Rabu, 8 November 2017

NAJIB SAKIT JIWA







DALAM

MASA

5 TAHUN

JIKA NAJIB

YANG

SAKIT JIWA

TAK DINYAH

TANAH

MELAYU

AKAN 

TERGADAI

PADA

CHINA 

MERAH




------------------------

TAK AMBIL KESAH





POTONG

majoriti rakyat malaysia mmg duduk dlm zon selesa sebab tu malas nak lawan. tambah2 pulak sekarang ni datang generasi millennial yg self obsessed, lagi la tak ambik kesah dgn apa yg berlaku; masalah ekonomi, pemimpin rasuah dan dan dan. mcm blog kau ni pun sama jugak tt, 
AYAM

aku berani potong ayam, yg rajin lawat blog ni utk rela dihasut majoritinya dari kalangan umur 35-45 thn, rata2nya generasi reformasi. anak muda remaja semua dah mabuk dgn FB, IG dan lain2 social media hanya utk promote muka dan aktiviti harian. nak ajak turun berdemo? mmg haram la nak berpanas berhujan kena tembak air gatal fru bagai. phuiiii. on 
JIKA KITA SENYAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/8/17





---------------------

MARI KITA BANTU POLIS








KEPALA BAPAK

 AZEEZ

alaaaa.. tangkap judi haram .. ingat kan tangkap judi halal. klu judi halal, kepala bapak vincent tan, kepala bapak azeez rahim dan kepala bapak najib memang dah jadi tokey sotong. on 
MARI KITA BANTU POLIS
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 11/8/17





MARI

KITA

BANTU

POLIS

MARI KITA


KIRA

Polis KL tekad banteras judi haram dalam 30 hari

 | November 2, 2017
Ketua polis Kuala Lumpur yang baharu Mazlan Lazim berkata gerakan membersihkan ibu negara dari judi haram bermula semalam.







LAGI
HARI


---------------------

JAMAL - KETUA PEMUDA






TAHNIAH

INI SIFAT

TERPUJI

BAKAL 

KETUA PEMUDA


Jamal kesal, tarik kembali keterangan yang dihambur kepada Zuraida, kata peguam

Melalui proses mediasi hampir empat jam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyelesaikan kes saman fitnah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap pemimpin Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md. Yunos berhubung insiden pukul pada 13 November 2016

Zuraida dan Jamal mencapai kata sepakat menyelesaikan kes tersebut dengan cara baik melaui proses mediasi.



JAMAL

TEPAT

SEBAGAI

PENGGANTI

KHAIRY

YG SENYAP


----------------------

APA ITU SKIZOFRENIA



Gangguan Kejiwaan yang Paling Berbahaya

Berikut ini adalah beberapa jenis dari gangguan kejiwaan yang paling berpotensi membahayakan, melukai atau mengancam  jiwa si-pasien serta orang lain disekitarnya, kenalilah ciri-cirinya dan lakukan tindakan terapi yang tepat.

Skizofrenia

Definisi : Skizofrenia adalah gangguan psikologis/kejiwaan yang disebabkan oleh kelainan secara kimiawi pada otak,  yang pada akhirnya mengganggu fungsi sistemik dan impuls syaraf otak.  kondisi ini mengakibatkan kegagalan fungsi otak dalam mengolah informasi dari dan ke panca indera,  sehingga timbul  proyeksi yang tidak seharusnya.

Ciri-ciri umum penderita skizofrenia :

Munculnya halusinasi baik secara visual, pendengaran atau proyeksi ingatan masa lalu, dll
Tingkah laku abnormal & berdasarkan insting.

Delusi adalah keyakinan bahwa seseorang seolah-olah mengalami sesuatu ( alam khayal)

Komunikasi kacau, suka menyendiri dan tidak dapat dikontrol.

Data dan Fakta : berdasarkan riset medis hampir 10 % penderita skizofrenia melakukan bunuh diri atau penderita melakukan tindakan kekerasan kepada orang lain disekitarnya.

banyak hal yang dapat menyebabkan pasien melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri  untuk itu perlu dukungan penuh, kasih sayang, serta perhatian dari keluarga dan perlunya ada pendamping (caregiver) bagi ODS.


--------------------

TUNGGU DIPINTU








DIPINTU

KALAU MINAH

INI  TUNGGU

DI TEPI KATIL

ADAKAH

TUAN AKAN 

SAKIT JIWA?










