MAKIN PELIK
MAKIN BENAR
OH MALAYSIA!
Wartawan Malaysia Dateline disiasat ekoran laporan ‘Pidato Selamatkan Malaysia’
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Wartawan Malaysia Dateline, Arif Atan hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan terhadap satu laporan berita yang diterbitkan portal itu tahun lalu.
Menurut Arif, siasatan dibuat terhadap laporan yang diterbitkan 28 Februari 2016 bertajuk “Selamatkan Malaysia: Husam akan ziarah Muhyiddin” di bawah Seksyen 111, Prosedur Kanun Jenayah.
Ia antara lain melaporkan ucapan Datuk Husam Musa dalam satu majlis mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantung jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Kata Arif, dia menerima surat arahan menghadiri siasatan pada 5 Mei lalu melalui serahan tangan.
Siasatan dijalankan bermula jam dua petang dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Pegawai penyiasat, Inspektor M.Jagachandran menjelaskan bahawa siasatan dibuat ekoran aduan awam.
“Saya dipanggil sebagai saksi dan berasa hairan disiasat kerana laporkan berita itu.
“Tapi apa yang lebih menghairankan, yang banyak diberi penekanan ialah mengenai program ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ekoran dakwaan isu senjata melibatkan anak Ketua Polis Negara,” katanya ditemui Roketkini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika dihubungi menzahirkan rasa kecewa dengan kebebasan bersuara wartawan yang seolah-olah disekat.
“Amat kecewa dengan tindakan polis yang seolah-olah menyekat kebebasan bersuara terutama wartawan yang sememangnya dijamin di bawah perkara 10 Perlembagaan negara dan Deklarasi Universal Hal Asasi Manusia 1948.
Menurut Faiz yang juga peguam, kebebasan harus diberikan kepada wartawan untuk membuat liputan dan melaporkan berita bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat sebagai semak dan imbang.
“Ia seharusnya dihormati bagi menjamin keluruhan amalan demokrasi. Tindakan sebegini tidak mencerminkan keluhuran undang-undang (rule of law) diamalkan kerana pihak yang melalukan jenayah seperti perdana menteri yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB tidak disiasat walaupun beratus laporan polis dibuat.
“Sebaliknya, seorang wartawan yang menjalankan tugas mengikut etika kewartawanan pula dipanggil untuk siasatan,” katanya lagi. -Roketkini.com
NAK BUAT
BAIK PUN
SELAMATKAN
MALAYSIA PUN
DISIASAT POLIS
-------------------------