Ahad, 29 April 2018

TIAN CHUA DISABOTAJ



SABOTAJ

KENYATAAN MEDIA

28 APRIL 2018

Pagi ini, saya dinafikan kelayakan saya sebagai calon di Parliamen Batu. 

Pengawai SPR merujuk kes saya di mana saya disabitkan bersalah dengan hukuman denda RM2000.

Akan tetapi, hakim telah menjelaskan bahawa saya hanya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat jika denda adalah RM2000 ke atas.

Keputusan pengawai SPR adalah salah di sisi undang-undang dan sengaja menafikan hak pengundi di Parliamen Batu untuk membuat pilihan. 

Ini telah melanggar prinsip demokrasi dan pilihanraya yang adil.

Pasukan peguam saya sedang berbincang dan akan mengambil tindakan yang perlu dengan secepat mungkin.

Semasa kita menunggu tidakan undang-undang, kita mesti bersemangat dan tidak dikalahkan oleh taktik yang kotor ini. 

Saya menyeru rakan-rakan seperjuangan membantu gerak kerja di kawasan Pakatan Harapan bertanding dan akan maklum tindakan yang akan diambil mengikut berkembangan mahkamah.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan rakan-rakan sekalian.

Lawan tetap Lawan!  #kitamestimenang

TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT



INI TANDA

PAKATAN 

MENANG

KECUALI

DISABOTAJ


-------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan