Isnin, 17 Julai 2017

BUKAN SENANG NAK DAPAT BIDADARI





BUKAN 

SENANG

NAK DAPAT

BIDADARI



BACA SEKALI LAGI - PENSEJAJARAN SEMULA










SILA BACA

TULISAN INI TELAH
DISIARKAN PADA
8/6/2016
INI ADALAH SEBAHAGIAN
DARI IDEA UNTUK
MELAHIRAKAN 
POLITIK BARU

PENSEJAJARAN SEMULA

Hakikatnya ketika saya menggarap tulisan ini fakta dan kajian sedang jelas menunjukkan bahawa orang ramai makin jelak dengan Najib Rosmah. Orang ramai  - warga Malaysia anak semua bangsa - menjadi rimas dan resah. Ini terbukti dengan 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13. Najib Rosmah masih terus berkuasa kendati pun tanpa ada sokongan orang ramai.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah  Tanah Melayu kebencian yang maha sangat terhadap seorang pemimpin.  Tungku, Razak, Hussein dibenci oleh musuh  politik tetapi tidak dibenci  saperti rakyat Malaysia membenci Najib Rosmah. 

Hanya Pak Lah sahaja seorang pemimpin yang tidak dibenci oleh rakyat. Ini pun kerana Pak Lah menjadi  Pelawak yang suka tidur. Ketika Pak Lah berkuasa yang dibenci oleh  rakyat bukan Pak Lah tetapi Khairy  Jamaluddin. Makhlok yang bernama Khairy ini telah berjaya  menyusup masuk ke politik kuasa kerana berkahwin dengan anak Pelawak.

Mahathir yang menendang Anwar Ibrahim ke penjara sah amat dibenci oleh rakyat. Tetapi tidak sabenci  rakyat benci dan menyampah  terhadap Najib Rosmah. Malah dari segi sejarah isteri-isteri  Perdana Menteri tidak pernah menjadi  buah mulut jauh sekali ajenda politik saperti yang dihadapai oleh Najib. 

Hari ini buka sahaja internet - layari apa sahaja portal  dan buka laman sosial dan Face Book - tanpa gagal kita akan membaca sentimen benci kepada Najib Rosmah. Ada laman secara terang-terang mengutuk. Ada yang mengutuk secara jenaka. Ada yang tanpa segan silu  ‘mengencing ‘ Najib Rosmah. Hakikatnya Najib Rosmah adalah bahan kutukkan media sosial.

Media sosial adalah mukim dan daerah  anak muda. Orang muda adalah warga asli media sosial. Justeru tidak silap jika saya katakan yang mengutuk   Najib Rosmah  secara kreatif di media sosial ini pastilah majoritinya datang dari gulungan pelajar mahsiswa yang mungkin belum mengundi atau baru sekali  dua mengundi.

Yang membaca,  yang ketawa dan yang mengaminkan kutukan itu  pastilah jenerasi berumur  - warga imigran media sosial.

Berdasarkan surah yang tidak saheh, mengikut kata sahibul hikayat pada satu ketika dahulu di Kedah ada seorang Raja yang amat zalim.  Raja  ini  suka memakan hati dan darah manusia. Mungkin kebencian rakyat  terhadap  Najib Rosmah ini sama saperti  rakyat Kedah membenci Raja Bersiong. Tetapi Raja Bersiong hanya menzalimi beberapa buah kampong disekitar Istana Raja. Wal hal kejahatan  dan jenayah yang dilakukan oleh Najib Rosmah ini amat luas.
Kini lebih dari 28 juta warga Malaysia sedang diseksa. Rakyat Malaysia sedang dipaksa tunduk dan mengikut arahan dan selera Najib Rosmah. Semua lembaga daulah kini dalam tangan Najib Rosmah. Sebutlah apa sahaja dari SPRM, SPR, PDRM, Peguam Negara, Media dan dan dan.  Sebanyak 171  ketua bahagian parti Ketuanan Melayu dibiyai oleh Najib. Semua tunduk makan dedak. Maka inilah maknanya - cash is king.

Dalam keadaan demikian semakin ramai warga tertanya-tanya. Selama mana lagi Najib Rosmah akan menginjak-injak kepala kita sebelum dua makhlok ini dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah?

Ini soalan yang paling viral hari ini. Dimana-mana sahaja ada kumpulan yang cerah otak, yang tidak buta fikrah  dan yang sedar budaya politik - pasti mereka akan membincang hal Najib Rosmah, hal  1MDB dan tentang China Tembam Jho Low.

Setiap kali muncul laporan dari The Wall Street Journal tentang Najib Rosmah atau berita 1MDB atau berita  anak tiri Najib maka satu Malaysia merasa  lega dan berharap FBI akan menangkap dua makhlok ini. 

Setiap kali ada berita 1MDB dari Swiszerland - satu Malaysia merasa lega bahawa negara kapir ini masih meneruskan siasatan walau pun negara Islam Hadari Malaysia tidak melakukan apa-apa.

Setiap kali ada berita Encik Yeo Jiawei yang kini dalam penjara di Singapura akan menggumbirakan satu Malaysia. Encik Yeo Jiawei ini adalah pegawai bank BSI milik Switzerland. Dia sedang ditahan dalam penjara kerana terlibat bersubahat dalam usaha menggelapkan duit 1MDB.

1MDB hanyalah salah satu dari jenayah Najib Rosmah. 1MDB ialah kerja jahat  yang dirancang dengan licik untuk melarikan berbilion ringgit duit rakyat Malaysia ke luar negara. Duit rompakan ini kemudian  dihalalkan dengan melabur pembikinan filem di Holywood. Atau  dengan membeli kondo dan apartment yang mahal-mahal di New York dan London.

Mengikut Mahathir Muhamad  - Najib Rosmah terlibat dalam banyak skandal dan jenayah. Kes pembunuhan Altantuya, kes pembunuhan Kevin, kes  pembunuhan Hussain Najadi - semuanya   kait mengait dengan Najib Rosmah atau pun 1MDB.

Justeru  mengikut pandangan Mahathir Muhamad untuk Malaysia diselamatkan Najib Rosmah wajib diketepikan dahulu dari memiliki kuasa.

Untuk berjaya dalam projek -  menendang Najib Rosmah - kita wajib merungkai  dan melihat babak babak sejarah yang telah menimpa suku sakat kita di Indonesia dan Pilipina. Apa yang sedang kita hadapi pada ketika ini  telah dialami oleh  rakyat Indonesia dan Pilipina. Indonesia ada Siti Hartinah yang gila projek.  Pilipina ada Imelda yang gila kasut. Malaysia ada Rosmah yang gila bek tangan Birkin. 

Perjuangan dan pertempuran  rakyat Indonesia dan Pilipina untuk menjatuhkan Marcos dan Suharto bukan satu jalan yang lurus. Ianya juga bukan satu jalan yang entang. Ianya mengambil masa. Ianya memerlukan fikrah dan perancangan.

Terimalah  hakikat bahawa kita di Malaysia bukan unik. Rosmah Mansor bukan hanya wujud di Malaysia. Rosmah Mansor pernah wujud di Rusia, di Peranchis, di Argentina, di Tunisia. Ini pelajaran pertama yang wajib kita hafal.

Juga - ada hukum-hukum dan syarat-syarat yang  wajib kita lalui. Ada syarat  yang wajib kita  guna pakai sebelum fajar kebebasan muncul. Hukum-hukum dan syarat ini telah dilalui oleh warga Pilipina dan Indonesia. Malah hukum - dan syarat ini juga telah dilalui oleh semua negara yang berjuang untuk menegakkan keadilan.

Sekali lagi saya katakan bhawa kita bukan unik. Kita bukan bersendirian. 

