Ahad, 1 April 2018

BERSIH BERSAMA KE JALAN RAYA







BERSIH

BERSAMA

KE SOGO

SABTU

14/4/18

JAM 2 PTG


INTIMIDASI POLIS TIDAK AKAN MENGHALANG BANTAHAN PERSEMPADANAN SEMULA YANG TIDAK ADIL

Sekitar jam 10 pagi tadi, ASP Mohd Adnan daripada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telah hadir ke Pejabat BERSIH 2.0. Pada ketika itu, Pengarah Eksekutif BERSIH 2.0, Saudara Yap Swee Seng berada di pejabat dan POLIS telah meminta untuk memasuki pejabat kami.

Setelah memasuki Pejabat kami, POLIS telah bertegas untuk merakam kenyataan Sdr Yap di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkait himpunan aman rakyat membantah manipulasi dan penipuan persempadanan semula pada 28 Mac 2018.

Namun setelah berbincang dengan pihak polis, Sdr Yap dan pasukan peguam kami telah bersetuju untuk hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya pada hari dan masa yang akan ditetapkan pada kemudian hari.

Polis turut memaklumkan bahawa Shahrul Aman(Pemangku Pengerusi BERSIH), Mandeep Singh Karpall (Pengerus BERSIH) dan Amir Abd Hadi (Penyelaras Suaram) turut disiasat dibawah akta yang sama.

Sdr Yap membantah tindakan pihak polis yang tidak mengikut prosedur kerana tidak memberikan apa-apa notis untuk merakam kenyataan kami. Polis sepatutnya arif dalam hal ini kerana adalah jelas dibawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, pihak polis harus memberikan notis ini.

Sebarang intimidasi yang cuba dilakukan oleh pihak polis tidak akan menggugat fokus kita terhadap perjuangan melawan persempadanan semula yang tidak adil. Rakyat seharusnya menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih besar dan penting iaitu peranan kita sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 yang akan tiba. Penipuan mesti dikalahkan dan kita rakyat, mesti menang!

Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0





---------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan