Mahkamah Agung Thailand Rabu lalu mendapati bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra bersalah tanpa kehadirannya kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi, dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
Seramai sembilan hakim Bahagian Jenayah Untuk Pemegang Jawatan Politik Mahkamah Agung mengumumkan penghakiman yang telah lama dinanti-nantikan itu.
Adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra itu tidak menghadiri prosiding untuk mendengar keputusan mahkamah.
Keberadaannya sekarang masih menimbulkan misteri sejak gagal hadir pada prosiding mahkamah yang sama bulan lepas.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396486#fIWDoBfDIxcxBvys.99
SPRM telah menahan seorang setiausaha politik kepada seorang menteri persekutuan selepas kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya hari ini.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396456#Gf9aguw2lk5eLSGk.99
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.
Mahkamah juga memutuskan SPR tidak perlu mengemukakan perincian maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 dan 2003.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan persoalan undang-undang yang dikemukakan tidak mengandungi isu baharu.
"Ini adalah perkara interlokutori dan nilai ambang di bawah Seksyen 96 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ditolak," Md Raus (foto)
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396450#ziwoG10TxCXV8MJo.99
MUAR - "Saya kesal dengan isu ini dan saya minta maaf atas apa yang berlaku. Saya akur akan arahan Sultan Johor," demikian luahan pemilik dobi yang terletak di Jalan Junid, di sini, selepas tindakannya yang meletakkan papan tanda 'Mesra Muslim' di tempat perniagaannya itu menjadi tular di laman sosial.
Pemilik yang enggan dikenali itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun mengakui telah mengangkat papan tanda berkenaan pada jam 10 pagi tadi.
Ada october fest,beer fest..pasni buat babi fest pulak lah.kahkahkah..kesian babi..apa salah babi..babi xmkn rasuah,xcuri duit mdb,xjual agama,xrompak balak atas nama agama..babi adalah makhluk suci ciptaan tuhan.. Tp ramai pemimpin2 perangai lg hina dari babi tp disanjung tinggi.. Mana lagi mulia sbnrnya?manusia atau babi?? on BABI SEKETUL
29th September 2017 (Friday) at 9:00am at the CoA, Putrajaya, YB Tian Chua will be facing his final appeal for the offence under Restricted Area (Bersih 3 2012 -Pulapol) where he is facing jail sentence. Please come and show support.
Johor bukan negara Taliban, titah sultan mengenai 'dobi untuk Muslim sahaja'
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengarahkan kedai dobi untuk Muslim sahaja di Muar supaya menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup.
"Saya tidak boleh terima perkara karut ini. Ini adalah Johor, yang dimiliki oleh Bangsa Johor dan ia adalah milik semua kaum dan agama. Ini negeri yang progresif, moden dan sederhana.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396424#co59ylJv7kZ2DeXX.99
Minggu lalu saya telah menulis tentang bahasa badan Presiden Trump ketika bertemu dengan Najib. Kita semua dapat melihat klip perjumpaan ini dalam YouTube. Lihat betapa kurang hajarnya Presiden Amerika yang ke 45 ini.
Saksikan betapa angkuhnya Si Trump ini ketika dia memandang ke arah Najib. Matanya turun naik turun naik. Apabila Najib membuka mulut Si Trump ini hanya berpelok tubuh. Bahasa badan Trump menunjukkan dia sedang melihat Najib sebagai budak lekeh.
Jika berpelok tubuh ketika orang dihadapam mata kita sedang bercakap ini adalah bahasa dan perangai Mat Gedebe. Ini bahasa samseng. Presiden Trump jelas dilihat saperti Abang Polis sedang menahan Mat Bangla. Mat Bangla ini kelihatan gelabah lalu berjanji akan mengeluarkan duit simpanan dari sakunya untuk menyogok Abang Polis. Mat Bangla juga berjanji akan membeli asap rokok Abang Polis asalkan dia tidak ditangkap.
Klip video perjumpaan Najib dengan Trump ini disebarkan dari Rumah Puteh sendiri. Ini pasti kerja ‘ orang dalam’. Mengapa ini terjadi?
Kesahnya bagini: Presiden Trump diserang hebat oleh The New York Times, Washington Post, Wall Street Journal kerana menjemput Najib datang ke Rumah Puteh. Akhbar-akhbar berpengaruh dari Amerika ini memandang Najib sebagai ‘penyamun tarbus’.
