Rabu, 6 Disember 2017

ANAK MUDA CARI JHO LOW







MALAM INI 


Anak muda mahu cari Jho Low malam ini di Dewan Himpunan Cina

Jho Low kini dikenal pasti sebagai arkitek dalam rompakan terbesar abad ini di mana wang 1MDB hampir USD4.5 bilion telah diseleweng melalui syarikat-syarikat palsu yang dikawalnya, dakwa sekumpulan anak muda.
Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) dalam satu kenyataan mereka berkata, nama Jho Low juga disebut dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tahun 2016.
“Ini menunjukkan bahawa Jho Low adalah penjenayah yang paling dikehendaki bagi menyingkap tabir rahsia skandal 1MDB yang diterajui Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak,” kata jurucakap AMCJL, Faiz Fadzil dalam satu kenyataannya.
Namun, katanya, institusi penguatkuasaan undang-undang seperti pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara gagal bertindak bagi menegakkan keluhuran undang-undang.
“Jho Low dibiarkan bebas dan menikmati kehidupan mewah atas keringat rakyat,” katanya.
Justeru itu, katanya, AMCJL akan menganjurkan forum pada malam ini (6 Disember 2017 jam 8 malam) di KLSCAH, Kuala Lumpur sebagai pemanas badan kepada kempen dan usaha anak muda mengesan Jho Low.
Kenapa forum ini diberi nama “Jho Low Dilindungi Oleh China Merah?” akan dirungkai pada malam ini, kata Faiz.
Panelis forum ini terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Sivarasah Rasiah, Azlan Awang, Hishamudin Rais, Howard Lee dan Faiz Fadzil di mana Zulkifli Sulong bertindak sebagai moderator.
Katanya, salah tadbir urus dan salah laku jenayah skandal 1MDB bukan lagi rahsia yang dapat disembunyikan sang penguasa di Putrajaya.
Kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions di ibu pejabat Bank Dunia, Washington DC semalam bahawa 1MDB adalah kleptokrasi terburuk dalam dunia menunjukkan bahawa perbuatan jenayah mencuri wang rakyat melalui 1MDB ini bukan sahaja perlu ditangani melalui tindakan undang-undang, malahan telah mencalar imej baik negara tercinta ini.
Kesan skandal berskala mega ini, katanya, semakin menjerut rakyat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup akibat kemerosotan nilai ringgit.
“Bagi menyelesaikan bebanan hutang 1MDB, kerajaan terpaksa pula berhutang dengan kerajaan China yang akhirnya hutang ini ditanggung rakyat yang tidak berdosa,” katanya.
Rungutan rakyat hari ini melangkaui usia, kaum dan karier termasuk para artis yang begitu terkesan dengan salah tadbir urus kerajaan, tambah kenyataan itu.


RADIO BANGSAR

SIARAN LANGSUNG 


------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan