PALESTIN & BUMI MELAYU
Saya telah menerangkan dengan jelas bahawa perjuangan Palestin ini adalah perjuangan anti-kolonial. Tunjuan asas Perjuangan rakyat Palestin ialah untuk menuntut kembali bumi dan tanah air mereka yang telah dijajah oleh Zionis Israel samenjak 1948.
Isreal pada awalnya bermula sebagai projek Anglo-Zionis. Ini ketika kuasa imperial dunia dimiliki oleh Great Britain. Kaum Zionis dan kaum pemodal Yahudi telah melobai kuasa imperial British untuk berkerjasama menjajah bumi Arab dan bumi Palestin. Deklarasi Belfour 1917 ada tanda resmi permualan kerjasama ini.
Diakhir Perang Dunia Kedua - projek Israel telah diambil alih oleh Amerika. Kuasa baru ini telah menggantikan Britain yang telah muflis parah terok hasil pukulan Perang Dunia Ke Dua.
Ekonomi, kepentingan ekonomi dan kekayan tanah jajahan adalah juragan kaum pemodal. Jangan sesekali dilupakan hukum ini dalam apa sahaja analisa kita. Jika hukum asas ini dilupakan maka analisa dan bacaan politik kita akan herot dan pencong - salah dan terbarai.
Dibelakang projek penubuhan Isreal ini ialah bumi Arab dan puluhan juta warga Arab yang terhampar luas untuk dijajah. Ini fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan. Hanya ada kumpulan Pak Lebai dan kaki putar yang suka mengeluar lebong yang bercanggah dengan fakta sejarah ini. Mereka amat suka memesongkan perjuangan anti penjajah rakyat Palestin kepada agenda agama.
Memesongkan perjuangan anti-kolonial Palestin ini ke garis agama adalah juga agenda dan taktik kaum Zionis. Dengan suasana dunia yang anti keganasan dan anti-Islam kaum Zionis amat-amat gumbira jika perjuangan Palestin dapat dikalihkan untuk menjadi perjuangan agama.
Kuasa imperial dan kaum Zionis telah melihat bagaimana hampir diseluruh kota besar dalam dunia - anak muda dan kaum pelajar - telah turun ke jalan raya untuk menyokong perjuagan anti-kolonial rakyat Vietnam pada tahun 60’an. Dari London, Paris, Washington DC. Melbourne, Peking, Sydney, Tokyo, Berlin, Moscow dan Rom kita lihat demo anti-Amerika yang tidak henti-henti.
Hakikatnya , kuasa imperial Amerika berjaya dikalahkan dengan bantuan dan tekanan bersama rakyat dunia. Ini terjadi kerana garis, taktik dan stratiji rakyat Vietnam ialah anti-kolonial bukan menegakkan Negara Buddhist walau pun hampir kesemua warga Vietnam beragama Buddha.
Dari fakta sejarah ramai para Sami dan kuil telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan anti-kolonial menentang Peranchis dan kemudian menentang imperialis Amerika.
Amat jelas tak perlu bersuluh - jika perjuangan Palestin terus didorong untuk menjadi perjuangan agama - dalam cuaca dan suasana anti Islam hari ini - maka rakyat dunia tidak akan menyokong perjuangan adil rakyat Palestin saperti mereka menyokong rakyat Vietnam. Cita-cita dan niat kaum Zionis termakbul.
Dalam masa yang sama memang betul Baitulmuqadis/Jurusalem ialah kota suci. Ianya bukan hanya kota suci untuk umat Islam sahaja. Kota ini juga adalah kota suci dan bersejarah untuk penganut agama Yahudi dan Kristian.
Sesiapa yang terus berlebong dan mendorong perjuangan Palestin ini sebagai agenda agama Islam wajib sedar. Wilayah yang dituntut oleh rakyat Palestin bukan hanya kota Baitulmuqadis. Ada beratus ribu hektar tanah-tanah subur milik warga Palestin yang telah dirampas oleh Zionis Isreal semenajk tahun 1948 hingga ke petang kelmarin. Ada berpuluh ratus kota kecil dan besar yang telah dijajah oleh Zionis Israel. Baitulmuqadis hanyalah salah satu darinya.
Kenapakah susah untuk memahami fakta perjuangan anti-kolonial rakyat Palestin ini. Saya katakan dengan jelas bahawa Palestin lebih dari Baitulmuqadis. Palestin ini lebih dari Masjid Al-Aqsa.
