Khamis, 11 Mei 2017

MENUJU MALAYSIA BARU





DIA MUDA

 DIA MELAWAN


INILAH FALSAFAH HIDUP KITA




TIDAK 

MEMADAI

HANYA HIDUP

TANPA 

TUJUAN

JADIKAN 

ORANG LAIN

GUMBIRA

BERKONGSI

APA SAJA

BAWA 

HARAPAN

PADA YANG

KECEWA

BAWA CINTA

PADA YANG

SUNYI

INILAH HIDUP








---------------

KUASA FULUSIKOM




GUA UDAH

BILANG 

DEMI UMAH

MASLAHAH

DEMI RAKYAT

LU TAK CAYA

INI POWER

FULUSIKOM



Maslahah jadi kata kunci PAS di Selangor

Keputusan muktamad sudah dibuat bahawa tiada lagi kerjasama politik (tahaluf siyasi) antara PAS dengan PKR.

Namun badan tertinggi yang membuat keputusan itu dalam PAS - Majlis Syura Ulama - menyerahkan kepada kepimpinan parti itu di peringkat Selangor untuk membuat langkah selanjutnya.

Itu mesej jelas dinyatakan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Tuan Haji  Nik Muhammad Zawazi Salleh hari ini.

Selain PKR, exco Selangor adalah daripada wakil DAP.
Penguasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga diwujudkan oleh gabuang PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Daripada 56 kerusi DUN itu, pembangkang - yang diwakili Umno - hanya menguasai 12 kerusi, sama seperti PAS.
Jika PAS menarik diri daripada kerajaan negeri, gabungan PKR, DAP dan AMANAH tetap 32 majoriti di DUN Selangor.
Memberikan justifikasi kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan mengenai kedudukan mereka di Selangor perlu dibuat berdasarkan kepentingan rakyat.
Alasan sama turut diberikan oleh PAS Selangor.
EN KUNTUM

WA FULUS

WASIKOM

TAK MALUUN

KAH KAH KAH

---------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





Mencipta sejarah baharu pada 13 Mei 2017


DUA minggu lalu, saya berkongsi maklumat tentang Kongres Anak Muda Malaysia yang bakal berlangsung di Petaling Jaya pada 13 dan 14 Mei ini. Kongres sebegini dianjurkan untuk pertama kalinya di negara ini dan diharapkan akan menjadi titik pertemuan dan penyatuan kumpulan anak muda di Malaysia.

Tarikh kongres ini sebenarnya mempunyai banyak sejarah. Cakap saja 13 Mei, hampir seluruh rakyat Malaysia akan memperingati detik hitam yang pernah kita hadapi 48 tahun lalu.

Kebanyakan kita hanya mengetahui sejarah ini menerusi pembacaan atau perkongsian cerita mereka yang tua daripada kita. Selain itu, kita juga sering diberitahu mengenai perkara ini ketika masih di bangku sekolah.

Namun, sehingga bila kita mahu memperingati tarikh tersebut dengan satu insiden gelap?


Apakah kita tidak mampu mengubah peringatan tarikh itu daripadainsiden gelap kepada yang cerah? Saya yakin kita mampu. Di dalam dunia ini, apa saja boleh diubah jikalau kita mahu. Bagi saya, kitalah anak muda yang akan membawa perubahan tarikh gelap itu kepada yang cerah.

Pada 13 Mei 2017, anak muda seluruh negara akan berkampung di Petaling Jaya. Kongres Anak Muda Malaysia akan berbahas mengenai isu yang sedang berdepan dengan negara kita.

Dari situ, setelah tamat berbahas selama dua hari, maka akan lahir deklarasi Anak Muda Malaysia yang bakal menjadi "blueprint" ataupun dokumen penting untuk gerakan anak muda yang membentuk Malaysia pada hari esok.

Harapan saya menjelang kongres pada hujung minggu ini adalah membawa suara yang bakal mengerunkan pihak sedang berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ya, ia bukanlah semudah itu. Pemimpin politik akan menyatakan mereka lebih mengetahui kerana sudah berada dalam arena politik berdekad lamanya dan memahami segala cara bermain politik dan juga bagaimana mentadbir.

Tetapi kini, kita harus menunjukkan kepada pemain politik ini kita bukan lagi hanya mahu menjadi suara pengkritik saja, tetapi kita kini mahu menjadi suara membawa agenda kepimpinan berserta polisi atau agenda penambahbaikan dalam sistem urus tadbir negara. Jika kita berjaya membawa suara sebegini, maka saya berkeyakinan pemain politik akan mula merendahkan diri untuk mendengar suara anak muda yang sering kali tidak diendahkan.

Dengan cara sebegini ia akan membuka ruang untuk anak muda bersuara dalam kepimpinan negara. Kepimpinan yang saya maksudkan bukannya meminta kerusi Parlimen atau DUN, jawatan GLC atau apa-apa jawatan dalam kerajaan, tetapi suara menggubal polisi dan dasar negara. Kita harus mengubah "mind-set" semua pihak yang selalu merasakan hanya dengan kuasa politik saja mampu mengubah semua perkara.

Jika anak muda di Serbia melalui gerakan OTPOR! berjaya menjadi kuasa penyatuan rakyatnya untuk membawa perubahan dan berjaya membawa suara mereka untuk didengari semua pihak, apakah kita sebagai anak muda Malaysia tidak mampu melakukannya? Saya yakin kita juga mampu.

Dan jika kita berjaya, maka tarikh 13 Mei akan mula dikenali sebagai tarikh sejarah baharu di Malaysia; tarikh cerah untuk Malaysia; tarikh penyatuan anak Malaysia dan bukannya lagi tarikh gelap yang sering menghantui rakyat Malaysia.

Nelson Mandela pernah berkata: "It always seems impossible until it’s done” yang bermaksud semuanya sentiasa nampak mustahil sehinggalah ia dikerjakan. Ya, benar sekali, namun saya ada harapan dan kepercayaan tinggi mengunung terhadap anak muda Malaysia.

Kalau bukan kita, siapa? Jumpa 13 Mei ini di Petaling Jaya.

Jika anda masih belum mendaftar, sila daftar di sini. – 10 Mei, 2017.*

Mandeep merupakan seorang bekas penghuni di rumah pasong Jinjang dan juga merupakan seorang yang berbangsa “dan lain-lain”. Berkicau di @mandeepkarpall






---------------------

TIPU UNTUK PANGGIL ORANG DATANG









LOTERI

DAH BUAT

HADIAH DAH

BESAR ADA

PUNDEK BETUL

MASIH RAMAI

TAK DATANG

LANGKAH

BIJAK PAKSA

TIPU PELAJAR

UITM

Umno tipu pelajar hadiri sambutan ulang tahun?
Pemuda PKR menuduh Umno menggerakkan mahasiswa dari sebuah universiti awam untuk turun ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam ini, sempena ulang tahun ke-71 parti itu.
Naib Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada pelajar universiti, yang terletak di Shah Alam itu.
"Terdapat usaha bersepadu untuk memanipulasi dan menggerakkan pelajar untuk menghadiri acara di Bukit Jalil itu.
"Kami mengesyaki bahawa program itu membabitkan sambutan ulang tahun ke-71 Umno," kata exco Pulau Pinang itu pada sidang media di Seberang Jaya.
Afif juga mengemukakan salinan mesej WhatsApp semasa sidang akhbar itu.

Pelajar UiTM diarah berkumpul untuk ke sambutan Umno?

 | May 11, 2017
Timbalan ketua Pemuda PKR berkata ia usaha memanipulasi pelajar dan mahu naib canselor UiTM memberi penjelasan.

PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan tindakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam mengarahkan pelajarnya menyertai sebuah perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini, dengan berkata ia serentak dengan sambutan ulang tahun ke-71 Umno di situ.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi tadi.
Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2 petang tadi
.
ZAMAN TUNKU

ADA  MINAH

ROSE CHAN

DULU NAJIB

AJAK PSY

KALI INI

NAK RAMAI

AJAK LAH

MARIA OO

ORZAWA

nota: 
sapa rose chan?
tanya lebai google


--------------

KESIAN TAK ADA YANG DATANG




BILA TAKDA

AHLI NAK

DATANG 

SAMBUTAN

HARI JADI

CARA TERBAIK

IALAH BUAT

JUDI 

PANGGIL 

CABUTAN 

BERTUAH

KAH KAH KAH

POOOORAH



Tarikh tutup penyertaan Cabutan Bertuah Ahli UMNO Sempena sambutan Hari dilanjutkan sehingga jam 5.00 petang hari ini 11 Mei 2017






--------------------

SATU PERTANYAAN









PARTI

KETUANAN

MELAYU AKAN

SAMBUT HARI

JADI ESOK

ADA KATA

TAK SAMPAI 

70 UMUR

ITU CERITA 

LAIN YANG

PENTING

LEPAS KENDURI

KEMANA 

PRESIDEN

PARTI PERGI

BERTAWAF

INI LEBIH 

PENTING 

UNTUK

DIFAHAMI










--------------

BERITA LAGI BAIK UNTUK SEMUA








HAM

DULiL

Jualan laris kereta mahal menjeling kegawatan ekonomi Malaysia

 | May 11, 2017
BMW dan Mercedes-Benz berkeliaran ketika negara mengharungi kelembapan ekonomi.




PETALING JAYA: Adakah terdapat cara lebih mudah untuk mengukur keadaan ekonomi negara selain statistik dan graf?
Jika ada, maka jalan raya pasti tidak boleh dijadikan ukuran untuk mencerminkan kegawatan tersebut.
Walaupun kelembapan ekonomi mengisi perbualan harian namun kita tidak boleh terlepas daripada melihat model terbaru kereta mewah dan kenderaan berkuasa tinggi menghiasi jalan raya.
Ia sebenarnya menunjukkan sektor automobil, khususnya kereta yang menjadi simbol kemewahan, tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi.

BERITA BAIK

NASIB BAIK

KITA ADA

NIK ABDUH

TONTOWI 

DR.KHAIRUDIN

NASARUDIN

DIN AYAM

& DASAR PAS

YANG GILA

KERETA BESAR



-----------------




BALAK BAWA BALA








BETUL KE

BALA BANJIR

HUJAN KAN

SATU RAHMAT

Pembalakan antara sebab Gua Musang kerap banjir lumpur, kata Adun
 | May 10, 2017
Orang Asli di beberapa kawasan tidak lagi selamat jika hutan melebihi 5 jam, kata Ab Aziz Yusof






GUA MUSANG: Aktiviti pembalakan untuk tujuan perladangan yang tidak terkawal di Gua Musang dikenal pasti sebagai antara penyebab utama banjir lumpur semakin kerap berlaku di jajahan ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata aktiviti pembalakan berkenaan menyebabkan kawasan bukit mudah terhakis.
“Dahulu, jalan Gua Musang-Lojing ini tak pernah dilanda banjir lumpur tapi semalam bencana itu berlaku sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup selama beberapa jam.

DARI AWAL

DUNIA DAH

TAHU BALAK

BALAK BALAK

BAWA BALA



---------------------

LAGI BERITA BAIK





HAM

DULiL




Satu daripada tiga rakyat mahu PAS bekerjasama dengan Umno

HANYA seorang daripada tiga rakyat Malaysia mahu PAS bertanding sendirian, menurut kajian dijalankan Biro Dasar dan Strategi Bersatu.
Kaji selidik itu menunjukkan 29.5% daripada 2,881 responden ingin parti Islam itu bergerak sendiri tanpa bergabung dengan parti lain.
Ketua Biro Dasar dan Strategi Bersatu Dr Rais Hussin berkata, tujuan kajian ini adalah untuk bertanya kepada peserta mengenai siapa yang patut PAS pilih untuk bekerjasama bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kaji selidik itu juga menunjukkan 29.5% mahu PAS bekerjasama dengan Umno, manakala 21.1% mengatakan PAS perlu menyertai kem Dr Mahathir Mohamad."
DEMI ISLANG

DEMI UMMAH

DEMI MELAYU

DEMI 1MDB

BERSATAULAH

LAGI CEPAT 

LAGI BAIK

UNTUK SEMUA









----------------

BANI MELAYU WAJIB BERUBAH





BANI MELAYU WAJIB BERUBAH

Telah sampai masanya  Bani Melayu melihat ke dalam - melihat diri mereka sendiri. Suasana dan suhu politik dalaman  Malaysia dan juga politk dunia hari ini mewajibkan Bani Melayu meneliti diri. 

Pada tahun 2017 Bani Melayu tidak ada pilihan. Bani Melayu tidak boleh lagi mengudur. Persoalan Nasional ini adalah saekor seladang jantan yang bertanduk tajam. Bani Melayu wajib menangkap tanduk Sang Seladang ini. Siatkan kulit-kulitnya. Lapah dan salaikan dagingnya sebagai tanda satu tamadun.

Ini tugas suci yang telah ditinggalkan oleh sejarah kepada sesiapa sahaja yang mengakui dirinya Bani Melayu hari ini.

Mengulangi kata-kata Hang Tuah - tidak Melayu hilang didunia  - bukan saja satu klise malah ianya amat-amat membosankan. Saya berani mengatakan kata-kata Hang Tuah ini membosankan kerana ianya tidak memiliki apa-apa makna  yang hakiki pada ketika ini.

Saya berani berkata sademikian kerana saya amat yakin  pada tahap ini Bani Melayu itu sendiri tidak tahu, tidak mengenal  dan tidak memiliki jawapan yang tuntas tentang satu persoalan yang maha agong ini.  

Soalan kurun ini yang telah lama terpahat di tembok-tembok  batu disetiap pelusuk dan penjuru. Ianya terpampang menunggu jawapan. Tetapi tidak ada siapa yang berani menangkap tanduk Sang Seladang ini.

Apa dia soalan itu? Soalan kurun ini yang wajib dijawab oleh Bani Melayu ialah siapa sabenarnya Bani Melayu itu.  Sekali pandang kelihatan soalan yang saya timbulkan ini dilihat remeh dan tidak masuk akal untuk ditanya.

Tapi yakinlah - Siapa dia Bani Melayu - adalah satu soalan yang amat penting. Satu jawapan yang tuntas wajib  dalam usaha untuk menyelesaikan  persoalan nasional yang sedang saya timbulkan ini.

Huraian dan jawapan siapa  dianya Bani Melayu ini amat penting terutama apabila saya telah menimbulkan  teori Yang Lain/The Other. Saya juga telah menimbulkan bagaimana Yang Lain ini telah menimbulkan psikik Melayu.

Ketika saya memberi penghuraian  untuk memahami psikik Melayu ini kita juga wajib tahu  bahawa ada lagi satu faktor yang telah, yang sedang dan yang akan mempengaruhi bersama  dan membidani kelahiran psikik Melayu. Tepat dan betul kewujudaan Bani China dan India di Tanah Melayu ini telah melahirkan psisik Melayu. Tetapi bukan ini sahaja yang membantu kelahiran psikik Melayu.

Faktor ini ialah dunia bawah sedar Bani Melayu. Pada hemat saya psikik Melayu ini juga muncul hasil  dari bawah sedar Bani Melayu - the unconscious.  Malah bawah sedar Bani  Melayu ini juga sama-sama bertanggung jawab  melahirkan psikik Melayu ini.