Dalam tulisan ini dan saterusnya  saya akan mengajukan pensejajaran semula politik Malaysia.  Realignment/penyusunan semula  politik Malaysia pada hemat saya adalah amat amat penting untuk mencapai cita-cita menyelamatkan Malaysia.

Semua akan bertanya - menyelamatkan Malaysia dari apa? Dari serangan tentera mana? Dari serangan geruda ke? Jawabnya: pada tahap ini kita wajib menyelamatkan Malaysi dari  Najib Rosmah.

Perluanya kita mengadakan pensejajaran semula ini kerana telah berlaku beberapa babak dalam naratif politik tanah air kita.  Naratif dari babak-babak politik ini amat amat penting kerana ianya mempengaruhi arus politik tanah air. Arus politik inilah yang mewajibkan kita membuat satu pensejajaran semula.

Naratif pertama: Perginya Tok Guru Nik Aziz. Dengan wafatnya Nik Aziz parti Pas kelihatan hilang sauh. Nik Aziz bukan pentadbir yang cekap dalam istilah politik moden. Tetapi Nik Aziz adalah sauh dan ubur penyuluh untuk parti Pas. Malah Nik Aziz menjadi rujukan bukan hanya untuk Pas tetapi termasuk juga untuk DAP dan PKR - yang Islam dan yang tidak Islam.

Pada hemat dan bacaan Nik Aziz - United Malays National Organisation yang tidak mengamalkan Islam dianggap musuh. Dalam hal melihat gerombolan Ketuanan Melayu sebagai musuh, Nik Azziz tidak berdulak dalik. Tidak ada hu hah yang berbelah bagi untuk parti Pas terus memusuhi gerombolan Ketuanan Melayu.

Nik Aziz tahu, dia sedar kerana dia telah bersama  berkerja dalam saf  United Malays National ketika Pas dalam Barisan Nasional semenjak tahun 1974 hingga tahun 1978. Ini adalah ilmu politik dari pengalaman berpolitik.

Justeru, memusnah dan mengIslamkan United Malays National Organistion adalah perjuangan Nik Aziz. Justeru apabila dia wafat maka garis ini menjadi pencong, terbarai akhirnya budaya cash is king menyerap masuk.

Naratif kedua: Pemenjaraan Anwar Ibrahim untuk kali kedua. Ini adalah babak politik yang membawa implikasi yang amat mendalam ke dalam arus politik Malaysia. Anwar yang dipenjarakan adalah langkah politik bijak yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah.

Kospirasi antara Saiful dan Najib Rosmah telah membawa pulang politik yang amat lumayan kepada Najib Rosmah.

Anwar dalam penjara telah melahirkan krisis dalam dalam PKR. Intrik individu dalam PKR semakin jelas. Anwar yang menjadi sauh PKR kini berada adalam penjara. Dia tidak dapat lagi memainkan peranan Ketua Umum untuk memberi pandangan dan nasehat.

Dalam masa yang sama - wajib diakui bahawa sosok yang bernama Anwar Ibrahim inilah yang bertanggung jawab membawa kemenangan cemerlang untuk rakyat dalam PRU12 dan PRU13.

Betul dan tepat dalam perubahan politik ombak yang penting ialah ombak rakyat. Anwar Ibrahim telah menjaya mengocak lautan politik zalim United Malays National Organisation. Dari kocakan inilah lahirnya ombak reformasi yang masih lagi belum sampai ke tujuan asal. Reformasi bertujuan mendirikan Malaysia  yang bebas dan demokratik.

Sebelum ke penjara -sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini telah berjaya menjadi gel atau gam untuk menyatu padukan jalur jalur politik yang  melawan tapi terpencar-pencar dalam satu ikatan ombak Reformasi. Ombak ini   kemudian memenangi kerusi politik dalam pilihan raya dan memanggil diri mereka Pakatan Rakyat - kini arwah.

