Khamis, 12 April 2018

TIPU TIPU TIPU




TIPU
TIPU
GUA CAKAP
LU TAK CAYA
SEKARANG
MADEY CAKAP
LU BARU CAYA


Mahathir senaraikan 13 penipuan dilakukan BN pada PRU14


Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib dipercayai sedang melakukan penipuan untuk memastikan BN terus kekal memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Antaranya beliau menyentuh mengenai pengundian pos dakwanya proses dilaksanakan tidak jelas.

“Pengundi boleh undi di rumah dan hantar undinya kepada SPR. Tidak ada polling agen parti pembangkang mengawasi pengundi atau sesiapa lain semasa mengundi.

“Parti lawan tidak dapat mengetahui siapa yang mengundi, ke mana undi itu dihantar, siapa yang menyimpannya, di mana peti undi (jika ada) disimpan.

“Pengundi pos juga disenarai dalam senarai pengundi biasa dan boleh mengundi secara biasa. Besar kemungkinan pengundi undi dua kali.

“Juga undi mungkin tidak dapat dirahsiakan; yang mana ini mendedahkan kepada ugutan tindakan tertentu oleh Kerajaan,” ujarnya dalam tulisan di blog hari ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai laporan majalah mingguan The Economist yang melaporkan dalam rencana bertajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” (Berhenti, pencuri! PM Malaysia akan curi pilihan raya),mendakwa Najib takut pengundi tidak akan memilih BN jika diberi pilihan, lantas akan memanipulasi sistem untuk terus berkuasa.

Presiden PH itu berkata, proses PRU 14 akan dipenuhi dengan aneka jenis penipuan oleh Najib. Ia tidak akan bersih sebagaimana yang telah dilaporkan media asing ‘The Economist’ bahawa Najib akan mencuri PRU ke-14.

Namun ujar Dr Mahathir lagi penipuan ini boleh dibantutkan sekiranya rakyat keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya.

“Dan sekarang hari mengundi ditetapkan pada hari Rabu, hari bekerja. Ini satu lagi cara Najib untuk sekat rakyat dari mengundi.

“Semasa saya jadi PM pernah hari mengundi ditentukan pada hari Isnin. Tetap diberi cuti pada hari itu.

“Jangan takut. Undi biasa di tempat mengundi adalah rahsia. Jika kelebihan mengatasi 10,000 bagi PH undi pos tidak akan mencukupi untuk disumbat ke dalam peti undi.

“Jika disogok – ambil sahaja wang dan hadiah. Wang dan hadiah ini datang dari wang pengundi sebagai rakyat yang dicuri oleh Najib.

“Pengundi tidak perlu terima kasih kepada Najib atau mengundi BN.

“Jika disuruh bersumpah, bersumpahlah. Tetapi buat niat lain – niat untuk menolong PH. Niat lebih diterima dari sumpah paksa yang dilafaz,” ujarnya.

Dr Mahathir dalam tulisan di blognya turut menyenaraikan 13 penipuan yang dilakukan oleh Najib.

1. Senarai pengundi sudah diubah sehingga 4 juta tidak ada alamat yang penuh.

2. Beratus pengundi mempunyai nama yang sama, umur sama tetapi tinggal di negeri-negeri berlainan.

3. Hingga 70 pengundi memiliki alamat yang sama – iaitu tinggal di satu rumah – walaupun berlainan kaum. Apabila diselidik terdapat hanya 2 orang di rumah itu.

4. Pengundi pos dan pengundi awal bertambah hingga 1 juta. Cara mengundi pos tidak jelas dan terbuka untuk penipuan. Peti undi boleh disembunyi dari pemerhati parti lawan. Besar kemungkinan kertas undi ditambah.

5. Sempadan kawasan pilihanraya diubah supaya kaum-kaum diasingkan. Kononnya Melayu mudah disogok supaya mengundi BN. Mengikut Najib orang Cina sukar disogok. Ini dilihat dalam PRU 13.

