Jumaat, 2 Mac 2018

JHO LOW CUBA RASUAH






USAHA MELOBI DOJ MENAMATKAN SIASATAN 1MDB 

Wall Street Journal (WSJ) telah menerbitkan tuduhan baru berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut WSJ, penyumbang utama Parti Republikan Elliott Broidy dan isterinya, peguam Robin Rosenweig, mengadakan perbincangan dengan Jho Low tentang kontrak perundingan. 

Broidy dilaporkan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Artikel WSJ mendakwa bahawa salah satu terma kontrak adalah yuran 75 juta dolar Amerika sekiranya Jabatan Keadilan Amerika menghentikan siasatan skandal 1MDB.

Dikatakan Broidy juga menyediakan nota percakapan (talking point) untuk Perdana Menteri Najib Razak untuk lawatan Najib ke Washington DC pada 2017 di mana beliau bertemu Presiden Trump.

Broidy, di samping firma guaman Rosenweig, Colfax Law Office Inc., telah kedua-duanya menafikan mewakili Malaysia atau pemimpinnya di atas sebarang kapasiti.

Namun, mereka mengakui firma mereka telah dilantik Pras Michel, sahabat Low, "untuk memberikan nasihat strategik sebagai pasukan yang lebih besar kepada En. Low." 

Pendedahan ini dibuat selepas rampasan kapal layar Jho Low di Bali, ini membawa skandal 1MDB kembali dalam tumpuan. Dengan pihak berkuasa seluruh dunia memberi fokus kepada skandal ini, kita wajib bertanya: apa yang dibuat pihak berkuasa Malaysia?   

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN




------------------------

2 ulasan:

  1. kes skandal Air sabah..
    sprm kata tarak unsur rasuah..
    kah kah kah kah..
    wooii berpuluh juta simpan rata rata..
    mana duit dtg..siapa yg bagi..
    ni tarak kes rasuah..
    duit bagi balik kat dia orang ke..??
    lagi banyak soalan yg timbul..
    tak kena ni...!

    BalasPadam
  2. Aku cadangkan Najib sila berambus dari Malaysia dan tanding Presiden US lawan Trump. Bersungguh betul nak tutup kes 1MDB. Dah jadi Presiden baru cuba nak rasuah DOJ, CIA, dan FBI. Nak tukar dan ugut pengarah DOJ, CIA dan FBI pun senang. Kalau tak ikut jugak tong simen mari.

    BalasPadam