DARI
LIDAH PENGARANG
Dr Mahathir, sosok ahli politik yang ‘ada telur’
SUKA atau tidak, kita perlu tabik kepada Dr Mahathir Mohamad. Beliau tidak gentar berdepan dengan pengkritiknya.
Hari ini, ketika cerdik pandai dan pengkritiknya berbincang dan berbahas tentang umur serta tahap kecergasan beliau untuk sekali lagi jadi perdana menteri pada umur 93 tahun, bekas perdana menteri itu dengan tenang berjalan masuk ke dewan dan duduk di baris paling hadapan.
Penganjurnya terperanjat. Masakan tidak, mereka mengundang beliau datang tetapi tiada pengesahan beliau akan hadir mendengar ahli panel terdiri daripada pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff; pakar psikologi Dr Mat Saat Mohd Baki dan jurulatih kecergasan Kevin Zahri Abdul Ghaffar.
Malah isterinya pun, Dr Siti Hasmah Ali, datang sama dan duduk di sebelahnya mendengar ahli panel yang awalnya sedikit tergamam.
Ada beberapa cara, sopan atau kasar, untuk menggambarkan sikap Dr Mahathir. Dalam bahasa mudahnya, orang kata "ada telur".
Beliau dua kali hadir di forum Nothing To Hide untuk berdebat dengan anak didik yang kini jadi musuh politiknya, Perdana Menteri Najib Razak yang bagaimanapun tidak datang atas alasan keselamatan.
Baru minggu lalu sahaja, Dr Mahathir berdepan dengan pengkritiknya dalam kalangan masyarakat India dalam sebuah acara anjuran Hindraf, kumpulan bertindak yang mendakwa dipinggirkan oleh kerajaan.
Pemimpin yang sudah mentadbir selama 22 tahun ini dan pernah digelar macam-macam termasuk "Mahafiraun" dan "Mahazalim" selepas beliau memecat anak didiknya Anwar Ibrahim, kini bersama-sama penentangnya melawan Najib.
Ironinya, musuh politik dan penentangnya itu sekarang menamakan beliau sebagai calon perdana menteri mereka sekiranya mereka menang pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum Ogos ini.
Najib membayangkan pilihan raya akan diadakan lebih awal sebelum itu, dengan pemimpin kanan parti mendedahkan senarai calon Barisan Nasional akan diumumkan pada 2 April sementara manifesto parti itu pula lima hari kemudian.
Ada bayangan pilihan raya akan diadakan antara akhir April dan pertengahan Mei sebelum umat Islam mula berpuasa, dan ini menghangatkan debat tentang layak atau tidak Dr Mahathir jadi perdana menteri kalau pakatan yang diketuainya dapat menumbangkan kerajaan yang berkuasa sejak Merdeka.
"Tidak betul untuk buat andaian hanya kerana orang itu berumur 93 tahun, orang itu tidak boleh buat kerja," kata Dr Mahathir kepada ahli panel wacana.
"Banyak orang hidup sehingga 100 tahun, masih boleh berfikir dan menggunakan otak," tambah beliau. – 22 Mac, 2018.
-------------------
PM: My predecessors didn't have the courage to implement GST
BalasPadam-The government was mulling GST since 1984, but wasn't brave enough to deal with the political cost, says PM.
Najib masih nak buat percubaan mengata mahathir takde telor, sebaliknya dia la satu-satunya PM malaysia yang ada telor kenakan semua rakyat dengan gst. (1)Oi! Maknanya semua PM terdahulu dari kau dah buat kajian yang gst tu lebih banyak buruk dari baik la tu, ngok! Kalau kajian depa serta penasehat depa kata lebih banyak baik dari buruk, dah pasti depa buat lebih awal dari kau! Hadoi la budak ingusan ni, perasan terrer pulak tapi melantun! (2)Oi dolah! Bangun la! Jangan la dok tidoq je manjang! Bangun tayang telor kau kat najib si budak hingusan ni, berani pulak dia mengata kau dulu sama macam mahathir takde telor nak buat gst! Ciss, elok-elok selama ni kau diam tidoq je takdak kacau dia malahan ada sekali dua kau terjaga tu sempat gak kau puji dia melantun, tapi tiba-tiba dia kutuk kau bukan jantan pulak! Takkan kau biaq je kot?
Abam tt, apa cerita dengan malaysian insight?
BalasPadamForeign investors not shying away from Malaysia, Najib says. Memang la pelabur asing masih datang ke malaysia - sebab ada selangor dan pulau pinang untuk diaorang terus melabur, bukan kat negeri lain bawah bn ahhahahah
BalasPadamPembangkang lawan Tun M 22 tahun. Menteri bersama Tun M 22 tahun. Rakyat sejak Tun M masuk politik dah kenal Tun M. Tapi kesian Dr UUM Sintok? Malukan diri sendiri depan semua orang dalam dunia. Kahkahkah!
BalasPadamaloo mr isham dan malysian insider..telur madey akan hilang apabila berdepan dgn parti sosialis malaysia, telur madey akn kecut bile che gu bard beri soalan2 power kpd madey..sampai sekarang gua belum dgr siapa calon perdana menteri psm..orang muda ke orang berpegelaman ke..pakatan harapan kena lawan empat penjuru dgn parti sosialis ni..apakah macai2 madey dan kaum2 kapitlis akan kemaluan apabila wakil mereke yakni madey anak kutty di tertawakan oleh wakil2 hebat dari psm??najib and thief company bole bergumbira dgn adanya kekuatan yg dimiliki che gu bard and the parti..pointnya mengenai orang tua menjdi perdana menteri dan bukannya najib pencuri duit rakyat..
BalasPadam