6. Pengundi terutama kakitangan Kerajaan ditakutkan dengan dakwaan kononnya Najib tahu siapa undi siapa. Pegawai dan kakitangan Kerajaan diberi amaran oleh Najib sendiri bahawa mereka mesti undi BN atau tindakan akan diambil terhadap mereka. Sebenarnya tiada siapa yang akan tahu siapa undi siapa apabila perkiraan dibuat.

7. Bantuan wang kepada parti lawan disekat dengan tindakan oleh LHDN dan MACC menambah cukai atau membeku wang di bank supaya perniagaan tidak dapat diteruskan.

8. Semua kawan-kawan pemimpin parti lawan ditegah berdekat dengan pimpinan parti lawan. Maka pemimpin parti lawan kehilangan semua kawan. Sudah tentu mereka tidak boleh bantu PH. Kontrak mereka, perniagaan mereka, hutang bank mereka akan dihentikan jika masih berjumpa pemimpin parti lawan. Tindakan-tindakan ini menentukan parti lawan tidak ada kewangan yang diperlukan untuk biayai pilihanraya. Sebaliknya Najib memiliki banyak duit yang diselewengkan dari 1MDB dan lain-lain dana Kerajaan.

9. Sogokan wang dan barangan kepada bakal pengundi dibuat secara terbuka oleh Najib dan Umno sebab polis atau MACC tidak dibenar oleh Najib mengambil tindakan undang-undang.

10. Tempat mengundi ditukar tanpa diberitahu pengundi supaya apabila mereka pergi ke tempat mengundi biasa nama mereka tidak ada disitu. Tempat undi mereka dipindah jauh dari tempat tinggal pengundi. Dengan itu mereka tidak dapat mengundi. Hak mereka dicabul.

11. Daftar pengundi baru disembunyi daripada parti lawan sehingga tidak dapat parti lawan berkempen dikalangan mereka.

12. Pada kebiasaannya parti politik yang baru ditubuh didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan dengan segera. Tetapi permohonan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Harapan tidak dijawab setelah sembilan bulan berlalu. Keadaan tidak menentu ini meletak Pakatan Harapan dalam keadaan serba salah. P.H. tidak dapat membuat persiapan sebagai sebuah parti dengan mengguna satu logo dan satu simbol baginya. Jika diketahui P.H. tidak akan didaftar maka parti-parti dalam P.H. perlu guna 4 simbol sendiri. Ini akan mengelirukan pengundi berkenaan yang manakah simbol bagi parti-parti lawan yang bergabung dalam P.H.

13. Kononnya PH tidak dilulus pendaftarannya ialah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah tidak mengikut perlembagaannya. Ini disebut dalam ucapan ROS tetapi tidak disampaikan secara bertulis kepada PPBM.

PPBM tidak dapat perbetulkan kesalahannya untuk mendapat kelulusan RoS. Arahan mahkamah kepada RoS untuk jawab surat PPBM hanya menghasil surat dari ROS meminta tambahan maklumat yang sudahpun lama diberi oleh PPBM. Di antara sebab-sebab yang banyak ialah kerana mesyuarat agung PPBM tidak mengikut perlembagaan. PPBM mesti adakan mesyuarat cawangan dahulu.

PPBM parti baru dan belum ada cawangan jauh sekali mengadakan cawangan yang disahkan oleh RoS. PPBM hanya dapat tubuh bahagian dan tidak semua diluluskan oleh RoS. Sebab itu PPBM terpaksa mengadakan mesyuarat agung PPBM dengan dihadiri oleh wakil bahagian yang dilulus sahaja. Ternampak jelas RoS hendak cari salah supaya P.H. tidak didaftar.

Sekarang RoS telah bubar sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak boleh bertanding dalam pilihanraya. Bermacam syarat dikenakan termasuk ditegah pamer gambar pengerusinya. Pembubaran selama 30 hari didapati sama dengan pilihanraya. Niat jahat Kerajaan dan ROS amat jelas.


 PRU14

PAKATAN MENANG

KECUALI

DITIPU


---------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan