SABTU & AHAD
DI JAY BEE
Tarikh : 9-10 Disember 2017, Sabtu - Ahad
Masa : Sila lihat di bawah
Tempat : ENGAGE Centre, 55-A, Jalan Molek 2/4, Taman Molek,, 81100 Johor Bahru
Anjuran Bersama : Johor Yellow Flame (JYF), Persahabatan Semparuthi, the Teoh Beng Hock Trust for Democracy and the KL Operasi Lalang Commemoration Activities Working Committee
Operasi Lalang adalah salah satu peristiwa kelanggaran hak asasi manusia yang teruk dalam sejarah Malaysia. Pada 27 Oktober 1987, kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap 107 ahli politik, aktivis sosial, ahli akademik dan pendidikan. Kerajaan juga membatalkan lessen penerbitan Sin Chew Jit Poh, Watan dan The Star.
Operasi Lalang meninggalkan kesan negatif terhadap institusi demokrasi di Malaysia. Ia telah mengikis masyarakat sivil dan menindas kebebasan bersuara dengan mewujudkan 'pengganas putih'.
Disember 10 hb adalah Hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Memandangkan keadaan hak asasi manusia yang semakin merosot di Malaysia, adalah penting bagi kita untuk memahami konteks sejarah Operasi Lalang. Dalam perjuangan demokrasi dan kebebasan, rakyat Malaysia bukan hanya menghadapi pelbagai akta zalim seperti SOSMA (Akta Keselamatan Negara (Langkah-Langkah Khas)), POTA (Akta Pencegahan Keganasan), POCA (Akta Pencegahan Jenayah) dan NSCA (Akta Majlis Keselamatan Negara), tetapi juga menghadapi ancaman kehilangan paksa (enforced disappearance).
Bermula dari November 2016, sudah ada empat aktivis agama dan sosial diculik dan hilang. Kesemua penghilangan ini tidak dapat dijelaskan walaupun pelbagai usaha diambil selama hampir setahun.
Sama ada Operasi Lalang yang berlaku 30 tahun lalu, ataupun kes kehilangan paksa baru-baru ini, mereka menandakan penindasan ganas oleh pihak berkuasa terhadap golongan yang berbeza pendapat dan percubaan pihak berkuasa untuk menutup peristiwa tersebut. Jadi adalah kewajipan kita untuk memahami fakta-fakta dan mendedahkan maklumat yang menyeluruh kepada orang ramai untuk memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan.
Sempena ulang tahun ke-30 Operasi Lalang, Johor Yellow Flame (JYF), Persahabatan Semparuthi, Badan Amanah TBH Demi Demokrasi dan Jawatankuasa Kerja Aktiviti Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang di Kuala Lumpur bersama-sama menganjurkan Aktiviti Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang dan Kempen Kesedaran Kehilangan Paksa (Enforced Disappearance) pada 9 dan 10 hb Disember 2017, di Engage Centre. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan termasuk pameran, sesi perkongsian mangsa dan keluarga, forum awam dan tayangan dokumentari. Semua sesi perkongsian dan forum akan diadakan dalam Bahasa Kebangsaan dan English.
Program adalah seperti berikut :
a) Pameran Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang dan Pameran “Enforced Disappearance”
Tarikh : 9 hb – 10 hb Disember 2017, Sabtu hingga Ahad
Masa : 11 pagi – 7 malam (Sabtu), 10 pagi – 6 petang (Ahad)
b) Pelancaran Aktiviti Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Operasi Lalang dan Sesi Perkongsian Mangsa dan Ahli Keluarga – “Tidak akan dilupai – Bagaimana Operasi Lalang Mengubah Kehidupan Saya?”
Tarikh : 9 hb Disember 2017, Sabtu
Masa : 1 petang – 3 petang
Ahli Panel :
• Anne Munro-Kua (Penulis, ahli kumpulan sokongan keluarga)
• Irene Xavier (Pengasas bersama dan penasihat Persatuan Persahabatan Wanita Selangor, tahanan Operasi Lalang)
• Dr. Kua Kia Soong (Penasihat Suara Rakyat Malaysia, tahanan Operasi Lalang)
• Song Sing Kwee (Peguam, tahanan Operasi Lalang)
c) Forum Awam : “Sebagai seorang warganegara, apa yang anda harus tahu tentang tahanan tanpa bicara?”
Tarikh : 9 hb Disember 2017, Sabtu
Masa : 3:30 petang – 5:30 petang
Ahli Panel :
• Dr. Kua Kia Soong (Penasihat Suara Rakyat Malaysia, tahanan Operasi Lalang)
• Hishamuddin Rais (Aktivist sosial, tahanan ISA dan Akta Hasutan)
d) Tayangan Dokumenteri dan Sesi Perkongsian : “Apa itu kehilangan paksaan? kenapa ia terjadi?”
Tarikh : 10 hb Disember 2017, Ahad
Masa : 1:30 petang – 3:30 petang
Ahli Panel :
• Thomas Fann (Pengerusi ENGAGE, Jurucakap CAGED – Citizen Action Group on Enforced Disappearance)
---------------------
Gerakan Seru DOJ segera keluarkan arahan tangkap pencuri dana rakyat jholow dan rizal... kita Bangsa Malaysia volunteer cari di pelusuk dunia buat citizen arrest,,,
BalasPadam