah Cun yang berasal dari Robot. Sophia telah dianugerahkan kerakyataan Saudi Arabia. Bila ini berlaku semua jemputan dalam dewan gumbira bertepok tangan.
Tetiba sebuah peluru berpandu dikatakan dari Yaman telah menyerang lapangan terbang Riyadh. Tetiba Perdana Menteri Lebanon Saad Hariri telah dipanggil ke Riyadh. Tetiba PM Hariri muncul dalam kaca tv Saudi yang dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Lebanon.
Tetiba dunia gempar. Tangkapan anti-rasuah Putera Mahkota Muhammad Salman bermula. Sebelas orang Putera Raja, empat orang Menteri Kabinet dan berpuluh anak anak raja dan setia usaha kerajaan ditangkap.
Tetiba semua jet pribadi dilarang meninggalkan Saudi. Tetiba Putera Mansour bin Mukrin bersama 7 orang pegawai dalam helikopter telah ditembak jatuh di sempadan Yaman. Dilaporkan anak raja ini cuba melarikan diri.
Tetiba berita muncul tentang bank akaun mereka yang ditahan ini telah dibekukan. Jumlah duit dalam akaun ini dikatakan berjumlah 800 bilion dolar. Tetiba dunia diberitahu bahawa para tahanan kini sedang ditahan dalam hotel Ritz Carlton di Riyadh.
Tetiba Si Muhammad ini mengeluarkan senarai para ulamak yang menjadi kepala pengganas. Tetiba Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia - Internatiopnal Union of Muslim Scholars - dituduh sebagai sarang pengganas. Haji Hadi Awang dari Terengganu menganggotai kesatuan ini.
Tetiba Haji Hadi menyerang Saudi. Tetiba Haji Hadi menuduh Saudi bersubahat dengan Israel. Tetiba saya berhenti disini. Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------------
Oittt apa nie, ending anti-klimaks kah kah kah kah....cuba bygkan Arab Saudi minta kerajaan kita serahkan Hj Hardy sbb ni soal siasat....maklumlah suspek penyokong pengganas...ada najib berani ke hehehe
BalasPadam