BAGAIMANA

JIKA BADAK

INI MENUNGGU

DI TEPI KATIL

ADAKAH TUAN

AKAN 

SAKIT JIWA?





------------------------

MUKA KARIPAP






 MUKA KARIPAP

Kesan sikologi dari hari hari mengadap muka karipap ni.... 1..berjalan kepit 
2.minat gincu 
3.unsecure 
4.gila..bercakap sorang2 terutama di pentas atau parlimen 
5.suka selingkuh. bekas suruh member settle Dan yang paling kronik.... 
Dia akan sevut KEPALA BAPAK KAU di telibisin..... Kakakakakakakakakakaakakak on SILA RENUNGKAN
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 11/8/17




--------------------

KEPALA BAPAK KAU





KEPALA BAPAK KAU

Pada tahun AD 64 Kota Rom terbakar  selama 6 hari. Hampir 70% kota ini hangus dimakan api. Satengah dari warga kota hilang rumah tangga - tinggal sehelai sepinggang. Emperor pada masa  itu bernama Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus. Ketika api liar membakar Sang Emperor ini bermain musik dan ketawa berdedah-dekah - enjoy de menjoy.

Sejarah hari ini merakamkan Nero sebagai  Emperor paling dibenci dalam sejarah Rom kuno. Nero seorang pemboros, menghabiskana dana negara dan gagal mentadbir. Emperor Nero amat gila dengan projek mega hinggakan banyak wilayah kerajaan Rom jatuh muflis. 

Dalam masa yang sama Si Nero  amat zalim terhadap rakyat biasa. Penganut agama Kristian ditangkap, diseksa dan dibunuh.

Bila Rom terbakar dan Nero memetik kecapi sambil berpesta. Ini  adalah tanda-tanda  sakit jiwa. Ianya juga adalah tanda-tanda keruntuhan  Empire Rom yang sedang dikepong oleh kumpulan yang dipanggil  - Barbarian - manusia tanpa tamadun.

Surah Nero dan Kota Rom ini mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Kerana terlalu kuno. Maka biar saya buka kesah yang agak baru. Ianya bermula pada tahun  17 Jun 1972 dan berakhir pada bulan 9 Ogos 1974. 

Ini kesah Presiden ke 37 Amerika bernama Richard Milhouse Nixon. Presiden Amerika  dari Parti Republikan ini dalam usaha untuk menang kali kedua telah menceroboh masuk ke pejabat parti Demokrat dalam bangunan Watergate. 

Menceroboh masuk pada  malam hari bertujuan untuk mencari maklumat  tentang stratiji musuh politik dalam pertandingan merebut kerusi Presiden. 

Pada awalnya Si Nixon secara gila babi  telah menafikan 5 orang penceroboh itu adalah orang upahan dari Parti Republikan.

Penafian ini menjadi mandul. Semuanya terbongkar melalui kerja rapi dan siasatan dua wartawan dari harian Washington Post . Carl Bernstein dan Bob Woodward dua  wartawan ini telah membongkar segala kerenah dan tipu daya Presiden Nixon.

Walau pun telah jelas terbonggeng Si Nixon ini masih menafikan yang dirinya terlibat.

Presiden Nixon dikepong oleh Washington Post dan media arus perdana Amerika. Setiap laporan Washington Post akan dipetik pula oleh  The Walls Street Journal, The New York Times. Newsweek dan akhirnya  skandal Watergate ini menjadi berita dunia.

Secara bebal lagi keras kepala  - dihadapan  rakyat Amerika Si Nixon telah berceramah untuk  menafikan yang dirinya terlibat.

Manakala  wartawan Woodward dan Bernstein terus mendapat maklumat dalaman. Ada sosok  dari Rumah Puteh yang  ‘pecah lubang’. Sosok ini hanya dikenali sebagai  “Deep Throat’. Siapa sosok ini sejarah masih mencarinya.

Hari ini apabila semua pita rakaman perbualan dalam Rumah Puteh dibuka dari arkib maka  dunia mengetahui   sejarah Watergate dengan lebih jelas.

Pada bulan bulan akhir  sebelum meletakakn jawatan  Si Nixon ini telah mula menjadi sewel.  Nixon memaki hamun gerila Vietcong.  Gerila Vietcong yang sedang memerangi soldadu Amerika mendapat carutan dari Nixon. Malah Henry Kessinger Setiausaha Negara   juga dicarut oleh Nixon.  

Tidak ada pil yang dapat mententeramkan jiwa Nixon yang telah menjadi satengah gila. Kepongan dan tekanan dari media , dari Dewan Kongres dan dari Parti Demokrat telah memaksa  Nixon meletak jawatan. 

Kenapa saya menulis tentang Emperor Nero dan Presiden Nixon. Apa sangkut paut  dengan Malaysia. Apa hubungan Nero dan Nixon  dengan harga Ikan Kembong dari pasar Tanjung Karang? 

Sabar dulu. Semua ini kait berkait. Ikat berikat. Kesah Nero dan Nixon ini sedang berulang dihadapan mata kita. Kali ini  bukan di Rom atau di Washington DC. Kali ini di Kuala Lumpur. Nero dan Nixon telah menjadi Najib. 

Nixon gila babi menafikan yang dirinya terlibat dalam pencerobohan Watergate. 

Si Najib secara gila babi juga menafikan yang dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Secara gila babi Najib menafikan yang dia kenal Altantuya. Dari Akuan Bersumpah PI Bala telah ditulis bukan sahaja Altantuya ini penyedap Najib malah Najib telah ‘berdoggie’ dengan  Altantuya.

Kes gila babi yang paling gila babi dimana  Najib menafikan yang dirinya terlibat ialah kes duit 1MDB dicuri. Najib anak beranak  bersama Jantan China bernama Jho Low telah mencuri berbilion dolar duit 1MDB.  Ini bukan cerita rekaan yang gila babi. Ini berasaskan apa yang di tulis oleh Jabatan Keadilan Amerika (DOJ).
Emperor Nero menari, berpesta ketika kota Rom terbakar. Nero terbahak-bahak ketawa apabila melihat warga Rom kehilangan rumah tangga. Ini tidak jauh dari apa yang berlaku kepada Nixon.  Nixon jadi sewel kerana dikepong oleh media Amerika. Nixon mula menyumpah seranah  dan mencarut marut dalam bilik pejabat. 

Kini Najib sedang  melakukan pekara yang sama. Bezanya Nixon hanya menyumpah seranah dan mencarut  dihadapan pembantu dalam Rumah Puteh. 

Tapi Pahlawan Bugis  Mappadulung Daeng Matimung Karaeng Sanrobone  memaki hamun dihadapan khyalak ramai. Sakit. Si Najib ini sedang sakit jiwa.

Pada Ahad 5 November 2017 - parti Malaysian Chinese Association telah  mengadakan kongres tahunan. Parti ini mewakili kepentingan  Cukong di Malaysia. Najib sebagai Pengerusi Barisan Nasional telah dijemput untuk berucap.

Dalam ucapan dihadapan para Cukong dan penyokong Cukong Si Najib ini telah menghambur perkataan - B-O-D-O-H  sebanyak 6 kali. Tidak cukup dengan  ini Si Najib ini telah menjerit  - KEPALA BAPAK KAU. 

Ini sakit. Najib tengah sakit. Najib sakit jiwa sama saperti  Nero. Sama saperti Nixon sakit jiwa pada bulan Jun  dan Julai 1974. 

Isi ucapan Najib kepada para Cukong  ialah untuk mepertahankan dirinya dari dituduh sebagai menjual Tanah Melayu kepada China Merah. Bayangkan betapa ironis dan tak masuk akal isi ucapan Najib ini. 

Najib  berucap dihadapan Cukong i.e China.  Para Cukong ini amat gumbira bila mendengar yang Najib akan membuka seluar sambil menonggeng untuk menyambut kedatangan pelaburan dari China Merah.

Para Cukong tahu dan yakin bahawa mereka juga boleh sama berkenduri kendara bersama China Merah.

Najib menjeritkan - Kepala Ayah Kau -  ini ditujukan kepada para nasionalis Melayu yang sedang berusaha untuk menyelamatkan Tanah Melayu dari digadaikan oleh Najib kepada China Merah.

Hakikatnya ucapan  Najib itu ialah  mebodek para Cukong MCA dan memperlekahkan dan meng -Kepala Bapak Kau -kan  garis nasionalis Melayu.  Ucapan Najib dihadapan Cukong ini pastilah mendapat tepukan gemuruh. Amin.

Hubaya. Hubaya. Emperor Nero juga mendapat tepukan gemuruh dari dayang,  darai, sida dan pengawal Istana. Malah Nixon ketika mengutuk dan mencarutkan Gerakan Pembebasan Rakyat Vietnam - (Vietnamese National Liberation Front ) juga mendapat tepukan dan sokong dari pegawai dan ahli kabinet Rumah Puteh.

Disini saya  meminta para pembaca lupakan sementara isi ucapan Najib yang menghina garis nasionalis Melayu di hadapan  perhimpunan  parti China.  Pada hemat saya ada  pekara yang lebih penting untuk kita sama-sama fahami.

Untuk saya Kepala Bapak Kau itu hanyalah manifestasi. Ini adalah tanda bahawa Najib sedang diserang oleh  sakit jiwa yang maha sangat. Amat jelas bahawa kempen para nasionalis yang menentang kemasukkan China Merah ke Tanah Melayu  ini sedang merebak. Najib sedar hal ini. Najib merasa takut. Najib merasa tergugat.

Suasana hari ini menjadikan Najib sakit jiwa. Ucapan dalam Kongress MCA itu ialah ucapan Orang Sakit Jiwa.

Pada Jun dan Julai Ogos 1974 - Nixon merasa dirinya amat tergugat. Harian Washington Post, The New York Times terus menerus membuka kesah bagaimana Nixon secara gila babi terus menafikan yang dirinya terlibat dalam penceroboha Watergate.

Setaip kali Nixon menafikan - ada muncul  berita baru yang menyangkal Nixon. Setiap kali Najib menafikan  dia terlibat dlam 1MDB - ada sahaja pegawai Bank di Singapura ditangkap. Setiap kali Najib menafikan dia terlibat  ada sahaja berita  dari New York Times yang membuktikan Najib terlibat mencuri duit 1MDB.

Semua ini menimbulkan sakit jiwa.

Ketika melawat Presiden Trump baru-baru ini Najib terpaksa menyorokan diri dari media Amerika. Untuk selamat Najib membawa RTM dan Utusan untuk membuat liputan.  Sidang akhbar Najib  di Washington DC dihadari hanya oleh wartwan dari Malaysia.

Malah, Najib tidak berani singgah  ke Persidangan Bangsa Bangsa Besatu - Najib takut diserbu oleh media.

Pulang ke Malaysia - dalam Parlimen Dr Wan Azizah bertanya kenapa Najib membayar sewa  hotel sendiri. Bukankah ini jemputan  resmi. Pasti ada tempat menginap resmi.  Soalan saperti ini membuatkan Najib  sakit jiwa.

Semenjak tahun 2015 - The New York Times telah membocorkan  berita kehilangan duit 1MDB. Berita ini disambut oleh , Washington Post, The Guardian London,Financial Times, South China Morning Post, Malaysian Insider, MalaysianInsight, MalaysiaKini - semua bentuk media telah menimbul kes Najib mencuri duit 1MDB.

Pada 20 Julai 2016 - Peguam Negara Amerika Puan  Loretta Lynch membuat kenyataan  resmi berkenaan 1MDB.  Ini hanya permulaan kes sivil. Pihak berwajib Amerika mahu membeku dan merampas harta yang dibeli melalui  duit curi 1MDB. 

Pada tahun  2017 ini kes  1MDB  telah berubah - dari kes sivil telah menjadi kes jenayah . Najib sedar hal ini walau pun secara gila babi dia buat buat tak faham dan tidak tahu.

Pada tahun 2017 - muncul pula Mahathir Muhamad yang menyuara pekara yang sama. Hasilnya - Najib makin sakit jiwa.

Justeru apa yang kita lihat dalam Kongress MCA Ahad lalu ialah Najib yang sedang diserang  sakit jiwa. Keadan mental Najib kini sedang menimbulkan persoalan.

Nixon yang makin sewel dan sasau menjadikan dunia dalam bahaya. Ini kerana butang bom nuklear sentiasa berada disebelah Presiden Nixon. Akhirnya - dengan lembah lembut para pembodek Nixon saperti Henry Kessinger  telah menasehatkan Nixon  meletakan jawatan.

Emperor Nero agak berlainan caranya. Dia Emperor - dia Raja maka para penasehat tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan Rom. Lalu Nero diracun untuk dimatikan.

Nero dikepong oleh  Barbarian. Nixon dikepong oleh media Amerika akhiranya letak jawatan.

Najib lagi perit. Najib dikepong oleh media dunia, oleh DOJ, oleh Pakatan Harapan. Dan paling menakutkan Najib dikepong oleh bekas Presiden United Malays National Organisation sendiri.  Mahathir Muhamad menjadikan sakt jiwa Najib bertambah tenat.

