APA ANWAR
KATA TENTANG
MAHATHIR
Kenyataan Media
Saya tidak tahu mengapa pimpinan UMNO menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.
Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim.
Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar.
Muafakat ini juga adalah kerana tekad kami bersama untuk menjana perubahan. Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya.
Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum.
PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan.
Anwar Ibrahim
12 April 2018
------------------------
kahkahkah..berkat kelas falsafah isham rais..dlam politik tiada musuh abadi..tanpa realpolitik maka politik akan lunyai hancur dan berkecai..topeng2 agama, bangsa banyak dijual dikaki2 lima serambi mekah..
BalasPadam