Khamis, 1 Mac 2018

KES PELIK LAGI MELIK








BACA

KES INI PELIK

CULIK & TEBUSAN

TAPI......

TAPI APA?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


Lelaki mengaku tidak bersalah larikan,

 kurung Pastor Koh

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi perkhidmatan dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung Pastor Koh pada 13 Februari tahun lalu.

Lam Chang Nam, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan utama, Lam bersama 7 lagi yang masih bebas didakwa melarikan Pastor Koh, 64, atau nama sebenarnya Keng Joo Koh untuk tujuan mengurung mangsa dengan sulit dan salah pada 10.45 pagi, di tepi jalan besar, Jalan SS4B/10A, Kelana Jaya, pada 10.45 pagi, 13 Februari tahun lalu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan memeras ugut Jonathan Koh Szu Hao, 34, anak lelaki kepada Pastor Koh, dengan meminta wang RM30,000 kononnya bagi membebaskan bapanya di Paradigm Mall, Kelana Jaya, pada 8.46 malam, 6 Mac tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Aaron Mark Pius.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes.


WALAU PUN

KES CULIK

KES TEBUSAN

PADRI MASIH 

HILANG 

TAPI JAMIN

HANYA 5,000RM

KES AKTA HASUTAN

ADAM ADLY

JAMIN 6.00O RM

ADA  SESUATU

TAK KENA

MACAM  KES

BUNUH ALTANTUYA

MAHKAMAH

TIDAK MINTA

RAZAK BAGINDA

ULANG BICARA

WALAU PUN 

KES BUNUH

TAPI KES 

AKTA HASUTAN

SAMPAI 

KE MAHKAMAH

PERSEKUTUAN

BUAT GUA MANYAK

CUNT FUSE

---------------------

2 ulasan:

  1. Samalah jg pihak polisi rep indonesia rampas kapal layar jo lo. Tp peguam negara malaysia tak ambil pot. Semua krn nak pertahankan najib

    BalasPadam
  2. Kau ni tt takde TV kat rumah kau jadi kau tak pernah tengok cerita polis dan fbi holiwud. Diaorang selalu guna taktik lama macam ni, bagi bebas sorang mamat yang diaorang yakin tak bersalah sepenuhnya, tapi perati dan ikut mamat tu 24jam, sampailah satu masa hari baik bulan baik, mamat tu akan pergi jumpa atau contact kepala yang mastermind jenayah tu dan bagitau polis maklumat siapa dan kat mana kepala tu tanpa mamat tu sedar dia dah kena mainkan dek polis sebab masa tu mamat tu akan ditangkap semula. Ini yang polis malaysia nak tiru guna kat drebar teksi uber ni.

    BalasPadam