Ahad, 11 Mac 2018

LAWAN LAWAN LAWAN




SIAPA GAGAL

TUNAI JANJI

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Tuan Haji  Zahid Hamidi, yang telah sudi datang ke Perumahan Polis Desa Aman 1 di Lembah Pantai pada 8 Mac 2018. 

Mengikut satu kajian yang saya lakukan, 100% responden yang merupakan anak tempatan Kerinchi dan Pantai Dalam berkata ini kali pertama mereka mendengar seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menjejak kaki ke Desa Aman 1 sejak ia dibina pada 1995. 

Setelah 23 tahun dibina, pelbagai masalah dan isu yang dihadapi warga polis yang tinggal di Desa Aman 1 seperti masalah lif rosak, bumbung bocor dan macam-macam lagi akhirnya akan menerima perhatian Kerajaan Persekutuan, yang sememangnya pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Berkaitan pelaksanaan janji-janji wakil rakyat iaitu YB Nurul Izzah Anwar, saya gesa  Tuan Haji Zahid untuk sahkan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai telah dinafikan peruntukan pembangunan setiap tahun sejak menjadi Ahli Parlimen pada 2008. 

Jika dianggarkan peruntukan pembangunan ini berjumlah RM5 juta setahun, ia bermakna pihak Kerajaan UMNO-BN telah dengan sengaja menafikan Ahli Parlimen Lembah Pantai peruntukan pembangunan sebanyak RM50 juta selama 10 tahun ini.

Jika dilihat dari sudut pandang lain, RM50 juta itu adalah kos yang “dibayar” UMNO-BN untuk mewujudkan persepsi “penduduk mengatakan janji parti yang mewakili kawasan Lembah Pantai tidak ditunaikan.”

Walaupun YB Nurul Izzah tidak menerima sesen pun peruntukan pembangunan tersebut, namun beliau dan pasukan telah mengusahakan pelbagai program sejak 2008 untuk warga Lembah Pantai termasuklah program-program perubatan percuma, kelas-kelas tuisyen, kaunseling untuk ibu bapa, bengkel-bengkel latihan, program ‘Food Bank’, dan terkini Biasiswa Pendidikan S Satiswaran untuk membantu anak-anak PPR melanjutkan pelajaran ke universiti.

YB Nurul Izzah juga telah bawa ke perhatian DBKL pelbagai masalah dan isu yang dibangkitkan rakyat, termasuk isu trafik dan pembangunan yang keterlaluan di sekitar Lembah Pantai, masalah-masalah infrastruktur di bawah seliaan DBKL seperti lif-lif PPR yang sering rosak dan jalan-jalan berlubang, serta bumbung pasar Taman Seri Sentosa yang telah terlalu lama bocor. 

Dan bila kita diingatkan bahawa YB Nurul Izzah telah mengangkat pelbagai isu rakyat ke Parlimen, termasuk isu malnutrisi kanak-kanak PPR beliau sebut dalam ucapan pada 2016 dan dibangkit UNICEF dalam laporan minggu lalu, untuk berkata beliau tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat adalah satu fitnah yang nyata.

Sepatutnya pihak Kerajaan termasuk Menteri Wilayah Persekutuan lah yang wajib tunaikan pelbagai janji yang dibuat selama ini, termasuk janji memasang jaringan keselamatan di semua PPR, serta menukar lif di Blok 102, PPR Seri Pantai yang sepatutnya siap pada Julai 2017!

Oleh itu, siapa yang sebenarnya gagal tunaikan janji?

Dengan pelbagai masalah yang membelenggu rakyat pada masa ini, termasuk GST dan kos harga barang yang meningkat serta skandal-skandal mega yang melanda negara, saya yakin majoriti bersedia untuk mengekalkan Pakatan Harapan di Lembah Pantai pada PRU14 dan menjana perubahan di Putrajaya.

Saya yakin ramai di kalangan mereka yang bersedia untuk memilih Pakatan Harapan di Lembah Pantai tidak mahu diganggu atau dikacau UMNO, dan oleh itu mereka tidak akan memberitahu pengkaji-pengkaji UMNO siapakah pilihan mereka yang sebenar sehingga tiba hari mengundi nanti.

Masa depan milik kita, bukan milik UMNO-BN!

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ketua AMK Lembah Pantai






-----------------

5 ulasan:

  1. se bijak bijak MISTER BEAN gst pontian..baik jugak pm-tpm-RoS batal pendaftaran Bersatu..it’s a blessing in disguise..go ahead surayati Batalkan Saje..rakyat sedar manipulasi ni angkara pm-tpm-RoS..ia akan meningkat se luas luas nya suhu kemarahan rakyat kpd Racing

    BalasPadam
  2. org beriman dan islam kat ujung usia buat kebajikan memerangi kebatilan keplabapak haramjadah bersama lebai ketua ula'mak disertai para balaci menambah maksiat berebut perabis amanah rakyat. sejahat2 tun mahatahir ada kesempatan memperbaiki kesalahan dan kesilapan yg duo umno/bn/pas jangan ingat sama nasib ingat ye penjual agama.

    BalasPadam
  3. Isham...mintak bgtau ke pimpinan PH, bila setiap kali ceramah, boleh tak mintak audiens duduk jgn berdiri, ramai yg blkg tak selesa dan tak dpt nikmati ceramah dgn selesa, kita nak tengok muka para pimpinan PH, bukan nak tengok bontot2 orang... Tolong sampaikan yea isham pesanan ini... Heheheee...tq.

    BalasPadam
  4. Dari zaman siapa ahli2 parlimen pembangkang dinafikan peruntukan tahunan? Tolong habaq mai sat.

    BalasPadam
  5. si zahid komidi umpama kura kura dlam perahu, mengaku aceh tapi berbahasa jawa..bukan salah tengku freud yg satu, zahid cuma teringin menjadi perdan menteri..bukan salah mimpi berahi ketika komidi..namun jgn la tersasul sasul terkelip kelip mata menipu..zahid lupa, perihal pak jawa joko menahan perahu bugis perdana menteri..bugis bangga dikata lanun, namun tewas dgn pak jawa joko..

    BalasPadam