Ahad, 1 April 2018

TURUN KE JALAN RAYA





PRU14

PAKATAM

MENANG

KECUALI

DITIPU

BN semakin terdesak: Anwar

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) berjanji akan mewujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang benar-benar bebas jika berjaya menawan Putrajaya pada PRU14 nanti.

Bekas Ketua Pembangkang,   Anwar Ibrahim berkata, oleh itu, beliau menyeru rakyat Malaysia keluar beramai-ramai bagi memastikan BN tumbang kali ini.

“Saya gesa seluruh rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai mengundi Harapan untuk menyahkan BN dari Putrajaya. Harapan akan mewujudkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang benar-benar bebas, dan memansuhkan undang-undang anti berita tidak benar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, pembangkang sering menuduh SPR berat sebelah dan condong kepada parti pemerintah walaupun suruhanjaya tersebut banyak kali menafikannya. Dalam isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang panas sekarang, pembangkang mendakwa ia dibuat bagi memastikan BN kekal di tampuk kepimpinan negara.

Selain itu, Anwar turut mendakwa usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan Parlimen minggu lalu tidak melalui proses undang-undang dan jelas melanggar perlembagaan.

Katanya, walaupun isu persempadanan semula adalah perkara serius, namun ia dilihat diputuskan secara tergesa-gesa.




TURUN

KE JALAN RAYA


SEBELUM

KE

PILIHAN RAYA


--------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan