Rabu, 18 April 2018

RABU ERTINYA TIPU





 RABU ERTINYA TIPU 

Hanya Mat Pet, Mat Gian ,  Mat Bangang, Mat Sotong, Mat Eddi Wang dan Raja  Syabu sahaja  yang tidak faham apa makna Rabu untuk PRU14. Mereka ini adalah Warga Berdengong. Kepala mereka telah dirasuk oleh syabu. Sosok bentuk  ini  berkeliaran menjadikan mereka pergi tersepak pulang terlanggar.

Manakala  Mat Gerombolan dan Mat Ketuanan  Melayu buat buat tak faham apa makna hari Rabu 9 Mei 2018. Walau pun  dalam hati sanubari mereka tahu apa bahana yang akan dibawa oleh  Rabu.
Walhal satu Malaysia malah satu dunia tahu bahawa Rabu ini  memberi makna bahawa Pakatan Harapan menang PRU14 - kecuali  di tipu. Rabu itu maknanya tipu. 

Hari Rabu yang diistiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) adalah hari penipuan.

Hakikatnya Najib  suami Rosmah, ayah tiri Riza Aziz dan rakan perniagaan Jho Low tahu dan sedar bahawa dirinya tidak ada pilihan melainkan menipu untuk terus berkuasa.

Waspada penipun ini tersusun lagi terancang. Malah dipermolekkan dengan pelbagai bentuk   hukum dan hakam. Ini menjadikan Tuan Haji Hadi Awang pemimpin ulung Parti Islam Pas  percaya bahawa Najib inilah pemimpin Bani Melayu yang syumul, alim, warak dan tak tinggal sembahyang sambil mulut berbuih-buih menyebut ya Rabu ya Rabu ya Rabu … opps Ya Rabbi. Amin

Hadi Awang telah dilaporkan berkata mengundi pada hari Rabu bukan satu masalah. Awas waspada sokongan  Tuan Haji Hadi Awang terhadap  Rabu ini jangan dikaitkan dengan dedak. 

Hakikatnya Najib tidak ada pilihan. Pada Rabu 9 Mei dalam  PRU14 ini Pakatan Harapan menang - kecuali ditipu. 

Fakta ini telah diketahui oleh satu dunia.  Telah diumumkan ke satu dunia. Kitab suci kaum Kapitalis Dunia yang dipanggil The Economist - telah mengeluarkan lidah pengarang memberi tahu dunia   bahawa Najib akan kalah PRU14. Untuk menang Najib akan menipu. 

Kaum pemodal antarabangsa telah diberitahu untuk bersedia. Bersedia untuk apa? Bersedia untuk satu kerajaan baru di Malaysia.

Ini fatwa dari The Economist. Ini bukan laporan mingguan Baca Ria atau dari majalah Mastika  atau pandangan Profesor Datuk Dr. Keng Kong dari Universiti Utara a.k.a Universiti Sintok. Ini tulisan lidah pengarang  majalah The Economist.

Penipuan semakin jelas. Semakin terang. Dalam tulisan ini saya akan cuba menerangkan jika masih ada lubuk lubuk penipuan yang masih gelap. Saya juga memperjelaskan agar kita semua dapat melihat Rabu sebagai Tipu.

Wama karu wama karallah -  ayat ini mula saya dengar dari zamaan Reformasi dahulu. Ayat ini dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu ertinya kita boleh merancang tapi Allah ada perancangan yang lebih baik.

Kebelakangn ini saya selalu mendengar Presiden Amanah Saudara Mat Sabu mengeluarkan ayat ini. Mat Sabu  sosok   hebat dalam penyampaian ceramahnya telah memberikan penerangan yang amat jelas tentang suasana politik hari ini berasaskan wama karu wama karallah.

Untuk memahami semua ini mari kita lihat tim dalaman - inner circle - yang menyokong dan bekerja  untuk Najib dan Rosmah. Tim Najib pasti ada pelbagai jenis . Mereka berkumpul bukan kerana nusa dan bangsa. Bukan kerana ada niat hendak berjuang untuk Melayu. Bukan. Bukan. Tidak.

Tim Najib ini tahu dan sedar Najib ini pencuri. Malah mereka tahu Najib ini sedang menggadaikan Tanah Melayu kepada China Merah. Mereka juga tahu  yang Jho Low itu ialah agen China Merah yang menyediakan suasana untuk Najib berhutang dari China Merah.

Fakta menunjukkan tim Najib ini bukan tak sekolah. Mereka bukan tidak belajar. Mereka ada otak. Mereka  terikat dan bernaung  dan menyokong Najib kerana Najib ada kuasa. Ada kuasa ertinya ada  fulus.  Kuasa,  ringgit dan dolar mengikat mereka. 

Kebenaran , kejujuran dan keadilan bukan garis hidup mereka. Kuasa , ringgit dan dolar menjadi tali simpai yang kuat mengikat sesama mereka. Mereka bergelumang dalam ringgit dan dolar. Inilah berasaskan falsafah Najib - cash is king - duit adalah raja.

Tak percaya apa yang saya tulis ini? 

Sila  tunggu dan lihat apabila FBI atau CIA berjaya menangkap Najib. Semua  penyokong dan tim Najib dari para pemikir  ‘war room hingga ke pemikir  bath room’ akan bertempiaran lari. Malah saya tidak hairan akan ada yang akan menukar kulit dan mengkeritingkan rambut untuk menjadi Negro lari ke Afrika agar selamat.

Babak bertempiaran lari ini pernah berlaku di Jakarta, di Manila, di Cairo dan di Tehran. Malah ketika saya menulis ini - mungkin ramai tidak mengetahui - ada seorang Mamat Syria  bernama Hassan al-Kontar yang telah tersangkut di KLIA lebih dari sebulan. Mamat ini  lari kerana Bashar telah berjaya menawan kembali Syria. 

Umum tahu bahawa kuasa dapat memberi dedak. Dan untuk mereka mendapat dedak cara yang terbaik ialah membodek kuasa. Ramai kaki bodek ini membuat kerja dari jauh. Ini kerana mereka belum dapat diterima untuk mendekati ‘war room’ Najib.

Contoh bodek terbaik ialah apabila Pendaftar Pertubuhan mengharamkan  Parti Pribumi Bersatu. Sekali pandang langkah ini selari dengan harapan Najib agar Bersatu yang dipimpin oleh Mahathir ini akan menjadi huru hara dan kacau bilau. Lemah dan gagal dalam PRU14.

Jenis bodek  mengharamkan Parti Bersatu  ini termasuk  dalam genre bodek Kelas A1.  Pegawai Pedaftar Pertubuhan  bukan sahaja  akan dapat berumrah percuma dari Najib.  Bodek jenis ini akan membawa selendang Tan Seri. Dan mungkin dapat hadiah  tali barut Rosmah Mansor.

Tapi… wama karu wama karullah - tetiba satu kejutan berlaku. Ada hikmah dibelakang kejahatan Najib. Para pemimpin Pakatan Harapan mengambil langkah untuk menggunakan satu logo. Logo Bersatu, logo DAP atau logo Amanah - tidak akan digunakan dalam PRU14. Hanya  logo PRK yang akan digunakan.

Ha. Ha. Ha. Pembodek Najib dari Jabatan Pendaftaran boleh merancang. Tapi rancangan kamu gagal. Kah kah kah.

Sabar dulu bukan semuanya bagini. 

Tidakkah pembaca terfikir bahawa  langkah mengharamkan Parti Bersatu ini  adalah satu rancangan gelap. Rancangan yang diatur  oleh satu kumpulan kecil. Kumpulan ini bermuka-muka menyokong Najib. Walhal dari dalam mereka membuat kerja sabotaj.

Kumpulan ini sengaja mengambil langkah mengharamkan Bersatu. Tujuannya ialah untuk menaikkan kemarahan rakyat.  Mengapi-apikan rakyat. Membakar dan menaikkan kebencian rakyat terhadap Najib dan Rosmah.   

Bijak. Langkah mengharamkan Bersatu ini akan menjadikan rakyat  melihat penipuan dan kejahatan Najib dengan lebih jelas. Hasil dari pengharaman Bersatu mucul satu logo. Syabas untuk tim ini yang sedang bekerja dibawah tanah. Amin.

Tetiba datang Rabu. Ini satu lagi penipuan yang dirancang. Kaki bodek dalam SPR dalam usha membodek Najib telah menetapkan Rabu sebagai hari mengundi. 

Penipuan ini amat senang difahami. Rabu bertujuan agar jumlah pengundi  datang mengundi akan kurang. Rabu ini membawa niat jahat. Ini bukti niat jahat Najib menipu untuk menang. Inilah yang difatwakan oleh The Economist.

