Khamis, 1 Jun 2017

DEDAK 2.6 BILION RINGGIT




face book

Najib ada dedak RM2.6 billion bayangkan berapa ramai pemakan setia dedaknya.

Comments
Maulana Al Pateh sama jah spesis amgok ngan kartel. kiki
LikeShow more reactions
Reply3 hrs
Mohd Rodzhan Rashid Lebih dari 2.6 b da..
LikeShow more reactions
Reply3 hrs







-----------------

TIDAK PERLU PUTAR PUTAR






JELAS

TAK PERLU

PUTAR


Buakan ceramah politik di masjid: “Ini sahaja yang berlaku”


Tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu, kata R Sivarasa

KUALA LUMPUR: Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu. Perkara ini telah disalahertikan.
Demikian kata R Sivarasa susulan laporan yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen Subang itu memasuki Masjid An Nur Kampung Melayu Subang mewakili Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam ruang dewan solat.
“Saya ingin membetulkan beberapa laporan media yang telah memberi gambaran tidak tepat saya, pada hari Rabu yang lalu, telah memberi ceramah politik di Masjid An Nur di
Kampung Melayu Subang. Ada juga yang laporkan secara tidak betul bahawa saya hadir sebagai wakil Menteri Besar Selangor.”

“Malah saya tidak hadir sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dikatakan dalam beberapa laporan media. Saya juga tidak pada bila-bila masa pun diminta untuk mewakili beliau untuk majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Naib Presiden PKR itu lagi, majlis yang hadiri itu adalah majlis pemberian sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di kawasan DUN Kota Damansara yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Damasara, Radzlan Jalaludin.
“Saya hadir selepas dimaklumkan berkenaan majlis penyampaian sumbangan itu.
Ujar beliau, penganjur tidak bila-bila pun menjadualkan untuk memberi apa-apa ceramah dalam majlis itu.
“Walaubagaimanapun, sebelum dijemput menyampaikan sumbangan bersama dengan Penyelaras DUN Radzlan Jalaludin, saya dijemput oleh pengara majlis untuk memberi sepatah dua kata kepada lebih kurang 70 wakil-wakil surau-surau dan masjid- masjid yang akan menerima sumbangan Ramadan,” katanya sambil menambah Radzlan juga telah memberi ucapan ringkas sebelum beliau.
“Sebagai tetamu yang dijemput memberi sepatah dua kata, tidak elok kalau saya menolak. Justeru, saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam ramadan kareem kepada para hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan negeri Selangor untuk terus bimbing institusi surau-surau dan masjid-masjid di Selangor.”
“Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai Ahli Parlimen berkenaan lawatan- lawatan saya ke surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Subang dan macam mana lawatan tersebut telah membantu saya mendalami fahaman saya berkenaan Islam dan masyarakat Islam.”
Kata Sivarasa lagi, tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu.
“Sumbangan yang diberikan malam itu berjumlah RM 71,000 yang diagihkan RM 1,000 setiap surau dan RM 1,500 setiap masjid. Saya hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. Bagi saya adalah wajar untuk seorang wakil rakyat untuk memberi sokongan penuh kepada institusi agama Islam di kawasan saya. Itu sahaja yang berlaku,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Sivarasa juga menyatakan akan menulis sepucuk surat peribadi kepada Sultan Selangor untuk menjelaskan tentang perkara ini.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Sivarasa susulan tindakannya menyampaikan ceramah politik di masjid tersebu
SEMENJAK 

BILA PULAK

TAK BOLEH

CAKAP POLITIK

DALAM MASJID

TIAP JUMAAT

TU APA?

BUAT LAWAK?







------------------

HARI KE ENAM









HARI ENAM

pagi kelmarin gua ke tanjung
untuk menghantar min
ke perjalanan terakhir
rozaimin wafat di hospital

kami bergegas dari kl
mulanya kami diberi tahu
semua akan berlangsung
salepas zuhur
ertinya sempat kami
melihat min kali terakhir
tapi semuanya berubah
jam sabelas lebih
ketika  hampir ke sungai perak
kami diberitahu bahawa
min akan dikebumikan
dalam masa terdekat

aduh! sedihnya hidup ini

melintasi jembatan tanjung'
mencari masjid
mencari tanah perkuburan
mengambil masa
melintas jam dua
kami sampai ke tanah perkuburan
semua telah selesai
hanya beberapa kawan menunggu
min telah dimakamkan

seorang lelaki memberi aku
sebotol air dalam plastik
lalu aku sirami
keatas dua batang 
bunga yang baru ditanam
sebagai tanda
untuk mengingat min
min dimakam sebelah ayahnya
min dimakam disebelah abangnya
tak jauh dari makam min
ada sebatang pokok
di dahan pokok tumbuh
orkid liar dengan bunga bunga puteh
turut bersedih bersama kami
pokok ini meneduhi makam min

kami beredar
ke rumah adam adli
berehat menunggu waktu berbuka
dikin letih memandu 
terus tidor di lantai

lewat petang kami mencari makan
ke bazar ramadan 
disebelah hospital
tak sibuk mana
mungkin ekor ekor yang datang
gua beli  murtabak 
sayur pucuk manis dan kari iakan

lalu kami berbuka
di padang  brown
tak jauh dari penjara
aduh! indahnya hidup ini

kemudia ke warung 
untuk kopi dan air kedondong
air kedondong dengan asam boi
terbaik terbaik
kemudian
ramai lagi kawan min datang
kami berbual mengingati arwah
sambil ketawa sambil ngelamun

kenangan datang satu persatu

jam sepuluh lebih
bergerak pulang 
menuju ke warung asmara
untuk bersahur


SELAMAT 

BERBUKA

-------------

BILA AYAM MAHAL MAKAN APA?






FACE BOOK



4 tahun lalu Menteri KPDNKK [dah pencen] kata, elak makan ayam kalau harga naik.. makan ikan & daging. Kini semua dah naik..makan apa pula?
MAKAN RASUAH NAIK TAK ??!



Comments
Suara Rakyat #PolitikMatang
Rakyat Makan Dedak, Menteri Makan Rasuah

LikeShow more reactions
Reply
16
1 hr
Vincent Soo Dalam 5 Tahun Rakyat Hidup Semakin Susah Semua Subsidi dah Potong, Tol Naik Makanan Barang2 Semua Naik ,Hidup kos Semakin tinggi, Gaji Tak Naik Sebab Kerajaaan Tak ada jaga Rakyat...

LikeShow more reactions
Reply
1
58 minsEdited
Acoy Maman Hasan Malek dah jd duta kemboja skrg bos..

LikeShow more reactions
Reply
1
38 mins

LikeShow more reactions
Reply29 mins
Azami Masdar Hahaha. Sesape yg nak tenaga Kerja asing Dari Kampuchea blh berurusan dgn dia kot.

LikeShow more reactions
Reply22 mins
Wan Cham Makanrasuah pulak .

LikeShow more reactions
Reply
8
1 hr
Muhammad Safiq Di bulan mulia ini...semoga rakyat Malaysia menjaga percakapan , tatabahasa dan adab serta akhlak...semoga amal ibadat di bulan mulia ini tidak tercalar dgn bertikam lidah...nasihat dan muhasabah buat diriku y berdosa ini...selamat berpuasa




---------------