Isnin, 26 Februari 2018

BUKTI SAHEH PAKATAN MENANG





INI BUKTI

PRU14

PAKATAN

MENANG

KECUALI

DITIPU



Pengundi Felda di Johor beri sokongan senyap pada Pakatan


JALAN masih panjang untuk Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan tetapi sudah ada gangguan dalam Umno di kawasan Felda di Johor.

Walaupun sokongan untuk pembangkang wujud di kawasan tanah rancangan Felda sejak 1998 apabila timbalan perdana menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, penyokongnya memilih untuk tidak menonjolkan diri.

Tetapi kini tidak lagi apabila otai Reformasi Mohd Noh A Karim, 60, berjaya menganjurkan program umum pertamanya untuk seorang lagi timbalan perdana menteri yang disingkirkan, Muhyiddin Yassin di Felda Belitong semalam.

“Ketika saya cuba mengadakan program di sini pada Disember 2012 untuk Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen Lembah Pantai), kami dihalang oleh orang Umno di sini,” kata peneroka Felda generasi pertama itu.

Tetapi satu kaji selidik dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research bulan lalu bagaimanapun menunjukkan BN dalam keadaan bahaya di Johor kerana sebahagian rakyatnya yang ditemu bual berkata mereka terbuka untuk mengubah kerajaan negeri.

Lebih membimbangkan untuk BN ialah 48% daripada mereka yang terbuka kepada perubahan dalam kerajaan ialah pengundi kawasan luar bandar.



SATU DEMI SATU

KAJIAN 

MENUNJUKAN

PAKATAN RAKYAT

TELAH MENANG

DALAM PRU13

DAPAT 52% UNDI

TAPI DITIPU

KALI INI PRU14

PAKATAN MENANG

LAGI KECUALI

DITIPU





---------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan