RIWAYAT
KELUARGA MAT CEKAI
Tapi ingat - awas dan waspada. Ini bukan niat dan cita-cita saya hendak mengungkit atau hendak memburukkan sesiapa. Tidak. Kejahatan dan kebusukan bukan tujuan saya membuka surah ini. Tujuan saya suci lagi murni. Indah lagi wangi. Wangi lagi mewangikan hidup saentero alam ini.
Saya melabonkan riwayat ini sama saperti niat Tun Seri Lanang ketika menulis Salalatul Salatin. Saya juga memiliki niat yang sama saperti Abdullah Munshi ketika Si Abdullah ini merakamkan sejarah Melaka, Kesah Pelayaran Abdullah atau pun pun Kesah Singapura Terbakar.
Tujuan saya menulis ini hendaknya pada satu ketika nanti anak cucu cicit kita akan belajar dari apa yang saya tulis ini. Hendaknya cucu cicit turun termurun kita semua nanti akan mendapat pelajaranlah dari riwayat ini. Yang buruk semuanya dari saya. Yang baik pun dari saya kerana sayalah yang menulis riwayat ini. Amin.
Mengikut tuan yang empunya ceritera. Mengikut yang bersurah ada pun asal usul keluarga ini amat amat pelik lagi menghairankan.
Ada surah yang melaporkan bahawa mereka ini berasal dari suku Batak Senget. Ada pula yang mensurahkan bahawa keluarga ini berasal dari Gunung Merde berhampiran dengan Gunung Kenahak.
Ada pula yang bercerita bahawa keluarga ini berasal dari lubang jamban Iskandar Zulkarnain. Ada pula yang berkesah bahawa keluarga ini berasal dari lubang jamban Wan Empok dan Wan Malini dari Bukit Seguntang Mahameru.
Si Bapak bernama Cekai. Si Ibu bernama Mekai. Maka dari sinilah mengikut kajian Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka asal usul perkataan cekai dan mekai. Dari sinilah bermula konsep cekai dan mekai yang sering digunakan oleh Mat Rempit dan Mat Pet dalam kata bualan harian mereka.
Mengikut tuan empuya ceritera Cekai dan Mekai ini mempunyai pertalian keluarga dengan Suku Ciput Miput. Dari surah ini nanti kita akan dapat cium hubungan Si Cekai dan si Ciput ini.
Maka para pembaca budiman akan bertanya - apakah kesah dan surah ini boleh kita semua mendapat pelajaran darinya. Apakah kesah Mat Cekai ini akan menjadi tauladan dan sempadan kepada anak cucu cicit kita?
Sebelum saya menjawab pertanyan pembaca biar saya surahkan juga bagaimana baru baru ini telah timbul heboh heboh tentang keluarga Mat Cekai ini. Tetiba Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia menerangkan kepada umum bahawa Mat Cekai ini berasal dari Lanun Bugis. Tetiba satu Selangor jadi gempar.
Kita semua wajib berwaspada dan berhati-hati. Jika perkataan Lanun Bugis terkeluar dari mulut Mahathir Muhamad maka pada hemat saya ini terjadi secara tidak sengaja.
Lanun Bugis yang saya tulis ini tidak ada persamaan atau pertalian darah atau air kencing dengan Pemaisuri Bengali Kahavita Kuur yang memerentah Kerajaan Bengal pada Kurun ke 7 di Benua Hindi.
Lanun Bugis dan Pemaisuri Bengali dan Pemegang Botol Besar itu sebenarkan adalah riwayat dari sebuah kitab yang lain. Riwayat Pemegang Mohor Botol Besar itu terdapat dalam kitab Kavita Kaur Betina Bengali. Bukan dari riwayat keluarga Mat Cekai. Harap maklum.
Kesah Lanun Bugis yang disebut oleh Mahathir ini tidak ada sangkut paut dengan 14 juta keping emas yang menjadi bayaran kepada sesiapa sahaja yang bernafsu untuk berkahlawat dengan saekor Lembu Betina dari Bengal.
Sayugia diberitahu kepada para pembaca yang budiman - riwayat Keluarga Cekai Mekai ini tidak ada sangkut paut dengan orang yang hidup, yang sedang mati, atau yang hendak mati. Jika ianya ada persamaan maka semua ini adalah atas arahan Dewa Zeus.
Mengikut kesahnya Mat Cekai ini telah membuntingkan seorang Amoi. Amoi yang cun berambut panjang ini dikatakan cukup bergetah lagi berair. Mengikut kesah empunya kesah Si Amoi ini telah digunakan oleh Mat Cekai sebagai Penyedap dimalam hari. Hasilnya Si Amoi menjadi bunting.
Maka mengikut kesahnya Si Amoi ini telah datang dari benua yang amat jauh mencari Mat Cekai. Akhirnay Si Amoi ini telah mendaki ke Bukit Damansara. Dari laporan akhbar The Sun Si Amoi ini datang untuk bertemu seorang jantan bernama Razak Baginda. Dari kesah yang tersurah belum dipastikan lagi siapa yang membuntingkan Si Amoi ini.
Dipendekkan cerita Si Amoi ini mendaki Bukit Damansara dengan sebuah teksi dari Jalan Petaling. Tujuannya untuk meminta duit belanja kerana dia telah bunting.
Pemandu teksi menunggu. Injin terus terpasang. Tunggu punya tunggu pemandu telah tidak dibayar. Tup tup si Amoi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta Proton Hijau.
Pemandu teksi naik angin kerana meter masih berjalan. Jumlah tambang teksi yang belum dibayar ialah 48 ringgit 75 sen. Pemandu teksi naik bengang. Dia turun ke lembah paya Brickfeild lalu membuat laporan di Rumah Pasong Brickfeild.
Number kereta Proton Hijau disebarkan ke seluruh negara. Tup Tup number Proton Hijau adalah milik seorang yang rapat dengan Mat Cekai.
Maka kata tuan empunya hikayat dari sinilah bermulanya kesah skandal Keluarga Mat Cekai ini. Dari 48 ringgit 75 sen tambang teksi yang tidak dibayar telah membuka skandal pembunuhan Altantuya.
Banyangkan jika pemandu teksi ini dibayar tambangnya pasti Pemandu Teksi tidak akan membuat laporan polis. Tidak muncul kes kereta Proton Hijau. Si Amoi akan hilang bagitu sahaja. Tapi kerana ini keluarga Mat Cekai memang cekai lagi ciput maka 48 ringgit 75 sen pun tidak mahu dibayar.
Riwayat Mat Cekai ini diterusan lagi. Adalah mengakut hikayatnya satelah Amoi ini mati dibunuh datang pula seorang India yang mengakui kenal baik dengan Si Amoi ini. Dari mulut Si India ini terbuka kesah bahawa rupa-rupanya Mat Cekai ini telah membuntingkan Si Amoi.
Kesah si India ini menjadi heboh kerana dikatakan Mat Cekai ini suka pula menujah lubang belakang. Akhirnya berita dari Mat India ini menjadi heboh. Keluarga Mat Cekai menjadi berita dunia - CNN, BBC, The New York Times , Le Monde , The Guardian London - semua membuat berita tentang Keluarga Mat Cekai.
Bayangkan semua bemula dengan tambang teksi 48 ringgit 75 sen. Jika Mat Cekai pada petang Sabtu itu di Bukit Damansara telah membayar tambang teksi itu - tidak akan muncul berita Altantuya dan Scorpene. Malah Amoi Bunting akan hilang bagitu sahaja.
Riwayat Keluarga Mat Cekai berterusan. Mat India yang membuka kesah ‘lubang belakang ‘ telah dijanjikan akan dibayar untuk menutup mulut dan mengubah cerita.
Mat India ini akhirnya telah dilarikan ke India. Sayangnya keluarag Mat Cekai yang memang cekai. Mat Cekai telah gagal membayar duit tutup mulut yang dijanjikan kepada P.I Bala. Maka sekali lagi berita Keluarga Mat Cekai menjadi heboh.
Minggu lalu awal bulan Januari 2018 tetiba mencul berita tentang Keluarga Mat Cekai membuat umrah. Dunia bukan gempar kerana keluarga ini beragama Islam. Ini tidak menjadi tanda tanya. Yang menjadikan berita heboh rupa-rupanya Mat Cekai berumrah dengan menggunakan duit orang ramai.
Riwayat umrah ini terbocor apabila ada seorang Minah Baik Hati telah membocorkan senarai nama kaum keluarga Mat Cekai yang akan pergi ke Saudi Arabia dengan menaiki kapal terbang milik kerajaan.
Minah Baik Hati ini pastilah Pegawai Kerajaan yang dapat senarai kaum keluara Mat Cekai yang sedang menggunakan duit orang ramai untuk berumrah.
Ini betul cekai first class. Ini betul bertaraf FLI ( free loader international ). Ini sah Mat Cekai ini dari kumpulan FLG (Free Loader Globalist). Nak pergi umrah bawa emak dan adik beradik pun pakai duit kerajaan. Jika ini bukan cekai? Jika ini bukan haprak? Jika ini bukan ciput - apa namanya ini?
Maka sah dan saheh bahawa Mat Cekai ini memang ada pertalian rapat dengan Mat Ciput. Hanya mereka yang berdarah ciput sahaja tanpa malu dan segan akan menggunakan duit kerajaan untuk membawa kaum keluarga berumrah.
Babi yang tebal kulitnya itu pun tidak akan pergi membawa kaum keluarga berumrah dengan menggunakan kapal terbang kerajaan.