Paling memalukan ialah apabila majalah Newsweek membuat induk berita memanggil Mat Najib ‘… The Malaysian crook…’.
Semua yang berlaku ini disedari oleh Trump. Maka langkah terbaik untuk Trump mencairkan kutukan terhadap dirinya kerana berjumpa Najib ialah dengan mengeluarkan klip video yang bertanda RAW dalam YouTube. Raw ini ertinya belum disunting.
Klip ini bermula dari belakang pintu pejabat Trump kemudian masuk ke wilayah meja tamu. Ini bertujuan untuk membuktikan kamera ini milik ‘orang dalam.’
Di meja tamu rupa-rupanya bukan Mat Najib seorang saja sedang duduk menunggu. Ada sebaris panjang Mamat-Mamat bersama Najib sedang menunggu Trump. Semua duduk senyap tangan bawah meja saperti murid sekolah dalam ketakutan menunggu Guru Besar masuk.
Ada Mustapha Muhamad , ada Anifah Aman, ada Pak Duta malah pegawai keselamatan pun ada sama. Sabenarnya Trump mahu membuktikan kepada para pengkrtitk bahawa yang ditemuinya bukan hanya ‘ Mat Najib penyamun terbus’. Ada ramai lagi orang dari Malaysia yang ditemuinya termasuk Mat Beg Duit Roslan Sohari.
Bijak bistari rupanya Si Trump ini. Klip ini disiarkan lebih awal dari klip resmi. Ha ha bijak Mat Trump menutup seluar koyaknya. Maka reda sadikit kritikan terhadap Najib.
Oppps… saya tersilap. Tidak ada yang reda-serangan diteruskan. Pada malamnya sesudah pertemuan Mat Najib dengan Presiden Trump ada berita ‘ menggemparkan’ Amerika.
Najib Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden United Malays National Organisation yang memperjuangkan ketuanan Melayu telah menjadi bahan lawak seluruh Amerika.
Jimmy Fallon seorang pelawak dan penyampai berita tersohor dari stesen NBC - stesen TV nasional Amerika - telah mengambil klip pertemuan Najib dengan Trump. Suara Najib telah dialih untuk dijadikan bahan berita dalam rancangan The Tonight Show. Dialok Trump dengan Najib telah diubah dan dijadi bahan lawak Amerika. Sah dan saheh Mat Najib kali ini betul-betul menjadi Mat Lekeh.
Sayangnya klip berita NBC ini tidak difahami oleh Mak Cik Felda. Ahli-ahli parti ketuanan Melayu juga tak faham makna kutukan terhadap Najib melalui klip ini. Sayang sekali Lokman Adam dari Pasokan Pemikir Najib gagal menganalisa makna dan tanda klip ini.
Saya bukan ahli parti United Malays National Organisation. Jika saya ahli parti saya akan berhijrah ke Korea Utara untuk membuat roti canai sebagai bekalan kepada soldadu Korea Utara. Ini tanda setia kawan saya untuk membantu Presiden Kim Jung-un dalam persediaan memerangi Presiden Trump.
Sebaik sahaja kapal terbang membawa Najib bergerak meninggalkan Amerika satu lagi ledakan berlaku. Ketika Najib dalam pesawat mahkamah di Los Angles membuat keputusan membenarkan Department of Justice Amerika - DOJ - mengubah kes 1MDB - dari kes sivil ke kes jenyah.
Cisss. Ini betul betul nasib baik. Kalau Najib ngelencong ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu di New York, saya rasa saman akan sampai. Kalau pun surat saman tak sampai pasti ada ratusan media dunia dan jurugambar yang akan ingin menemu bual Rosmah Mansor.
Media dunia bukan ingin tahu rahsia berat badan Rosmah. Ini soalan kurang sopan. Juru gambar amat amat gian untuk mengambil gambar Rosmah bergaya dengan ratai berlian merah jambu hadiah dari Jho Low sambil menayangkan beg tangan Birkin. Gambar ini pastilah ber latar belakangkan banguan PBB di New York.
Silap silap hari bulan gambar Rosmah ini akan menjadi hiasan kulit majalah Le Grosse Dame. Majalah feshen paling popular dari Paris ini sama setaraf dengan The Vogue.
