Rabu, 15 November 2017

LU MASIH TAK CAYA?








Kontrak MRT Laluan 3 untuk syarikat China?

 | November 15, 2017
Penganalisis berkata syarat pembinaan projek MRT Laluan 3 menyukarkan penyertaan pemain tempatan dan mungkin menyaksikan pembida asing menjadi kontraktor utama.






GUA

UDAH

BILANG

LU MASIH

TAK CAYA?

---------------------

ADIK KAKAK JANGAN RISAU








ADIK

KAKAK

JANGAN 

RISAU




Harga RON95 naik 7 sen, RON97 naik 6 sen, diesel naik 5 sen

 | November 15, 2017
Berikut harga minyak seluruh negara bermula malam ini.






SEBULAN

SEBELUM

PRU14

HARGA

MINYAK AKAN

TURUN

BUKAN TIAP 

MINGGU

TIAP TIAP

HARI

KAH KAH




-------------------

TOK PERAIH SAMAN MENYAMAN








BERITA

BAIK

Zamihan fitnah Bilal Philips, disaman RM1 juta


SEORANG pendakwah Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips memfailkan saman ganti rugi lebih RM1 juta terhadap pendakwah kontroversi, Zamihan Mat Zin kerana memfitnah.

Zamihan didakwa membuat kenyataan fitnah kononnya Bilal Philips menyokong kumpulan pengganas antarabangsa melalui satu tulisan di Facebook setahun lalu.


TOK PERAIAH

MULA SAMAN

MENYAMAN

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KAH KAH KAH


-------------

SLIM BERGETAH







 TETRUS TERKAM
Fuhh.. Mmg lawa la altantuya tuh..patutla mo1 tergila2..kalah jenajin..agak dlm bilik terus terkam mcm rimau.. Xsempat drama mcm drama german al tontowi. Kahkahkah on 
SITI AMINAH
Anonymous
on 11/15/17




 ENTOT BAIK

Sapo kato Altantuya tu bukan bini orang.. borapo ekor dah sontot dio .. dalam porut dio sapo punyo anak ..kahkahkah. on 
SITI AMINAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/15/17




-------------------

PISTON ROSAK




 PISTON ROSAK
kah kah kah berita tak sahih 100%, najibun al rasuahi dikatakan seringkali kencing dlm seluar....adakah kerana dia sudah gila aka sewel atau pistonnya sudah rosak lagi kerana gila aka sewel kerana setiap malam beradu dgn mak badak yg gila berangan seslim zena zen. on 
SEKALI LAGI - KEPALA BAPAK KAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/15/17






----------------

ENTOT TERBAIK










 ENTOT TERBAIK
Seni entot ni adalah seni yg paling unik. Orang kata entot paling nikmat ada lah ngentot saekor anak dara.. botul ko. Pada aku ngentot bini orang paling nikmat.. tak percayo kau cubo.. atau tanyo face tu face dongan boss SPRM tu. Satu macam punyo nikmat ..raso mcm pintu langit torbuko sobab enselnyo pocah. 
on KEMUT BAIK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/14/17




-------------------

INI TANDA SAKIT MENTAL






 INI TANDA
Ini yahudi zionis yang buat tesis untuk melagakan antara kaum mental dan pihak berpengaruh atau berkepentingan. Bila kaum mental bertambah ramai, pihak yang lagi satu akan mula terhakis pengaruh atau kepentingan mereka lalu lebih memudahkan untuk diterobos oleh yahudi.



SAKIT MENTAL

Maka definisi mental itu makin diperluas supaya lebih ramai diklasifikasi mental lebih lagi individu yang memegang kuasa atau tanggungjawab memimpin, seperti kak ros. 
on APA DIA SAKT JIWA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/14/17






------------------

PUSAT MAKSIAT?









UIA

PUSAT

MAKSIAT?



Persatuan mahasiswa UIAM gesa kajian menyeluruh elak banjir kilat berulang

Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM menggesa pihak berwajib agar membuat kajian menyeluruh bagi menangani masalah banjir kilat yang sering melanda kampus UIAM Gombak, yang terkini pada petang Jumaat lalu.
“Kejadian banjir kilat dikatakan berlaku disebabkan hujan lebat yang melanda sekitar kawasan Gombak. Menurut laporan, beberapa kawasan turun dinaiki air termasuklah kawasan masjid UIA.

BANJIR

MENGIKUT

ULAMA PAS

INI BALA

DARI ALLAH

ATAU

KATA ZAHID

INI TANDA

PAKATAN AKAN

AMBIL ALIH UIA

KAH KAH KAH



--------------

SEKALI LAGI - KEPALA BAPAK KAU








SEKALI  LAGI - KEPALA BAPAK KAU

Najib terus dikepong. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir. Suara menuntut Najib dinyahkan semakin nyaring. Gerakan nyah Najib  semakin merebak. Gerakan ini sedang berjalan didalam negara dan juga diluar negara. 
Sentimen nyah Najib ini telah berjaya menjalar masuk ke lubang telinga ahli parti United Malays National Organisation. Ini  jelas sedang berlaku.

Secara senyap-senyap ahli parti  telah mula ‘ berbisik-bisik’ sesama sendiri. Sohseh sohseh tung tang tung tang telah mula kedengaran. Najib ini dikatakan lebih banyak membawa bala dari membawa laba. Najib ini  akan menjadi beban penolak undi dalam PRU14 nanti.

Bukan sahaja undi bukan Melayu yang menolak Najib. Kes Najib yang bertapok-tapok ini telah juga menghakiskan banyak undi Melayu. Ini dibuktikan dengan  tertubuhnya Parti Bersatu. 

Kalau Parti Keadilan Nasional wujud pada tahun 1999 bermula dengan bencikan Mahathir kerana membuang Anwar. Parti Besatu pula lahir pada tahun 2017 kerana bencikan Najib yang mencuri duit. 

Ahli-ahli parti United Malays National Organisation  dalam gelak hilai berseloroh  tentang betapa beratnya memikul beban Rosmah dimata pengundi. Kini ditambah pula dengan beban memikul  seorang pencuri. 
Tetiba sebuah  laman pro Parti Ketuanan Melayu  telah  menulis berita dalam Bahasa Inggeris - Kepala Bapak Building Gateway Home On Koh Samui Island.  Apakah makna tulisan  - Kepala Bapak Membuat Rumah Untuk Lari di Pulau Koh Samui? Apakah Kepala Bapak telah bersedia hendak lari. Kenapa lari ke Siam tidak ke Shanghai?

Sayangnya  berita ini belum sempat dipungut oleh Malaysian Insider atau MalaysiaKini telah  menjadi 404 - hilang lesap. Bila dicari tajuk berita ini Lebai Google akan menjawab - Sorry the page you were looking for  in this blog does not exist. Khalas. Apakah dedak telah bertukar tangan walah hu alam. 

Sesiapa pun yang diserang bertalu-talu saperti ini akan berjiwa kacau. Jiwa kacau akan melahirkan sakit jiwa. Sakit jiwa ini telah dimanifestasikan dengan jeritan - Kepala Bapak Kau.

Sebenarnya sesiapa pun boleh menjeritkan - Kepala Bapak Kau. Malah jeritan ini bukan satu yang baru atau satu yang unik. Ianya juga bukan jeritan sakral. Tetapi apabila Najib menjeritkan Kepala Bapak Kau ianya membawa makna lain.

Malah tempat Si Najib menjeritkan Kepala Bapak Kau ini juga wajib difahami dan diteliti.

Hakikatnya  Kepala Bapak Kau ini adalah jeritan orang sakit jiwa. Ini tanda-tanda sakit jiwa yang maha sangat. Jika  seseorang tidak sakit jiwa - dia  tidak  akan menjerit. Sosok yang dilamun kebahagian  akan terseyum lebar hingga ke telinga.

Saya tidak perlu mengulangi kembali kenyatan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) atau kenyataan Peguam Negara Switzerland.  Atau berkesah tentang kes Scorpene Najib yang telah bermula di mahkamah Paris. Atau kes jenayah 1MDB di mahkamah Los Angles. Atau kes tertangkap, tertuduh dan terpenjara beberapa orang pegawai bank di Singapura. Semua ini telah beberapa kali kali saya tulis.

Semua ini pasti menyesakkan nafas Najib. Semua ini pasti menjadikan jiwa kacau. Dalam keadaan sademikian saya yang tidak berijazah dalam bidang kedoktoran tidak dapat membantu apa-apa. 

Kalau kena migraine saya tahu jawabnya ialah Panadol. Kalau diserang sakit jiwa saya hanya mendengar khabar bahawa  Prozac boleh membantu. Berapa botol Prozac wajib ditelan hanya Guru Nanak  sahaja yang maha mengetahui. 

Kemudian muncul lagi babak terkini. Babak ini amat amat menarik. Ini babak baru. Bukan babak akhir atau babak penutup. Maksud saya ini babak Najib melawat Vietnam untuk Persidangan APEC yang baru berlangsung pada 10-11 November 2017.

Apa yang menarik media dunia ialah kehadiran Presiden Trump di Vietnam. Presiden Trump yang sedang dipertikaikan kewarasannya terus menjadi sasaran untuk digudam oleh media.

Dalam Parlimen apabila Najib ditanya tentang ‘ kejayaan lawatan’ ke Rumah Puteh.  Si Najib dengan bangganya mengatakan bahawa ketika melawat Rumah Puteh, dia telah  bermain golf dengn Trump. 

Ini betul-betul labon Mat Temberang. Sebenarnya Najib main golf  dengan Trump sebelum Trump menjadi Presiden. Ketika itu Trump akan main golf dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Lokman Adam jika Lokman Adam boleh membawa peluang perniagaan.

Kerana itu TIDAK ada gambar Najib main Golf dengan Trump ditularkan. Jika ada  pasti  gambar resmi akan dikeluarkan oleh Rumah Puteh. 

Di Amerika ketika ini jika Trump terkentut pun pasti akan jadi berita. Bayangkan jika Trump  main Golf dengan Najib - satu padang golf itu akan dipenuhi oleh media Amerika. Van  Stesen TV, Media Helikopter dan drone pasti sibuk cuba membuat ‘breaking news’.  Ini berita paling ‘hot’ di Amerika - Presiden Amerika bermain golf dengan Pencuri.  

Najib melebong. Melebong, berbohong dan membuat temberang adalah juga ciri dan pola-pola  serangan sakit jiwa. 

Pada Jumaat 10 November sebelum PersidangAn Apec bermula harian The Guardian London telah membuat berita mengenai lawatan Trump ke Asia. Tajuk : Trump’s tricky talks: Five world leaders meeting to watch at Apec summit.

Salah seorang dari lima pemimpin itu  ialah Najib. Dalam kes Najib media dunia  telah diberi ingatan untuk memerhati bagaimana Trump akan cuba mengelak dari dilihat terlalu ramah dengan Najib. 

Media dunia telah diberi tahu lebih awal tentang bagaimana Najib akan cuba  ‘masuk frame’  untuk dilihat  mesra dengan Trump. Najib akan cuba masuk frame dengan tujuan agar media dunia memelihat bahawa kes curi duit  1MDB  tidak menggangu hubungan dirinya dengan Trump.

Pada hemat saya, laporan  The Guardian ini adalah bukti  ajenda nyah Najib dari luar negara. Jika tidak yakin apa yang saya tulis ini sila rujuk kepada The Guardian London. Saya bukan penjaja  tohmah atau fitnah. 

Saya menimbulkan berita dari The Guardian ini  kerana ada satu klip dari TV Vietnam telah menular. Ini gambar jamuan makan malam diakhir persidangan APEC. Tetamu negara semuanya telah  siap siaga duduk bersembang.  Tetiba masuk  dua maloan terkedek-kedek. Siapakah lagi kalau tidak Rosmah dan Najib yang datang lambat.

Presiden Jokowi, Putin dan Xi Jin Ping sedang bersembang.  Najib melintasi sebelah belakang Trump hampir tersentuh tangan Sang Presiden. Tapi sayangnya Si Trump ini TIDAK AMBIL POT - Tidak menoleh malah saperi biasa Trump berpelok tubuh. Ini betul-betul bahasa badan yang kurang hajar.

Satelah melihat klip ini saya terfikir betulkah   Si Trump ini kaki golf Najib. Jika rakan golf sekurang-kurang berilah senyuman. Si Trump langsung tidak peduli. 

Saya agak Si Trump tidak berani dilihat  mesra dengan Najib  kerana takut ditibai  oleh media Amerika. Tetapi berilah senyuman kepada Si Rosmah yang memakai baju merah renda-renda dengan disalut oleh anting-anting intan belian.

Atau mungkin Trump tidak suka melihat sosok pendek dan gemok. Ini kerana sesudah jamuan makan malam ini  berlangsung BBC London telah melaporkan tweet Trump  yang telah mengutuk  sosok ‘ short and fat’. 

Kurang hajar betul Presiden Trump ini. Mentang-mentang isterinya Melania cantik, langsing dan bergetah - sampai hati dia mengutuk suami..oppss maaf ….isteri Najib yang ‘short and fat’. 

Apakah Trump bengang marah kerana Najib dan Rosmah lewat sampai ke majlis.  Atau ini ditujukan kepada Kim Jong-un? Apa yang saheh laporan BBC ini telah dinafikan oleh si Trump.

Jeritan sakit jiwa - Kepala Bapak Kau ini telah juga meledak dalam Parlimen pada minggu lalu. Semuanya macam  telah dirancang. Macam wujud satu konspirasi.

Pada minggu lalu dalam Parlimen Menteri Kesehatan Dr. S. Subramaniam telah memberi laporan  kesehatan negara. Menteri ini bukan memberi laporan demam dengi, atau laporan kepilau, atau penyakit barah. Tidak. Tidak. Tidak.

Menteri Kesehatan Malaysia Dr. S. Subramaniam telah memberi laporan  statistik pesakit jiwa dalam Malaysia. Menurut laporan Menteri ini 29.2 peratus penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun keatas ada  mengalami  sakit jiwa. Peratus ini telah ditemui melalui  Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015.

Ini juga bukan fitnah Hishamuddin Rais. Jika tidak yakin sila rujuk kepada Hansard Parlimen November 2017.

Kenyataan Menteri Kesehatan ini telah disambut oleh YB Zuraidah dari Parlimen Ampang  yang memperakui data ini. Malah  mengikut YB Ampang ini statistik ini pasti bertambah. Tanda terkini tentang serangan sakit jiwa ini ialah jeritan Kepala Bapak Kau. Para Yb dalam Parlimen terbarai ketawa. Kesehan   pada Najib dan Penasehatnya - dua-dua poteng Parlimen. 

Sila ambil perhatian Menteri Kesehatan ini bukan Pro Pakatan Harapan. Menteri ini dari parti Malaysian Indian Congress. Justeru persoalan sakit jiwa minggu lalu bukan dirancang oleh Pakatan Harapan. 

Mungkin persoalan Sakit Jiwa dalam Parlimen minggu lalu  telah dirancang secara sulit oleh Pegawai Kerajaan atau ‘orang dalam’  yang ternampak peluang untuk menambahkan lagi sakit jiwa kepada Najib. Walha hu allam bisawab.

Apa yang jelas data dari Parlimen ini membuktikan bahawa sakit jiwa ini bukan satu yang asing di Malaysia.  Kes Najib menjeritkan - Kepala Bakap Kau ini- bukan satu yang ganjil.

Jika  Mat Felda atau Minah Kilang yang menjeritkan - Kepala Ayah kau - kita boleh tersenyum atau ambil sikap  tidak  peduli. Tetapi apabila Najib menjerit - Kepala Bapak  Kau - ini bermakna kita dalam bahaya.  

Bahaya apa? Tunggu minggu depan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


----------------------

GUA KE MAHKAMAH LAGI








GUA HEBAT

GUA COOL

GUA DAPAT

JUMPA BAKAL

KETUA PEMUDA

MIMPI  GUA

UDAH JADI

Ketua polis negara berjaya batal sepina Jamal

MAHKAMAH Tinggi hari ini membenarkan permohonan Ketua Polis Negara (KPN), Mohamad Fuzi Harun untuk membatalkan sepina yang dikemukakan Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos dalam satu kes saman.

Jamal juga akan memanggil aktivis pembangkang, Hishamuddin Md Rais dan mengemukakan sepina terhadap peguam Hasan Karim, yang pernah menjadi aktivis pelajar pada 1970-an iaitu Ketua Kelab Sosialis Universiti Malaya (UM).

WOW !

LU HANYA

NEGOK GAMBAR

KINI GUA

DAPAT JUMPA

TAPI  SAYANG

GUA TAK DAPAT

SELFIE LAAA

KAMERA GUA

NOKIA LAMA

KAH KAH KAH

-------------------

MENYALAK LAGI







ROTTWEILER

MENYALAK LAGI

 SALAK

JANGAN TAK

SALAK

‘Kita nak tahu dari mana sumber kekayaan itu’

KUALA LUMPUR - "Jangan 'double standard'. Kita pun nak tahu dari mana datangnya kekayaan ini," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel akhbar mengenai gaya hidup anak perempuan Timbalan Presiden Bersatu,  Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna.

"Saya dah tanya Dr Mahathir banyak kali dah bagaimana anak-anak dia boleh kaya. Kalau dah jadi 'public figure' maka orang berhak untuk tahulah dari mana datangnya kekayaan itu.



 BETUL BETUL

ENTAH ENTAH

BUDAK NI

ADA 600 

LESEN TEKSI


------------

DARI AUSTRALIA PULAK






GUA UDAH

BILANG

ADA DALANG

DARI LUAR

BIKIN

NAJIB

SAKIT JIWA

Pegawai Bank ANZ tahu RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib


TIGA pegawai kanan Bank ANZ dimaklumkan mengenai pemindahan sejumlah besar wang ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak di AmBank  , menurut laporan berita Special Broadcasting Service (SBS) Australia, semalam.

SBS News berkata tiga pegawai ANZ itu sebahagian daripada lembaga pengarah AmBank dan mereka diberi taklimat ringkas berkenaan transaksi besar itu yang dibuat beberapa kali antara September dan November 2014.

Laporan berkenaan berkata ketua pegawai eksekutif AmBank pada ketika itu, Ashok Ramamurthy, yang juga bekas pegawai ANZ yang dipinjamkan kepada AmBank, diarahkan melaporkan mengenai pindahan wang dalam jumlah besar itu pada Bank Negara Malaysia (BNM).

Stesen penyiaran itu berkata ia ada menghubungi BNM untuk bertanya bila mereka dimaklumkan mengenai pemindahan itu.

Wall Street Journal (WSJ) pada 2015 mendedahkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion pada masa itu) didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank antara Januari 2011 dan April 2013.

WSJ turut mendakwa wang itu daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd menerusi sistem pergerakan wang membabitkan akaun pesisiran pantai di Kepulauan Cayman, Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata wang itu daripada keluarga diraja di Arab Saudi bertujuan untuk mempromosikan Islam moderat dan memerangi keganasan.

Menurut laporan SBS, perbankan gergasi Australia itu mempunyai tiga pegawai dalam lembaga pengarah AmBank kerana ia pemegang saham terbesar dengan 24%, yang dibeli pada 2006.

“Pegangan 24% ANZ dalam AmBank, yang dibeli pada 2006 memberikan ia hak untuk melantik pemegang jawatan penting dalam pengurusan di AmBank dan layak memegang sehingga empat tempat dalam 12 anggota lembaga pengarah AmBank.”

SBS melaporkan, ketua eksekutif ANZ, Shayne Elliott memberitahu inkuiri Parlimen Australia pada Oktober 2016 bahawa kakitangan ANZ terbabit dalam apa yang berlaku di AmBank.

"AmBank menjalankan siasatan itu. Tuduhan terhadap AmBank membabitkan satu syarikat dengan nama 1MDB.

“ANZ tidak ada hubungan dengan syarikat itu. Tidak ada kakitangan ANZ terbabit dalam syarikat itu atau apa yang dikatakan berlaku di AmBank,” kata Elliott.

SBS melaporkan Elliott sebagai berkata apabila kakitangan dipinjamkan dari ANZ ke AmBank, mereka bukan lagi kakitangan ANZ, tidak perlu membuat laporan kepada ANZ dan hanya bertanggungjawab kepada lembaga pengarah AmBank.

“Sebaik saja kakitangan dipinjamkan ke sana, mereka pada asasnya putus ikatan dengan ANZ hampir 100%," kata Elliott. – 14 November, 2017.


 SATU LAGI

KONSPIRASI

DARI LUAR

INI GERAKAN

NYAH NAJIB

KAH KAH KAH



----------------