Cuba kita bayangkan bagaimana Mat Pak Cik dan Mak Cik Pantai Dalam merancang untuk berumrah. Keluarga ini akan berjimat cermat. Mengumpul duit sadikit demi sadikit. Mak Cik buat kueh untuk berjaja di Pasar Malam. Pak Cik ketika hari cuti akan pergi ke Pantai Remis mencuba nasib menjala ikan.
Semua bertujuan untuk menyimpan duit untuk ke Mekah. Bertahun mereka mengumpul sen demi sen. Ringgit demi ringgit.
Berumrah, naik haji mengikut ajaran agama hanya dilakukan jika ada kelebihan belanja. Jika pendapatan lumayan. Bukan bawa emak, bini, menantu, cucu , abang, adik ipar, kakak ipar pergi berumrah dengan menggunakan duit rakyat.
Ini perangai Lanun Bugis. Maka sahlah apa yang dikatakan oleh Mahathir bahawa Mat Cekai ini seorang pencuri. Ini adakah sifat asli Lanun Bugis.
Maka adalah tidak jujur jika saya juga tidak memasukan satu lagi kesah tentang keluarga Mat Cekai ini. Walau pun mereka Lanun Bugis tetapi keluarga ini amat-amat memintai wayang Melayu.
Ayahnanda kepad Mat Cekai amat memintai pelakon filem Melayu yang bernama Sarimah. Perangai ini telah diikuti oleh anaknya. Mat Cekai amat-amat meminati amat amat meminatai pelakon dan penyanyi Melayu yang bernama Ziana Zain.
Malah sepuput Mat Cekai ini juga meminati penyanyi yang bernama Anwar Zain.
Apakah meminati pelakon dan penyanyi filem Melayu ini salah satu dari watak Lanun Bugis? Saya tida tahu. Hanya Dewa Zeus sahaja yang maha mengetahui. Amin.
NOTA:
Siapakah agaknya Pegawai yang membocorkan nama senarai keluarga Mat Cekai itu? Tahniah/ Salut. Ini contoh pegawai kerajaan yang telah bosan dengan keluarga Mat Cekai. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------------
Pakcik hisham, saya mengaku pernah dengar hikayat saling tak tumpah serupa macam pakcik tulis. Hikayat yang diceritakan oleh sepupu pada pakcik saya, hampir 300 tahun dahulu ketika saya dah mencecah umur 16.5 tahun, iaitu cuma tinggal 1.5 tahun untuk saya bergelar dewasa ketika itu dan boleh mendapatkan permit pekerja asing saya sendiri huhu (bayangkan saya dah boleh menggaji beberapa pengasuh awek muda indon ;-p bestnyer!) Apa pun, sepupu pakcik saya tu bercerita memang sebijik serupa cerita pakcik hisham ni, cuma saya tak pasti nama2 yang pakcik hisham nyatakan - altantuya, ziana zain, anwar zain, mat ciput dan mat cekai - sama ke tidak, sebab semasa sepupu pakcik saya pot pet bersurah sebelah saya, kami sedang dalam roket hypersonic melintas deras cuba menongkah pawana lapisan 7,616,127 hingga 7,616,197 maka deru yang kuat bingit ketika itu menjejas nama yang saya fikir saya dengar, lagipun ianya dicerita pada saya hampir 300 tahun dulu, sedangkan sekarang saya sudah pun berumur lebih 29 tahun. Tapi, satu perkara yang sebenarnya melekat di gegendang telinga hingga hari ini, watak utama hikayat, yang pakcik hisham kata mat cekai itu, nama yang pakcik sepupu saya sebut ketika itu bermula dengan huruf m, mulanya saya ingatkan mahathir? Tapi saya teringat huruf kedua adalah o. Jadi apakah nama watak utama hikayat itu? Mohamad? Mohidin? Macam tak. Morgan? Monica? Mohinder? Semua bukan nama melayu. Mogadishu? Molotov? Motorola? Mozzarella? Semua bukan nama orang. Heh! M, o, .... Apa nama orang tu eh?
BalasPadamEh! Jap.. japp. TT apahal ada watak Anuar Zain? Apa kena pengena cerita politik termasuk nama penyanyi pulak ni? Kau salah channel ke? Ni Anuar mana satu? Anuar Zain yg adik Ziana Zain tu ke?? Apahal dua beradik boleh masuk dlm cerita ni??? Tolong laa buat pencerahan oiiii!! errr.... btw Anuar Zain suara jantan tu mmg seksi bila menyanyi sambil pegang mikrofon.
BalasPadam1. Mat cekai & cekau the pariah
BalasPadam2. Amoi tu mintak berbiliyon biliyon ka?
mat cikai mikai ni..kalau aku ada kuasa magic anugerah dewa zues..aku tuding jadi tembikai..biar babi makan tembikai tu..puas hati den..dewa zues pun senyum sambil thumb up kat gwa.....kakaakkakakakkaa
BalasPadamHikayat Mat Cikai Bin Lebai Mikai ni menakutkan ! Ni bukan j
BalasPadam