Kenyataan Najib Mengenai Pimpinan Harapan Bukti Beliau Terdesak Untuk Terus Berkuasa
Kecaman Najib Razak pagi tadi di program Invest KL 2017 terhadap pimpinan Pakatan Harapan cukup memalukan dan membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk mencemar nama baik Pakatan Harapan.
Pada ketika Pakatan Harapan semakin kukuh dan kuat dari hari ke hari dan semakin bersiap sedia untuk berhadapan dengan UMNO-BN di PRU14 nanti, pentadbiran Najib terus terpalit dengan krisis dan skandal kewangan seperti 1MDB.
Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan.
Saya ingin mencadangkan agar Najib tidak memperlekeh kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik, dan sebaliknya beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.
Saya just menggesa Najib untuk memberanikan diri dan berdebat dengan mentor lama beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad, untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadap DS Najib dan pentadbiran beliau.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan
25 Julai 2017
------------------