Sakit jiwa Najib ini akan membawa malapetakan kepada anak semua bangsa. Bagaimana akhirnya? Tunggu minggu hadapan. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------------

PEROGOL AMAH




SUARA

PEROGOL

AMAH

Rais cadang gubal Akta Perdana Menteri atau pinda Akta Pencen Tunku Abdul Rahman 


PENASIHAT Sosiobudaya Kerajaan Rais Yatim mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Perdana Menteri atau meminda Akta Pencen Tunku Abdul Rahman 1971 yang pernah digunakan sebelum ini dengan meletakkan semua perdana menteri negara di bawah akta berkenaan.

Beliau berkata pada pandangannya akta berkenaan mampu memelihara institusi perdana menteri negara selain mengelak isu politik, menentukan hak untuk bersuara dan perkara-perkara lain yang kurang berfaedah kepada negara.

"Akta berkenaan dapat memberi penghormatan dan penilaian yang setimpal kepada seseorang yang pernah memegang jawatan sebagai perdana menteri.



ROGOL

JANGAN

TAK ROGOL




--------------------

KEPALA BAPAK KAU






TANDA

TANDA

‘Kepala bapak kau’ tak patut keluar dari mulut PM, kata Muhyiddin


Najib sudah tidak dapat lagi mengawal perasaan disebabkan “situasi dan keadaannya” sehingga mengeluarkan ungkapan kesat “kepala bapak kau”, kata bekas timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata, ucapan Najib itu “amat memalukan” dan “celupar” keluar dari mulut seorang perdana menteri.
“Mungkin kerana situasi dan keadaan yang beliau hadapi tidak lagi dapat dia mengawal perasaan.
"Iya, mungkin ada perbezaan politik tapi janganlah sampai menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang,” kata ahli Parlimen Pagoh itu dalam rakaman video yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya.

Muhyiddin mengulas ucapan Najib semalam yang menggunakan perkataan “kepala bapak kau” sebagai menjawab kritikan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Dalam ucapannya itu, Najib mengulas hasrat Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir yang mahu mengkaji semula semua perjanjian projek antara Malaysia dan China, sekiranya menang pilihan raya umum akan datang nanti.

"Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik," katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Menurut Najib, perjanjian kerjasama serta hubungan ekonomi Malaysia dengan China bukan bermakna kedaulatan negara tergadai.

Menurut Muhyiddin, kenyataan Najib itu pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya apabila perdana menteri menyentuh tentang Dr Mahathir.

“Soal yang berbangkit rakyat tanya di mana harga diri? Di mana jati diri? Lebih-lebih lagi bila dia menyebut perkataan yang pada saya cukup kesat, maki hamun.

“Ini sesuatu yang biadaplah. Cukup teruk. Jadi amat memalukan seluruh rakyat Malaysia. 

“Tapi kalau kita fikir balik, apa yang boleh kita harapkan lagi daripada  Najib ni,” katanya. – 6 November, 2017.




SUDAH

SAMPAI




----------------------

YANG MANA SATU





MANA PERUT

MANA TETEK
najib kalau gagau tetek dia pun mesti dah tak jumpa. ntah2 perut dan tetek pun dah tak tau mana satu. sebab tu najib jiwa kacau sebab impikan yg giur miur. nasib kau la najib.. padan muka! on SILA CARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/8/17




------------------

SAKIT JIWA YANG MEMBIMBANGKAN






Membimbangkan, sakit jiwa kedua tertinggi di Malaysia, kata pakar

KANGAR, 1 Julai — Penyakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020, kata ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di sini, Dr Ruzita Jamaluddin.
Beliau berkata laporan statistik mengenai penyakit itu sangat membimbangkan yang pada tahun 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.


Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/membimbangkan-sakit-jiwa-kedua-tertinggi-di-malaysia-kata-pakar#9RIrHHkbUrbKpUyv.99




-----

SAKIT JIWA





 SAKIT JIWA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sakit jiwa ditakrifkan di dalam Kamus Dewan Edisi Empat sebagai:

 (a) sakit mental; 

(b) (bahasa percakapan) tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yang menekan jiwa.

[1] Dalam kamus yang sama, sakit mental ditakrifkan sebagai: tidak siuman fikirannya, sakit otak, gila.[2]





-------------------