Isnin, 16 April 2018

GAMBAR FITNAH






GAMBAR FITNAH
Ini fake news

1. Ini foto yang memang dah diubahsuai guna teknik fotografi humor canggih iaitu kopi dan pasta, di mana serbuk kopi hitam pekat dilumur pada bahagian tertentu foto untuk menggelap dan menghilangkan sebahagian imej asal, sementara tepung pasta pula ditabur pada bahagian foto yang ingin dijadikan cerah seperti imej orang yang terjun jatuh dalam tepung gomak. 
2. Ini foto yang memang sengaja disunting guna teknik fotografi sunting anak dara sekampung di mana setiap dan kesemua imej perempuan dalam gambar asal dipadamkan, maka tinggallah kerusi-kerusi sahaja yang kelihatan di merata-rata tanpa ada orang duduk. 
3. Ini juga foto yang dah digubah semula guna teknik fotografi putar alam - ditempel imej dari foto lain, khususnya gambar suasana dalam restoran mamak, hasilnya kelihatan mamat hampir dengan kamera melawan arus, membelakangkan pentas dan khusyuk makan! on 
KERUSI PUN ADA HAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/16/18



-------------------

1 ulasan:

  1. Aku percaya dengan ulasan satu ni. Teknik pertama buatkan siling hampir semua sekali jadi hitam gelap walaupun ada lampu panjang, maknanya ada ramai hadirin penonton ceramah yang duduk di siling telah dipadam imej mereka!! Teknik kedua juga boleh diterima, walaupun masih ada 3, 4 orang wanita dalam gambar ini tapi itu cuma taktik nak bagi realistik sikit, takkan langsung satu perempuan pun tak datang nak tengok ku nan yang termahsyur populariti dan kegemaran kalangan semua perempuan seluruh putrajaya!! Teknik ketiga jelas dan direct tu, terpampang mamat tu cukup selera membaham ayam goreng sambil didendang irama syarahan ku nan!!

    BalasPadam