Baitulmuqadis dan Al-Aqsa hanya manifestasi untuk kita bekerja dan mengolah dan menyusun gerakan ampoh untuk menewaskan Zionis Isreal.
Bermula dengan terdirinya Israel pada tahun 1948 seramai 711,000 warga Palestin dari pelbaghi wilayah di Palestin telah dihalau atau melarikan diri. Tanah dan kampong halaman mereka dirampas oleh Zionis Israel. Seramai 100,000 warga Palestin telah menjadi menjadi Orang Pelarian di Lebanon pada tahun 1948.
Ketika pecah Perang 1967 seramai 280,000 ke 325,000 dari pelbagai wilayah Palestin telah menjadi Orang Pelarian. Mereka mencari perlindungan di-negara Arab. Saya ambil data ini dari laporan Ajensi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu( UNRWA).
Hakiktanya Orang Pelarian Palestin - bukan semuanya dari Baitulmuqadis. Bukan semua mereka bekerja sebagai Imam, Bilal atau Tok Siak. Dan bukan semuanya warga Palestin beragama Islam. Saperti warga dunia yang lain - mereka juga berniaga, bertani dan memburuh.
Apakah masih ada lagi yang belum faham kenapa saya berkata perjuangan Palestin bukan perjuangan agama tapi pejuangan anti-kolonial?
Untuk mereka yang kurang jelas biar saya mudahkan pemahaman ini dengan melihat sejarah Tanah Melayu sendiri. Mari kita lihat betapa rapatnya sejarah Bumi Melayu dengan Palestin dan Bumi Arab.
Tanah Melayu telah dijajah resmi oleh British sesudah Perjanjian Pangkor 1874 ditanda tangani. Sebelum ini pada tahun 1824 Alam Melayu telah dipisahkan dengan Anglo-Dutch Treaty. Hasilnya lahirlah Indonesia. Hakikatnya kuasa kolonial Inggeris dan Belanda memecahkan Alam Melayu Nusantra.
Tidak cukup dengan ini dengan Anglo-Thai Treaty 1906 wilayah utara Tanah Melayu dipecahkan lagi oleh British. Empat wilayah menjadi milik Siam.
Selat Melaka - sungai tempat hilir mudek Bani Melayu kini menjadi sungai milik antarabangsa.
Terbukti jelas pemecahan Alam Melayu Nusantara ini tidak ada sangkut paut dengan agama Islam walau pun Bani Melayu beragama Islam.
Semua ini dilakukan untuk memecah dan memusnahkan Empire Melayu - yang berpusat di Melaka dan di Majapahit.
Apa yang telah berlaku adalah agenda kolonial. Apa yang berlaku ialah hukum dan syarat perkembangan sistem ekonomi kapitalis.
Zaman kolonial ialah zaman menaklok tanah jajahan, menjarah hasil bumi dan meluaskan pasaran. Dari sinilah munculnya kuasa imperialis - Sepanyol, Portugis, Belanda, Peranchis, German , Inggeris dan Amerika. Imperialisma ialah tahap akhir dari sistem kapitalis.
Pecah dan perentah ini adalah taktik kaum penjajah. Dilakukan untuk memastikan kuasa penjajah terurus rapi. Kuasa kolonial mengelak bergaduh sesama sendiri. Paling penting untuk memastikan perjalanan dana untung dari Batavia dan Singapura masuk ke London dan Amsterdam tidak diganggu gugat.
Sila lihat bagaimana agenda dan perjanjian yang sama telah juga dilakukan oleh British keatas Alam Arab dan Palestin. Pada 21 Disember 1915 Bumi Arab dipecah melalui Perjanjian Sykes-Picot. Tetiba dunia Arab menjadi milik British, milik Peranchis dan milik Amerika. Semua ini dilakukan untuk meruntuhkan Empire Ottoman.
Minyak ditemui 1938 di Dhahran - Saudi Arabia dan juga di Burgan Kuwait. Sebelum ini minyak telah ditemui di Persia 1908. Wilayah ‘berminyak ‘ ini menjadi amat penting. Dari sini muncul sejarah bahan bakar petrolium yang menjadi kuasa penjana sistem ekonomi kapitalis yang kita rasai hari ini.
Pengalaman Perang Dunia Kedua telah menjadi bukti negara yang TIDAK memiliki bahan bakar petrolium pasti akan kalah. Mana negara yang berniat untuk menjadi kuasa imperial dunia wajib memmiliki bahan bakar petrolium. Ini disedari oleh Britain dan Amerika.