Salah satu dari manifestasi bawah sedar Bani Melayu ini ialah kegagalan Bani Melayu untuk memiliki jati diri dan indentiti Melayu yang ampoh, kukuh dan bersepadu. Jati diri Bani Melayu kelihatan lembik dan manai. Malah Bani Melayu dilihat umum sebagai satu  bani yang tidak memiliki jati diri kukuh. Jati diri Melayu goyah  disana sini.

Contoh yang paling muktamad dan paling senang untuk difahami  ialah dengan menonton drama tv distesen Melayu atau mendengar radio siaran Melayu. Lihatlah bahasa pengucapan yang bercampur aduk. Nak katakan  Bahasa Dewan pun bukan - nak dikatakan Bahasa Oxford pun kacau bilau. Ini untuk saya manifestasi jati diri Bani Melayu yang penuh kecelaruan.

Untuk ini kita wajib melihat kenapa Bani Melayu memiliki jati diri yang lembik, bercelaru dan manai?

Saya akui bahawa hampir kesemua  negara bekas jajahan kolonial mengalami permasalahan jati diri ini. Ini kerana pada satu ketika dahulu dengan kekuatan senjata tamadun  Bani Melayu telah dijajah oleh kuasa kolonial. Ini memberi impak berjangka panjang.

Dalam masa yang sama saya tidak menerima seratus peratus peranan kolonial ini. Ini kerana pada hari ini kita telah bebas merdeka. Kita boleh melakukan apa shaja yang kita fikirkan baik untuk tamadun dan masa depan kita. Pucuk dicita ulam mendatang.

Lihat pengalaman di Seberang. Amat jelas kelihatan  Bhinnika Tunggal Ika  telah menjaya mengikat  8,844 pulau-pulau  untuk melahirkan satu negara bangsa dan mencipta tamadun bangsa. Lihat bagaimana Bahasa Bani Melayu dinobatkan walau pun bahasa ini bukan bahasa majoriti. Bahasa majoriti  ialah Bahasa Jawa.

Kenapa di Tanah Melayu gagal?

Di Tanah Melayu ada kecelaruan tentang asal usul Bani Melayu ini. Siapa Bani Melayu sebelum kita menerima takrifan Perlembagaan yang diajukan oleh kuasa kolonial. Siapa dia Bani Melayu sebelum Lord  William Reid memberikan takrifan?

Untuk saya ini persoalan penting. Ini persoalan jati diri.  Adalah hakikat bahawa  sebelum Lord Reid sampai ke Tanah Melayu Bani Melayu telah lama  wujud. 

Bukti yang yang terpampang dimata kita ialah tinggalan sejarah di Lembah Bujang Kedah. Lima ribu tahun sebelum Lord Reid sampai Bani Melayu telah wujud. 

Ini bukan lebong Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin tentang apa yang saya tulis sila pergi ziarah Lembah Bujang.

Candi-candi di Lembah Bujang ialah tanda bahawa tamadun Bani Melayu telah wujud lebih awal dari Batu Bersurat Kuala Berang. Lebih awal dari kesampaian Tok Arab yang tunggang tunggit di Pantai Kelebang Melaka yang dilihat oleh Sultan Melaka. Lebih awal dari mimpi Sultan Melaka yang ‘anunya’ telah dipendekkan.

Saya menolak permulaan tamadun dan peradapan Bani Melayu dengan kesampaian  Arab dan Islam. Bani Melayu telah wujud dengan agama kepecayaannya sebelum sampainya Islam. Hakikatnya  Bani Melayu ini keseluruhan adalah mualaf yang telah menerima Islam sebagai pegangan baru mereka.  

Justeru Bani Melayu wajib menerima fakta sejarah bahawa tamadun Bani Melayu bukan bermula dari kedatangan peniaga Tok Arab atau peniaga dari Parsi atau peniaga dari India atau peniaga dari China.  Bani Melayu wajib menebalkan jati diri dan berbangga dengan ketamadunan Melayu yang  bukan  Arab

Sila lihat dan baca dengan betul betul apa yang tertulis pada Batu Besurat Kuala Berang yang bertarikh 1326 atau 1386.