Sabar dulu.  Wama karu wama karullah. Sama saperti mengharamkan Bersatu - menjadikan Rabu hari mengundi ini juga dilihat sebagai satu sabotaj kepada Najib. Seolah-olah ada tim ‘bawah tanah’  dalam SPR  yang berfikir untuk memastikan rakyat makin benci dan makin menyampah kepada Najib dan Rosmah.

Memilih hari Rabu ini betul betul menaikkan kemarahan rakyat. Bukan sahaja rakyat marah malah ada yag akan mengambil cuti satu minggu untuk memastikan  Najib tak sempat lari ke Kazakhtan sesudah Rabu. 

Ombak kemarahan rakyat ini tidak dapat dibendung. Dalam media sosial Najib mendapat sumpah seranah yang tidak terampon. Carutan dan makian semuanya dutujukan kepada Najib dan Rosmah.

Tidak dapat tidak Rabu menjadi hari cuti umum. Ini sah bukti saheh bahawa rakyat marah. Sah dan saheh rakyat sedar Najib menipu. Rabu jadi hari cuti kerana Rabu adalah tipu.

Tipu. Tipu. Tipu. Dr Mahathir,  Dr Wan Azizah dan Mat Sabu dalam semua ucapan  dan ceramah mereka  telah  menerangkan bahawa Najib telah , sedang dan akan terus menipu untuk menang.

Persempadan semula, Fatimah Ismail, 70 orang  dalam satu rumah - ini hanyalah contoh-contoh yang diketahui umum. Malah saya telah menulis pekara ini.

Hakikatnya ombak rakyat menyokong Pakatan Harapan semakin ampuh. Makin banyak ‘ malaon’ keluar parti Bersatu  maknanya makin kuat sokongan rakyat. Makin banyak kutukan terhadap pemimpin Pakatan bermakna ombak rakyat untuk Pakatan semakin mengelombang.

Para pembaca, para penyokong Pakatan Harapan, ahli Parti DAP, ahli  PKR, ahli BERSATU , ahli  Amanah dan anak-anak muda - kita semua wajib bersedia.

Bersedia untuk apa?

Biar saya terangkan disini. Kita telah berjuang. Kita telah mengharung ombak dan duri. Kita telah dipukul polis. Kita telah dibantai FRU. Kita telah dipenjara. Kita telah berkorban. Ini perjuangan namanya. 

Tapi ada satu lagi pekara yang sama pentingnya dengan perjuangan. Tapi ramai gagal  mentarif untuk  memahami pekara ini.

Berani berjuang - berani menang. 

Berani menang inilah yang masih gagal dihayati. Berjuang untuk menang. Kita wajib memahami bila dan ketika untuk merebuat kemenangan. Kemenangan tidak akan datang berguling. Kemenangan hanya lahir hasil perlawanan. 

Berani berjuang sahaja TIDAK cukup. Kita juga wajib berani menang. 

PRU13 kita telah menang. Tapi kita gagal merebut kemenangan. PRU14 ini kali kedua kita akan menang. Apakah kita akan ditipu saperti PRU13 sekali lagi? Tunggu minggu hadapan. (tt) 


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





---------------------

4 ulasan:

  1. Inilah first time Melayu masuk bilik mengundi tanpa ada rasa feel good factor yang dahsyat. Dahsyat rasanya macam Najib berbini Rosmah Mansor kali ke dua.

    BalasPadam
  2. Pru 14, kita menang. Soalnya, berani tak nak rebut kemenangan yang dicuri dan ditipu itu?

    BalasPadam
  3. Aku masih tak dapat pun tt?? Walau sekarang dah nak masuk waktu sahur! Dari Google search aku klik page kau balik2 dia keluar error 404 file not found! Cilako! Adakah pegawai mcmc tu dah kincin atas kepala lu??! Baik lu saman je TT, jangan bagi lepas!!

    BalasPadam
  4. Umno warns 'cowboy' cabinet appointments will tarnish nation's integrity
    2018-05-16 14:45:00
    Kahkahkahkah kepala hutak lu! Lu dulu, dulu dan selamanya dulu, kabinet kayu tau tak? Sampai sekarang lu tak sedar lagi? Memang lu seloooo gua cakap! Selalu ketinggalan bas kahkahkah! Kabinet kayu kepala hayah kamu bangsat! Lu sudah kalah kaw-kaw tau tak? Tido tak sedar lagi ka macam dolah bedui nun??? Ptuii!!

    BalasPadam