Justeru satu rancangan baru diwujudkan untuk memastikan wilayah Timur Tengah yang kaya dengan telaga minyak ini tidak akan jatuh ke tangan musuh. Musuh pada ketika itu dan hingga ke hari ini masih lagi Rusia.
Sesudah Perang Dunia ke Dua gerakan nasionalisma menuntut merdeka bermula. Indonesia, Tanah Melayu, Burma, India, China - dari Asia dan Afrika kaum nasionalis mula bangun menggerakan semangat merdeka melawan penjajah.
Inggeris telah menjadi kuasa imperial kedua. Kini kuasa utama dunia ialah Amerika yang juga memiliki bom Atom yang telah berjaya diledakan di Nagasaki dan Hiroshima.
Dua kuasa imperial ini bersekongkol untuk terus memerentah dunia. Kini mereka dikenali sebagai kuasa imperialis Anglo-Amerika. Kepentingan pemodal Inggeris dan Amerika kait berkait. Kelas elit Inggeris dan Amerika memiliki kepentingan bersama.
Dalam perang Dunia Kedua ekonomi Inggeris telah jatuh muflis. Tetapi ‘tukang rancang perang’ kaum Zionis dan Kaum Pemodal telah merangkul keuntungan yang amat sangat. Perang adalah peluang perniagaan untuk kaum pemodal. Dalam suasana inilah pemimpin Zionis muncul dan menuntut janji yang telah dibuat dalam Deklarasi Balfour 1917.
Perang Dunia Kedua memperlihatkan bagaimana kaum Yahudi yang tidak memiliki negeri telah menerima pukulan maut dari Hitler. Yahudi yang menguasai ekonomi German telah dijadikan besi berani untuk mempersatukan nasionalisma Geman. Yahudi menjadi musuh German.
Akhirnya - sesudah Perang Dunia Kedua - warga dunia bersimpati dengan kaum Yahudi yang telah dibantai oleh Hitler. Justeru banyak negara dan kerajaan bersetuju satu wilayah penempatan Yahudi wajib ditemui. Yahudi perlu memiliki negeri sendiri.
Cari punya cari. Pilih punya pilih akhirnya Palestin akan dijadikan wilayah penempatan Yahudi pada tahun 1948.
Babak-babak ini jelas menunjukkan bahawa projek Isreal ini adalah projek merampas bumi dan tanah Arab Palestin. Ini projek kolonial. Ini bukan projek agama. Warga Palestin - penduduk asal - telah dipaksa menerima kemasukkan satu bangsa yang tidak sama bahasa, tidak sama budaya dan tidak sama adat resam.
Untuk memastikan kaum baru ini ada tempat tinggal - kaum asal telah diganasi, dibom, perigi mereka diracun, mereka dibunuh dan akhirnya dihalau dari tanah tumpah darah mereka.
Dibelakang Projek Isreal ini sabenarnya ialah kepentingan militer kuasa imperial Anglo-Amerika. Stratiji mewujudkan Israel ini adalah stratiji berjangka panjang untuk memastikan bumi Arab akan terus menjadi tanah jajahan dan bernaung dibawa payung kuasa Anglo-Amerika.
Hakikatnya Isreal adalah ‘settler state’ - negara pendatang. Contoh negara pendatang ialah Australia, Canada, Amerika, Afrika Selatan dan Zimbabwe. Orang-orang luar - yang memiliki budaya yang amat asing - dibawa masuk untuk dijhadikan warga negara dan bertelagah dengan penduduk asal. Pernah dengar ayat ini?
Hakikatnya Isreal ialah stratiji untuk mewujudkan pengkalan tentera yang dilihat syumul dan sopan untuk kuasa imperial Anglo Amerika.
Apa kaitan sejarah Palestin ini dengan Tanah Melayu dan Alam Nusantara?
Awas jangan lupa bagaimana Inggeris membawa kaum China masuk ke Tanah Melayu sehingga ianya berjaya mendirikan Singapuar. Singapura itu apa? Apakah ianya ‘settler state?’ Atau betulkah Singapura ini sabenarnya ialah Israel untuk Bumi Melayu. Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------------
org malaysia bukan tak cerdik. bising rame2 imam5 tangguh/batal. tambah bijak kalau rame2 jangan undi dacing/bn jatuhkan kepala bapak haramjadah. ada akal guna la sikit.
BalasPadamSedap jugak citer Perbandingan sejarah drpd student um yg x sempat grad ni (lari nyorok dlm longkang).
BalasPadamMintak Prof Kay Kim buat penilaian...boleh bagi pas ke tidak budak ni kahkahkah