@TANDA
INI TANDA
PALING JELAS
PRU14 PAKATAN
MENANG
KECUALI DITIPU
Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah
Saya tahu ramai yang akan mengecam saya kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.
Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak.
Saya tidak mengkritik 'Umno Perjuangan'. Sebab itu saya meletak jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak terikat dengan apa apa.
Tuan Haji Khaled Nordin menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi pemilihan parti akan datang.
Orang yang bersama beliau mengkritik Najib dalam grup Whatsapp semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani menuntut Najib meletak jawatan.
Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak dirundingi Umno Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi.
Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.
Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di sana?
Apa khidmat yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon.
Kawasan difaraidkan sesama mereka
Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan?
Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor? Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.
Begitu juga Tuan Haji Onn Hafiz Ghazi iaitu setiausaha politik kepada Tuan Haji Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli Umno di Bahagian Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya?
Begitu mudah kawasan-kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata-mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.
Gambar calon atas katil
Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh mereka yang ada kuasa mengubah.
Sebab itu saya kata sistem kita sudah rosak oleh mereka yang mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.
Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya.
Saya tidak terikat apa-apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan ketua pengarah JASA adalah tepat.
Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.
@SAMPAH
CANTEEEK
PERANG DALAMAN
BUNUH TIBAI
TIKAM SEPAK
INI TANDA
BANGSA JOHOR
SOKONG PAKATAN
------------------------
Wow...calun atas katil...tt...tolong siasat dan mintak gambarnya...tuan hj fuad...jangan la tengok sorang2 aje...kami pun nak tengok gambar tu...kahkahkah.
BalasPadamKo bergasaklah dulu puad lidah kontot. Tikam perabih semua. Lepas tu jangan buat semak nak masuk PH. Ko menjilat habis licin taik. Tu marah nau, taik pon licin, tempat kena rembat.
BalasPadam