Kematian Nik Aziz bukan rancangan manusia. Tetapi pemenjaraan Anwar adalah kerja politkk Najib Rosmah. Justeru  Najib Rosmah yang wajib terus dijadikan sasaran sahingga mereka tergelincir dari tampok kuasa.

NOTA: 
Memberi nasehat pada orang jahat bukan ajaran mana mana agama. Juah sekali agam Islam. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------------------

TAHU TAPI TAKUT







TAHU TAHU

woit brader brader sekalian..penduduk2 felda bukan bodoh, bukan tak tahu baca..mereka semua pura2 taknak tahu, pura2 bersyukur..penduduk2 felda samada generasi 1 ke 2 ke 3 dan dan ke..semuanya penakut..yg bersyukur yg setia hanya la pengerusi,naib pegerusi, ajk2 felda yg dpt habuan dari umno je..

TAPI TAKUT

kalo mereke kesah, nape mereka tak demo..org2 felda ni , kalo ada kebenaran di depan mata, mereka akan tutup mata, tutup telinga, tutup lubang hidung..pengerusi, naib2 pengerusi dan ajk2 lain beli saham dgn harga cash sb duit dpt hasil dedak dari umno..


TERUS DITIPU

mereka ni petualang2 yg mjd contoh kejayaan felda walhal duit felda disapu isa babi..syukur la kalian, kalo tak kerana najib rosmah dan isa babi, maka felda akan hidup senang dan tak hiraukan ekonomi negara.. on 
FELDA TIPU MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:50 PM





------------------

KESAH LANUN ANAK BERANAK








MAK LANUN
AYAH LAUN
LAKI LANUN 
BINI LANUN
KESAH LANUN
ANAK BERANAK
KAH KAH KAH



-------------------

BERTAHUN TAHUN MENUNGGU






BERTAHUN

ello tuan tt. udah brp lama tuan tt sebut hari2 tarakhir saekor najib. tp msih sama je. xkan amerika pun lembab kecut telo nk bertindak. kes doj ni brp lama dah tuan tt oiii. bertahun dah. 

MENUNGGU

agaknya lg seploh tahun brp doj keluar waran tangkap, pastu lg seploh tahun br nk mulai tangkapan smpi tuan tt bertongkat br ada tangkapan tt oiii... cer tuan tt bgtau doj apekehal lembab bebenor.. rakyat mesia xsbor dah. hahahahahahadiii.. on 
SILA RENUNG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/16/17




--------------

AL-FATIHAH




AL-FATIHAH


Maryam Mirzakhani: Iranian newspapers break hijab taboo in tributes

Iran’s state-run newspapers on Sunday broke with the country’s strict rules on female dress to show the mathematician Maryam Mirzakhani with her head uncovered, as the country mourned the death at the age of 40 of the woman known as the queen of mathematics.
Tributes were led by the president, Hassan Rouhani, who posted a recent picture of Mirzakhani on Instagram without a hijab. “The grievous passing of Maryam Mirzakhani, the eminent Iranian and world-renowned mathematician, is very much heartrending,” he wrote.
Mirzakhani, a Stanford University professor, died in hospital in California on Saturday after cancer in her breast spread to her bone marrow. The university president, Marc Tessier-Lavigne, said Mirzakhani’s influence would live on in the “thousands of women she inspired” to pursue maths and science.
When in 2014 she became the first woman to win the Fields medal, often described as maths’ Nobel prize, Iranian newspapers digitally retouched Mirzakhani’s photograph to put a scarf over her head while others published a sketch showing only her face. Iran’s strict laws on female dress require all women to be covered in public.
The front page of Hamshahri, a state newspaper, particularly stood out, winning praise for portraying her as she had lived. “Maths genius yielded to algebra of death”, read its headline over a picture of Mirzakhani without a hijab. “The queen of mathematics’ eternal departure”, read the headline of Donya-e-Eqtesad’s headline.