Pada penampang depan Batu Bersurat ini ada disebut bagaimana ada permintaan untuk menegakkan agama Islam. Permintaan itu diajukan kepada  Dewata Mulia Raya.  Nah! Dewata Mulia Raya ini adalah tuhan Bani Melayu pada ketika itu.

Justeru tamadun Bani Melayu bukan bermula dengan Islam.  Bani Melayu telah ada kepercayaan. Telah ada Tuhan sendiri. Memulakan tamadun Bani Melayu dengan kedatangan Islam adalah satu kesilapan hakiki. Tingallan sejarah  bangunan kuno di Lembah Bujang sedang bersuara  dengan lantang bahawa tamadun Bani Melayu lebih tua dari 1404 atau 1303. 

Jika kita tidak berbangga dengan asal usul kita maka kita akan menjadi bangsa yang bercelaru tamadunya saperti Bani Melayu sekarang ini. Si Tenggang itu pada ketika ini adalah kita yang cuba meninggal dan  memadamkan sejarah Melayu  Lembah Bujang.

Naratif Si Tenggang ini adalah peningglan tamadun Bani Melayu. Kesah ini adalah  tunjuk ajar dari Orang Asal Bumi Melayu agar jangan melupakan  sejarah bangsa.

Bani Melayu wajib bangga dan merayakan Kemelayuan Bani Melayu  bukan merayakan budaya  Bani Arab.  Sayugia dingatkan bahawa Bani Arab juga merayakan sejarah bangsa mereka sebelum kesampaian Islam.  Tamadun Sungai Nil, Sungai Dajlah lebih awal dari kedatangan  Islam. Sejarah kuno ini  dirayakan oleh Arab di Syria, di Mesir atau di Iraq hingga ke hari ini.  Malah Iran yang kuat agamanya merayakan pesta Nowruz sebagai permulaan tahun mereka.

Kecelaruan pembudayaan Bani Melayu  ini  telah menjadikan Bani China dan Bani India tidak berapa yakin dengan kekuatan tamadun Melayu. Mereka memandang sipi. Kurang yakin ini dapat dilihat dalam pelbagai hal.

Kita terdengar suara Bani China yang bangga dengan tamadun Hwang Ho yang berumur 5,00 tahun. Kita juga terdengar suara Bani India yang bangga degan tamadun Sungai Ganges dan Sungai Indus.

Kenapa kita tidak berbangga dengan Lembah Bujang. Apakah Bani Melayu malu untuk mengakui bahawa pada satu ketika dahulu Bani Melayu juga ada  Dewata Mulia  Raya yang kita sembah.

Penilaian sejarah ini amat penting. Malah ianya menjadi lebih penting lagi di Tanah Melayu ini kerana wujud dua pendatang baru yang dibawa oleh kuasa kolonial. Demograpi hari ini akan memaksa Bani Melayu menilai kembali  sejarah Dewata Mulia Raya.

Pada hemat saya kecelaruan yang wujud hari adalah menifestasi dari kegagalan  Bani Melayu menghayati sejarah bangsanya.  Masaalah nasional yang wujud hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Bani Melayu memberi takrifan  kepada tamadun dan budaya Melayu.

Takrifan siapa Bani Melayu telah wujud sebelum  Perlembagaan Malaya dimimpikan oleh kuasa kolonial pada 1877 sesudah Perjanjian Pangkor 1874. Tetapi Lembah Bujang telah wujud  3000 tahun lebih awal.

Penakrifan siapa Bani melayu ini amat amat penting. Kerana dari penakrifan sini wajib lahir satu budaya induk - budaya penakrif dalam sebuah negara bangsa yang baru.

Apa budaya penakrif? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






-----------------