Pasti gambar Datin Seri Rosmah Mansor ini akan menjadi gambar klasik dunia. Akan tergantung disimpan hingga hari kiamat di Muzium Les Madame Fou - dipinggar kota Paris. Gambar Rosmah ini akan diapit oleh potrait lukisan Pemaisuri Marie Antoinette dan gambar Puan Ilmelda Marcos dengan kasut-kasutnya.
Di Kuala Lumpur para macai Parti Ketuanan Melayu sibuk mengatur Mak Cik dan Pak Cik Felda untuk datang menyambut kepulangan Najib dan suaminya Rosmah… opss..maaf dengan isterinya Rosmah Mansor.
Seluruh tenaga media dikerah untuk membuat laporan kepulangan Najib dari Amerika. Heboh heboh heboh. Najib mahu digambarkan sebagai wira. Sama setaraf dengan Mahathir Muhamad dahulu. Sabenarnya semua ini bertujuan untuk memadamkan dan mengalihkan pandangan orang ramai terhadap lawak lawak Najib yang sedang menular.
Kesah Najib mahu menyelamatkan ekonomi Amerika telah menjadi bahan ketawa. Kesah Najib mahu membeli kapal terbang juga menjadi lawak. Malah ketiadaan sidang akhbar bersama Trump di Rumah Puteh juga menjadi lawak besar. Najib ditularkan sebagai amat takut berhadapan dengan media Amerika.
Paling hina ialah apabila muncul berita tentang Najib telah membayar jutaan ringgit untuk dapat bertemu Presiden Trump. Cerita baksheeh suap duit kopi ini ini telah menular luas.
Lokman Adam dan tim pemikir bertungkus lumus bekerja keras untuk memadamkan kesah lucu Najib ketika di Amerika ini. Imej Najib yang dirancang akan memuncak naik sepulang dari Amerika telah terbarai dipintu tandas.
Tup tup terpancar satu idea. Satu stratiji politik yang bergeliga. Satu rancangan yang amat-amat hebat. Dirancang dengan kawalan ketat. Najib akan membuat satu sidang tergempar.
Sidang media tergempar Perdana Menteri Najib Razak pada Sabtu 17 September 2017 akan dijalan pada jam 4.30 petang di Tingkat 39 Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra. Ini menjadi heboh. Heboh. Tegempar. Dari petang Jumaat 16 September seluruh Malaysia telah heboh.
Zahid Hamidi diarah membatalkan rancangan ke Perlis. Para Menteri dan pucuk pimpinan Parti Ketuanan Melayu diarah semua berkumpul ke bangunan PWTC. Heboh heboh heboh. Cerita Najib jumpa Trump tenggelam.
Kini semua tertanya-tanya. Pengumuman PRU14 ke? Najib akan umumkan penangkapan Jho Low ke? Apakah Najib akan mengumumkan parti Islam PAS akan masuk menjadi kerabat Barisan Nasional. Semua tertanya-tanya. Keadaan tenang tapi tegang. Apa agaknya akan terpancut dari mulut Najib.
RTM, Tv3, Tv Hijrah, Astro, NTV7 - semua memasang jaringan untuk siaran terus menerus. Semua media - dalam dan luar negara - dijemput datang. Ini termasuk laman portal anti-kerajaan saperti MalaysiaKini dan MalayisanInsight - yang biasanya dilarang. Puluhan ahli parti ketuanan Melayu sedang mencacakkan talipon bimbit untuk siaran FB terus menerus. Tegang. Tegang.
Jam 4 petang masih belum ada apa apa. Pada jam 4.30 Najib sampai. Tetiba arahan sampai. Media dilarang buat siaran langsung. MalaysiaKini dan MalaysdianInsight tak dibenar masuk. Tetiba semua berubah. Pucuk pimpinan United Malays National Organistion telah mula duduk. Zahid, Ku Nan, Sahahrizat, Saleh Kerouk - semua ada. Mereka bergaya dengan batik sutera. Hanya Najib memakai baju T merah dengan lambang parti
Jam 4.45 seorang Jantan memakai baju berwarna biru terhegeh hegeh muncul saorang diri. Jantan ini ialah Mat Taib bekas Menteri Besar Salangor. Dia berjalan menuju ke meja sidang akhbar. Najib TIDAK, saya ulangi sekali lagi …Najib tidak pun bangun dari kerusi untuk menyambut Mat Taib.