-----------------

AL-FATIHAH





AL-FATIHAH


George A Romero, Night of the Living Dead director, dies aged 77

George A Romero, director of horror classic Night of the Living Dead, has died. He was 77.


Martin Landau, star of Ed Wood and Crimes and Misdemeanors, dies at 89

Martin Landau, the actor whose gaunt, hangdog features graced films by film-makers as varied as Alfred Hitchcock, Woody Allen and Tim Burton has died. He was 89, and his death was confirmed by his publicist “following a short hospitalisation”.


---------------

SOTONG KENA SAMAN






MULUT 

LANCAP

MULUT

LAZER

PADAN MUKA

Presiden Pas diperintah bayar saman RM2 juta


SHAH ALAM - Presiden Pas, Tuan Haji Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.


Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya pada 5 Disember lalu.

Memetik laporan akhbar tempatan, peguam palintif, A Vasudevan berkata, mahkamah juga turut memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1, 500.

"Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes disebut di mahkamah dan mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu," katanya.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan Mohd Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun telah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi bagi membersihkan namanya susulan dikaitkan dengan pil kuda pada ceramah PRU13, lalu.


JANGAN 

RISAU BRO...

DEDAK 90 JUTA

BELUM ABIS

MASIH RAMAI

KAH KAH KAH

-----------------

SILA TANYA USTAD






YA USTAD

APA HUKUM
Entot stail anjing boleh tak ostad .. orgputih cakap doggie. on 
INI OKAY
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 7/17/17




-------------

FELDA TIPU MELAYU






FACE BOOK


TAK MUSTAHIL jika ada peneroka masih kata..
"...SYUKUUUURR..!! POKOK SAWIT MASIH BERBUAH.
BN MENANG, RAKYAT SENANG..."

FOTO (atas): Projek perumahan untuk Generasi kedua di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang bernilai RM10.5 juta ini dibiar tenggelam dalam semak samun. Bila Perdana Menteri umum peruntukan RM1.4 bilion pada tahun 2012 untuk menyediakan 20 ribu unit rumah seluruh negara.
FOTO (bawah):
Bila terbukti ketirisan byk berlaku dalam FELDA, terus letak jawatan. Kehidupan bertambah mewah. SPRM & pihak berkuasa buat apa?

TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN ??!



Jani Sari Rumah.mcm besar.mcm istana.firaun tapi.kuburnya.nanti.sempit sekali.. hidup.ni.hanya.sementara n.singkat.hanya.org.bodoh.n.lalai.saja cinta.hidup.di.dunia.ni.. bab.tu.rasulullah.bila.ditanya.ole sahabat kenapa bahinda tak.mau.hidup.lebih.mewah.dari.raja rom n.parsi tapi.rasulullah.jawap kemewaham.akhirat.lagi baik n.kekal.abadi..
LikeShow more reactions
Reply
22
11 hrs
Manage
Yusof Hamid Isa samad ni paling celaka hidup mewah songlap duit peneroka aku sumpah biar dia jadi babi hutan dasar tak beragama
LikeShow more reactions
Reply
28
11 hrs
Manage
Mohd Faizal Ni biasa.. Ni dorg xpgl penjenayah tp dorg pgl org kenamaan.. Syabas malaysia ku
LikeShow more reactions
Reply
19
11 hrs
Manage
Zamuri Rosai Dh hampir 60thn merdeka..Hentikn budaya trus menerus memprbodhkn Rakyat 1Mlysia nilailh sendri...
LikeShow more reactions
Reply
9
11 hrs
Manage
Azli Zain Org nye pendek kemetot...tapi rumah mcm istana....tapi lubang kubur sama saiz....
LikeShow more reactions
Reply
7
10 hrs
Manage
Amer Mohamed Mengundi BeEnd bermakna mengkayakan lagi mereka dan kroni2. Sementara rakyat semakin susah.


----------------------