Isnin, 19 Februari 2018

HUSAM DALAM BAHAYA






AWAS

BERITA BAHAYA

SUARA SAPA?

DIN AYAM?

NIK ABODOH?

TONTOWI

NIK AMAR?

EDDY WANG?


Husam dakwa ada bukti rakaman Pas bekerjasama dengan Umno

Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.

Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.

“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.

“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.

Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.

“Pas sudah ambil duit Umno.

“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.

Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.

“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.

“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.


“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.




DISUMPAH JADI

ABU?

INI BAHAYA BESAR

SELAMATKAN

HUSAM?

SEMPATKAH

KITA DENGAR

RAKAMAN INI?

ATAU PERLU

DIHANTAR'

KE LONDON

UNTUK DIKAWAL

OLEH

BANK OF ENGLAND




---------------------

2 ulasan:

  1. Lebai berkuasa nak jadikan abu...abu nawas ke?

    BalasPadam
  2. Siapa bocorkan disumpah jadi abu? Ada 3 katakunci dalam ayat tu: bocor, sumpah dan abu. Bocor, semua tau maksud dia. Sumpah ada 3 maksud, yang biasa ialah membuat janji atau perakuan. Maksud kedua ialah perbuatan meta-fantasi yang kununnya seseorang atau sesuatu boleh ditukar bentuk atau seluruh sifat kepada sesuatu yang lain. Ketiga adalah sejenis binatang merayap berkaki empat berdarah sejuk dari keluarga cicak yang hidup liar di semak samun dan bersifat unik boleh menukar warna kulit sendiri untuk menyamai sekeliling. Abu juga ada 3 maksud. Satu, nama orang melayu. Dua, baki yang terhasil dari pembakaran sesuatu, berbentuk debu. Tiga, gerakan idealisma moden pasca reformasi yang berteraskan slogan asalkan bukan umno atau anything but umno. Maka dari huraian maksud 3 katakunci ini, bolehlah dirumuskan: bocor (suatu rahsia) oleh sesumpah (pengintip undercover) menjadikan (menjayakan) gerakan ABU.

    BalasPadam