Ini bukan tohmah Hishamuddin Rais. Jika tidak percaya sila masuk ke YouTube dan lihat apa yang saya gambarkan ini.
Hakikatnya Najib kena kencing sekali lagi. Sidang media telah potong stim. Berita yang hendak diumumkan oleh Najib ialah Mat Taib telah rujuk kembali untuk menjadi ahli parti United Malays National Organisation.
Cisss… para pengamal media marah kerana mereka merasa ditipu. Para menteri yang membatalkan program mereka juga merasakan ini satu kerja bodoh.
Berita Najib dihina di Amerika padam untuk sementara. Lawak Najib nak pulihkan ekonomi Amerika terganggu sementara. Cita-cita Najib nak ‘songlap duit pencen KWSP’ tenggelam sabentar. Satu Malaysia heboh tentang berita Najib kena kencing oleh Mat Taib.
Untuk menyelamatkan dari kemaluan yang maha besar lalu dibocorkan cerita dongeng tentang adanya 8 orang YB dari Selangor yang akan ‘murtad’. Juga diberitakan bahawa satu kerajaan campuran baru akan diwujudkan di Selangor. Peranan penting akan dimainkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dihebohkan bahawa kerajaan campuran baru di Selangor ini terdiri dari Pas, Umno dan Khalid Ibrahim. Singkatnya kerajaan campuran PUKI. Apa terjadi? Kenapa Mat Taib seorang sahaja yang datang berjumpa Najib? Mana hilang para YB PAS? Dimana Khalid Ibrahim?
Pelbagai soalan timbul. Yang paling hendak diketahui ialah siapa sabenarnya Mat Taib a.k.a Mike Tyson ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)
SABAK BERNAM - Pas komited bekerja untuk mendapatkan sokongan pengundi, selain bersedia sepenuhnya jika terpaksa berdepan sama ada dua atau tiga penjuru sekali pun dalam PRU14.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, tidak adil mendakwa kononnya Pas gagal menarik sokongan bukan Melayu khususnya pengundi Cina sedangkan parti itu mempunyai hubungan baik dan akrab.
“Pilihan raya akan datang tentunya pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina perlukan satu kuasa di Selangor ini yang boleh memberikan kestabilan dan kesejahteraan terhadap kerajaan negeri.
APA ITU KERAJAAN ? Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk memerintah dan mengurus negara. Kerajaan di Selangor, Pulau Pinang & Kelantan adalah kerajaan yang sah di sisi undang-undang. Kerajaan di negeri-negeri juga adalah sah walaupun ada parti yang membeli ADUN negeri lain untuk menumbangkan kerajaan yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN ? Kakitangan kerajaan terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama serta penyokong pelbagai ideologi parti politik dan bukan sahaja UMNO, MIC,MCA tetapi PKR, DAP, Amanah, Bersatu mahupun PAS.
APAKAH KERAJAAN ITU BN-UMNO ? BN-UMNO hanyalah (gabungan) parti politik, BUKANNYA KERAJAAN.
Zuraidi JaharoSptutnya mcm tulah,yg keje krajaan nk undi sapa 2 trpulnglh pada diorg... ni tak undi dia,ada ke dia ungkit wktu blajrlh,wktu msuk u lh guna duit pinjmn kerajaan.... yg aku pelik,bleh plak kata duit tu diorg yg punya,bkn duit rakyat ke smua 2?
Darren FletcherSituasi A - Kalau BN dah menang, adakah dorang akan check siapa yg undi pembangkang? Situasi B, kalau BN kalah, adakah dorang masih mempunyai hak utk check? Sbb dorang kena keluar dari pejabat!
Ree ShaaKerajaan tu kesemua rakyat.dn raja sekelian, oleh kerana demokrasi pilihan pemerintah utk mntadbir negara dg cara mengundi, maka keluarlah mengundi, pilihlah sesiapa yg nk dipilih sebagai pemerintah, ingat sebagai pemerintah bkn sj perintah setakat dun...See More
Abu Bakar SulaimanItupun um no & be end nak berlagak dimana penjawat awam dilarang mengundi & ataupun menganggota parti Pakatan. Sedar le sikit gaji yang dibayar kepada penjawat awam bukan dari duit um no ataupun be end tapi dari rakyat berbilang bangsa, agama dan fahaman politik. Kalau muka tembok tu tetap muka tembok tapi kalau kena tembak dengan kereta kebal, hancur le jugak.