Ahad, 20 Mei 2018

CAKAP TAK DONGA






NAJIB DAN SUAMI

ROSMAH...OPPS

ISTERI ROSMAH

KENA TANYA

MUHYIDDDIN 

 TAK DAPEK 

DEN NOLONG

Najib mohon diberi program perlindungan saksi


KUALA LUMPUR — Najib  dilaporkan telah meminta pihak polis untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi dalam siasatan berterusan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan portal Malay Mail, Najib telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul kira-kira jam 5 petang semalam dan mengatakan bahawa terdapat ancaman jelas terhadapnya serta ahli keluarganya dan membuat permintaan rasmi untuk ditempatkan di bawah program perlindungan saksi.

Najib, dalam laporan itu mendakwa bahawa melalui sumbernya, ancaman tersebut datang dari orang yang secara langsung dan tidak langsung dikaitkan dengan dana 1MDB di peringkat antarabangsa bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga di luar negara.

Dalam laporannya, beliau berkata pegawai polis dari unit jenayah komersil Bukit Aman pertama kali muncul di kediamannya pada malam 10 Mei, sehari selepas PRU14.

Beliau berkata pegawai polis berkenaan berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas beberapa barangan miliknya dan anaknya yang tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Dalam laporan itu, Najib kemudiannya menyatakan bahawa polis telah menyerbu tiga premis di Pavillion Tower dan merampas barang kemas, wang tunai dan barangan peribadi lain.

Selain itu, laporan Malay Mail juga menyebut, Najib mendakwa bahawa pegawai penyiasat berkenaan juga gagal memberikannya senarai barangan yang dirampas.

Sementara itu, dalam laporan polis sama, Najib berkata  beliau sentiasa memainkan peranan dalam 1MDB namun tidak terlibat dalam proses membuat keputusan kerana sebarang keputusan mengenai tawaran 1MDB dibuat oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Selain itu, Najib turut menegaskan bahawa wang RM2.6 bilion yang beliau terima merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
PADAN MUKA

CAKAP TAK DONGA

JANGAN BUNUH

ALTANTUYA

DOGIL PULAK

MAPOOOS LAA

MUHYIDDIN AKAN

GUDAM SAMPAI

CIPOOOOOK

SAMPAI

DIDDOOOOK

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


------------------------

1 ulasan:

  1. Najib mohon diberi program perlindungan ???
    Lorrr apa susah sangat nya, hantar je Najib tu ke Sg. Buloh, sah memang akan ada orang jaga...

    BalasPadam