Jumaat, 27 April 2018

SATU LAGI BUKTI




@CAYA

LU CAYA TAK

PRU14 PAKATAN

MENANG

KECUALI DITIPU

INI SATU LAGI

BUKTI

Pegawai Khas Pejabat TPM jadi calon Bersatu


SUNGAI BESAR - Pegawai Khas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Muslimin Yahaya menyertai Bersatu dan bakal diberikan laluan sebagai calon Pakatan Harapan (Harapan) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, pada PRU14.

Ketua Bersatu Bahagian Sungai Besar, Hasnizam Adham berkata, Muslimin menyertai Bersatu pada Rabu lalu dan menerima watikah daripada Presiden PKR,  Dr Wan Azizah Wan Ismail, sehari kemudian.

"Watikah sebagai calon ini telah disampaikan   Abdul Rashid Asari kepada Muslimin di Ibu Pejabat Bersatu di Shah Alam," katanya hari ini.

Hasnizam berkata, pemilihan Muslimin itu dibuat selepas calon yang diketengahkan Bersatu sebelum ini, Mohd Ashraf Basri, menarik diri atas faktor-faktor tertentu.

"Pemilihan dibuat bukan atas kepentingan saya, tetapi atas kepentingan pengundi dan masyarakat setempat," katanya.

Hasnizam berkata, Muslimin yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, merupakan calon anak tempatan yang amat disenangi pengundi di Parlimen Sungai Besar.



NANTI


RAMAI LAGI

AKAN BELOT

SOKONG MADEY

SOKONG PAKATAN





----------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan